Vitamin Yang Saya Tak Pernah Tinggal

Vitamin Yang Saya Tak Pernah Tinggal

Assalamualaikum& Selamat Sejahtera,

Vitamin yang paling saya tak pernah tinggal adalah Vitamin C dan Vitamin E.

Kenapa? Sebab dari saya remaja lagi saya disogokkan dengan info, kalau nak hilangkan parut, sapu dengan minyak yang ada Vitamin E. Tau la kan, masa kecik-kecik “gigih mengumpul parut”. Lari sana sini, bila jatuh muncul la satu parut, masuk hutan keluar hutan, kena miang, garu-garu muncul lagi satu parut. Tapi masa tu tak peduli. Ada haku kesah? ? Sebab itu adalah hiburan yang paling best. Main lari-lari, main kejar-kejar (kalau kami panggil bubut-bubut ?) dulu sama dengan main Subway Surf sekarang. Heaven gila. Tak perlu beli gajet mahal-mahal. Hahaha..

Tapi bila dah masuk remaja, bila dah ada orang mula kirim salam dengan kita, ? masa tu mula la ambik peduli dengan semua “duit syiling” yang terkumpul. ? Kelam kabut cari di farmasi minyak yang ada Vitamin E untuk hilangkan parut. Memang berhasil, cuma agak lambat sedikit sebab kita cuma sapu secara topikal. (Kan best kalau time tu dah kenal dengan Shaklee)

Lepas tu bila dah masuk fasa alam pekerjaan, mula la conscious nak bagi kulit putih. Masa remaja tak peduli sangat sebab duduk di rumah kulit jarang kena matahari. Bila dah kerja sebagai engineer, lagi-lagi junior engineer, memang kita je la yang selalu jadi mangsa kena suruh pegi site. Lama-kelamaan kulit dah kurang bersinar. (Hahaha macam bersinar sangat sebelum ni.) ??

Masa ni, yang saya tau, ambik Vitamin C untuk putihkan kulit muka. Taktau lagi masa tu Vitamin C ni boleh bertindak sebagai sunblock semulajadi. Kalau tau, memang 10biji aku telan. Hahaha acah je. Makan kena ikut dos ye. Kalau tak, ke wad la kita jawabnya. ?

Vitamin Untuk Kecantikan
Alhamdulillah.. Walau bapa jerawat yang keluar, tiada parut terhasil. Duit syiling yang lain tak payah tunjuk la, aurat. ?

Sehingga ke hari ini, dalam banyak-banyak Vitamin yang saya ambil, dua ni saya tak pernah tinggal. Sebab dia sangat membantu saya. Dan saya gembira dengan hasilnya. Percaya atau tidak, saya tak pernah pegi facial (oh pernah sekali sebelum kahwin) untuk penjagaan kulit muka.

Kalau berminat nak tau mana nak dapat Vitamin ni, boleh whatsapp saya ye 0192432888.

Leave a Reply

CommentLuv badge