Saya Dipaksa Menuntut Ilmu Siang Dan Malam

Webinar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Webinar

 

Sudah dua minggu berturut-turut saya dipaksa menuntut ilmu. Saya dipaksa sehingga cikgu yang menyampaikan ilmu itu sanggup datang ke rumah setiap malam. Bukan setakat itu, jika jadual malam hari dah penuh, saya dicari sehingga ke pejabat untuk diberi tunjuk ajar. Agak penat, tapi seronok. Dapat ilmu, dan yang paling best, ilmu itu dapat dari keselesaan bilik tidur, tanpa perlu meninggalkan anak-anak tersayang.

 

Inilah dia kelas malam versi group Shaklee kami. Kelas webinar. Bagi sesiapa yang masih belum tahu webinar, ianya merupakan seminar melalui web perbincangan/pengajaran secara online dengan syarat tenaga pengajar dan peserta mempunyai talian internet.

Sudah menjadi kepakaran group kami dalam membimbing ramai SID mencipta kejayaan demi kejayaan dengan kelebihan medium bimbingan online.

Semua penyampaian maklumat dilakukan secara online. Sekiranya maklumat perlu disampaikan dengan cepat, hebahan dibuat melalui group whatsapp. Oh, bukan setakat maklumat perniagaan sahaja di dalam group whatsapp ini, segala macam maklumat, gossip, luahan perasaan semua turut dikongsikan bersama. Bahkan info trafik, info percutian, info kesihatan, info persekolahan, etc semua diperolehi dari group whatsapp. Sama hebat seperti google bukan? 🙂  Jangan hairan la kalau seharian beratus-ratus mesej yang diterima melalui whatsapp.

Manakala, maklumat yang lebih panjang lebar, disampaikan melalui group facebook, vimeo ataupun webinar.

Antara kelebihan webinar sebagai medium coaching ahli shaklee kami adalah seperti berikut:-

Webinar

  • Speaker boleh berkongsi segala ilmu melalui power point presentation, video, blog, web atau apa sahaja kandungan multimedia dengan peserta webinar.
  • Webinar tidak terhad kepada seorang speaker sahaja. Ianya boleh diadakan dalam bentuk forum secara online dengan beberapa orang speaker jemputan
  • Boleh lakukan latihan secara praktikal seperti di dalam kelas offline biasa.
  • Ada interaksi antara speaker dan audience kerana audience boleh bertanya soalan dan speaker boleh menjawab soalan tersebut.
  • Audience boleh menyertai webinar samada menggunakan pc, laptop ataupun smartphone di tempat masing2 samada rumah, di dalam kereta ataupun di mana sahaja.
  • Fleksibel kerana audience boleh menyertai webinar walaupun sedang melakukan kerja lain seperti menyusukan anak, memasak, atau apa sahaja kerja rumah yang dijalankan

 

Tarikh Penceramah Tajuk
24 Okt 201410.00 malam Lyna Noh LIVE FROM SOUTH KOREA
28 Okt 201410.00 malam Lin Chalo Mengapa Kita Wajib Jadi KAYA
30 Okt 201401.00 petang Ainul Malik Nikmatnya Magika Doa
30 Okt 201410.00 malam Lin Chalo Mengapa Saya Wajib Kaya?
3 Nov 201409.00 malam Ainul Malik OMEGA GUARD
5 Nov 201410.00 malam Ainul Malik I am LUCKY. Are u Lucky too?
6 Nov 201410.17 malam Lyna Noh How To Explain Sihat Tanpa Ubat
7 Nov 201412.00 petang Khadeejah Hasmad MATLAMAT & TUJUAN BISNES
7 Nov 201410 malam Lin Chalo POWER EDITOR
9 Nov 201409.00 malam Mohd Alizal Abdul Razak GO OFFLINE AND REACH OUT
10 Nov 201409.00 malam Lydzar Rusman IRRESSISTABLE MONEY MAGNET
11 Nov 20141 petang Lyna Noh CopyWriting Power for Beginner
11 Nov 201410.00 malam Chrysalis Nurul 7 Top Secret Success in Shaklee
12 Nov 201410.30 malam Riza Afzan Asri Etika Iklan KKM
13 Nov 201409.00 malam Hidayah Kassim KENALI BLOG ANDA

Alhamdulillah, walaupun setiap hari saya terkejar-kejar untuk bersiap ke kelas webinar, perlu pastikan makan malam sudah tersedia, anak-anak sudah terurus, tapi saya tidak perlu lagi bersiap berfikir untuk berpakaian cantik, saya tidak perlu lagi duduk di atas kerusi di dalam kelas berjam-jam sehingga sakit pinggang dan tidak perlu lagi mengabaikan keluarga. Saya dapat menimba ilmu, menjaga perniagaan di samping keluarga juga terjaga. Malahan, suami pun boleh dipaksa mendengar webinar bersama-sama. Hehe..  😆 😆

Seronok kan? Ingin jadi ahli shaklee group kami? Saya alu-alukan pendaftaran anda dengan cara menghubungi saya.

1 Comment

  1. menuntut ilmu memang kewajiban setiap manusia namun dalam menutup ilmu seharusnya juga perlu diatur jangan terlalu memaksakan
    Jom baca entri terbaru Once Kim Tupperware Logo VectorMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge