Vitamin vs Jamu: Mana Paling Sesuai Untuk Berpantang

Vitamin vs Jamu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

jamuBerpantang sering dikaitkan dengan pengambilan jamu (ramuan herba) untuk pemulihan semula badan selepas proses kelahiran. Memandangkan penggunaan jamu ini merupakan amalan turun temurun nenek moyang kita, minda kita seolah-olah sudah di program bahawa ibu berpantang memerlukan jamu untuk penyembuhan semula badan.

Memang tidak dinafikan jamu mempunyai kelebihannya tersendiri. Kalau dilihat semula, jamu berupaya memanaskan badan ibu dan merawat dari dalam. Namun kelemahan utama jamu ialah ibu tidak dapat mengamalkan pengambilan jamu sepanjang tempoh anak mengalami jaundice.

 

 

Jamu yang dimakan oleh ibu dalam pantang akan memberi kesan kepada bayi susuan.

Kesan tersebut akan disekresi melalui susu yang dihisap oleh bayi. Daripada pengamatan saya, ada bayi yang mengalami masalah kekuningan (jaundis) berpanjangan dan cirit-birit disebabkan ibu mengambil jamu semasa dalam tempoh berpantang. Pemakanan yang seimbang sudah mencukupi bagi ibu-ibu ini. – Utusan Malaysia

Jika anak mengalami jaundice berpanjangan sehingga 2-3 minggu, sepanjang tempoh itu jugalah ibu berpantang tanpa sebarang rawatan. Akibatnya badan ibu akan berasa letih, tidak bermaya.

Vitamin vs Jamu

Jamu yang digunakan dalam set bersalin konvensional menggunakan bahan-bahan mentah seperti herba dan sebagainya untuk diambil oleh ibu semasa berpantang.

Setelah ibu menelan jamu berkenaan badan akan memproses bahan tersebut untuk mendapatkan khasiatnya; vitamin, mineral dan sebagainya.

Berbeza dengan Set Berpantang Shaklee, khasiat dan nutrisi yang diperlukan telah pun di ekstrak dengan pemantauan rapi dan diproses agar boleh terus diambil oleh pengguna tanpa membebankan hati dan buah pinggang.

Di bawah adalah perbandingan di antara Vitamin vs Jamu dalam amalan berpantang.

Vitamin vs Jamu

Terserah kepada kebijaksanaan anda untuk memilih. Apa pun yang anda pilih untuk diambil semasa berpantang nanti, pastikan ianya benar-benar selamat untuk anda dan bayi.

Selamat Berpantang.

Ikuti testimoni pengguna yang mengamalkan Set Berpantang Shaklee.

1 Comment

  1. Berpantan amat penting untuk wanita lepas bersalin. Jamu dan vitamin sama penting, guna kedua-duanya amat baik.

Leave a Reply

CommentLuv badge