7 Vitamin Dan Mineral Penting Untuk Mendapatkan Wajah Berseri Tanpa Jerawat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

JerawatApabila tiba pada cara untuk merawat jerawat pada wajah, kebanyakan orang tidak terfikir akan penggunaan vitamin sebagai cara merawat jerawat dengan berkesan. Walau bagaimanapun, pada hakikatnya diet banyak memainkan peranan.

Hanya kira-kira lima peratus (5%) daripada penduduk mendapat jumlah vitamin dan mineral yang disyorkan setiap hari. Bila keperluan nutrisi badan kita tidak dipenuhi, pelbagai organ, termasuk kulit, tidak berfungsi dengan baik.

Terdapat beberapa vitamin yang didapati boleh menyihatkan kulit. Vitamin yang terbaik adalah sudah tentu yang diperolehi daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan. Tapi, adakah kita mengambil jumlah nutrisi yang mencukupi melalui  pemakanan kita? Maka di sinilah makanan tambahan memainkan peranan.

Mengetahui apa vitamin yang baik untuk merawat jerawat boleh membantu memberikan anda kulit yang berseri-seri yang anda idam-idamkan selama ini, dan membantu anda mendapatkan kulit yang bersih tanpa cela.

 

 

Sebelum saya kongsikan vitamin yang dapat membantu merawat jerawat, mari kita lihat dulu apakah sebenarnya punca jerawat.

Jerawat terjadi kepada empat daripada lima orang rakyat Malaysia. Jerawat merupakan keradangan kulit yang boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Kebanyakan faktor-faktor ini boleh dikawal, tetapi terdapat juga faktor yang di luar kawalan anda. Antara faktor-faktor yang menyebabkan atau meningkatkan jerawat adalah:

  • Hormon
  • Diet
    • Iodin
    • Makanan diproses
    • Gula
    • Lemak
    • Alahan Makanan
  • Tekanan
  • Tabiat tidur
  • Dadah
  • Alkohol
  • Kosmetik
  • Kelembapan
  • Pony tail, rambut pada muka anda, headbands
  • Ubat-ubatan, terutama pil perancang
  • Kafein

Fakta Berkaitan Jerawat
Fakta Berkaitan Jerawat

Apakah Vitamin Yang Penting Dalam Merawat Jerawat?

#1: Vitamin A

Vitamin A bekerja dengan badan anda untuk menguatkan tisu kulit. Semakin banyak Vitamin A dalam diet anda, semakin baik untuk kulit anda. Malahan, kekurangan vitamin A boleh menyebabkan jerawat.

Salah satu cara vitamin A merawat jerawat ialah dengan meremajakan kulit.  Iaitu dengan pengelupasan lapisan atas kulit dan meningkatkan penggantian kulit dengan menggalakkan kematangan sel-sel epitelium yang baru.

Vitamin A juga dapat membantu membersihkan pori-pori kulit. Ia mengurangkan pengeluaran sebum yang berlebihan yang boleh menyebabkan pori-pori tersumbat dan merengsakan kulit.

Vitamin A adalah antioksidan yang kuat yang dapat memerangi kerosakan akibat radikal bebas. Ia melindungi kulit dengan mengeluarkan spesies oksigen reaktif dan radikal bebas lain yang berbahaya daripada kulit. Kesan ini bertambah baik jika diambil bersama dengan anti-oksidan lain seperti vitamin E dan selenium.

Di samping sifat-sifat antioksidan, vitamin A bertindak sebagai anti-radang untuk kulit dan membantu untuk meredeakan bengkak, merah dan sakit pada jerawat.

Vitamin A, telah digunakan selama beberapa dekad oleh dermatologi untuk merawat jerawat.

Anda perlu mengambil kira-kira 10,000 IU vitamin A harian melainkan jika anda hamil. Wanita hamil tidak perlu mengambil lebih daripada 5,000 IU.

Carotomax Shaklee
Carotomax Shaklee mengandungi 5000IU Vitamin A

#2: Vitamin B

Terdapat beberapa jenis vitamin B dan semua adalah penting untuk kulit yang sihat. Masing-masing mempunyai peranan tertentu dalam mengekalkan kesihatan sel-sel kulit.

  1. Thiamine (B1) merupakan antioksidan yang meningkatkan peredaran darah dan membantu dalam penghadaman.
  2. Riboflavin (B2) adalah penting untuk kulit yang sihat, rambut dan kuku. Jerawat adalah salah satu daripada tanda-tanda kekurangan vitamin B2.
  3. Niacin (B3) memperbaiki peredaran darah dan membantu untuk memetabolismekan karbohidrat. Peningkatan dalam edaran membantu untuk menarik toksin keluar dari sistem anda lebih cepat.
  4. Pantothenic acid juga dikenali sebagai vitamin B5. Ia adalah vitamin penting dalam membantu mengurangkan tekanan dan menyokong fungsi adrenal dengan baik. Terdapat 2 mekanisme yang mana vitamin B5 membantu mencegah dan melegakan gejala jerawat. Pertama, ia mengurangkan saiz pori-pori kulit sekaligus akan mengurangkan peluang pori-pori kulit akan tersumbat oleh sel-sel kulit mati, bakteria dan sebum yang berlebihan.Cara kedua bagaimana vitamin B5 memperbaiki gejala jerawat melibatkan Koenzim A. Asid Pantothenic meningkatkan pengeluaran Koenzim A yang kemudian mempercepatkan metabolisme lemak. Ini bermakna bahawa lebih rendah lemak ditolak ke dalam kelenjar sebaceous. Oleh itu, pengeluaran sebum dapat dikurangkan.Memandangkan sebum yang berlebihan pada kulit menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan bakteria jerawat, kesan daripada vitamin B5 adalah mencukupi untuk menyebabkan bakteria kebuluran dan seterusnya mengurangkan terjadinya jerawat.
  5. Pyridoxine, atau vitamin B6, berfungsi merawat jerawat dengan mengawal paras hormon dan pelepasan prostaglandin. Oleh itu, vitamin ini boleh mengurangkan penghasilan hormon seks lelaki seperti testosteron dan metabolitnya (contohnya, dihidrotestosteron atau DHT) yang dikenali menyebabkan jerawat. Ia juga boleh mengurangkan tindak balas keradangan.

#3: Vitamin C

Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik. Vitamin larut air ini adalah antioksidan yang sangat kuat, ia terlibat dalam sintesis kolagen dan ia juga merupakan kofaktor untuk kebanyakan enzim.

Vitamin C adalah berguna sebagai antioksidan dalam rawatan jerawat. Sebagai antioksidan, vitamin C melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas yang boleh mencetuskan tindak balas rantai yang membawa kepada jerawat.

Satu lagi cara di mana vitamin C melindungi kulit adalah melalui penghasilan kolagen stabil. Dengan cara ini, vitamin C mengelakkan pelindung kulit daripada gagal berfungsi apabila toksin muncul. Ia juga menghalang pigmentasi kulit dan boleh membantu menghilangkan parut jerawat.

Antibiotik yang biasa diberikan untuk merawat jerawat adalah tergolong dalam keluarga tetracycline.

Vitamin C bukan sahaja untuk meningkatkan kesan antibiotik anti-jerawat ini, tetapi juga untuk membantu mengurangkan hiperpigmentasi dan melindungi kulit daripada kerosakan daripada cahaya matahari.

Anda perlu mengambil sekurang-kurangnya 1000mg vitamin C setiap hari untuk merawat dan menghilangkan jerawat.

#4: Vitamin E

Vitamin E adalah antioksidan yang sangat berkesan dan bertanggungjawab untuk menyerap spesies oksigen reaktif yang dihasilkan daripada metabolisme lemak. Ia juga terlibat dalam pertumbuhan semula tisu yang diperlukan untuk membaiki luka.

Kesan antioksidan vitamin E adalah sumbangan besar untuk rawatan jerawat. Anda perlu mengambil 400 IU setiap hari daripada vitamin semulajadi E. Vita-E Complex Shaklee memenuhi keperluan vitamin E harian anda.

Set Kecantikan Shaklee Untuk Merawat Jerawat

**Vitamin B, C dan E merupakan vitamin yang terkandung di dalam Set Kecantikan Shaklee. Baca dengan lebih lanjut berkenaan dengan Set Kecantikan Shaklee yang menjadikan kulit bertahun-tahun lebih muda.

#5: Vitamin D

Vitamin D dipanggil vitamin cahaya matahari kerana ia disintesis dalam kulit daripada kolesterol semasa pendedahan kepada cahaya matahari.

Vitamin D mempunyai beberapa kelebihan dalam rawatan jerawat. Pertama, ia menyekat percambahan sel dalam kelenjar sebum.

Dengan cara ini, ia menghalang pembesaran kelenjar sebum dan mengurangkan penghasilan sebum. Oleh itu, ia menghalang kemunculan whiteheads dan blackheads.

Kedua, vitamin D boleh menjadi agen anti-radang yang berguna dalam rawatan jerawat pada dos yang betul.

Ketiga, vitamin D menghasilkan kesan antimicrobial melalui sekumpulan agen anti-bakteria semulajadi yang dipanggil cathelicidins. Ia boleh menyerang bakteria yang menyebabkan jerawat.

Akhir sekali, vitamin D juga antioksidan dan ia boleh melindungi kulit daripada tekanan oksidatif.

#6: Zink

Kandungan Zinc Shaklee
Kandungan Zinc Shaklee

 

 

 

 

Zink adalah mineral, tetapi ia membantu menyembuhkan kulit dan mencegah parut yang disebabkan oleh jerawat. Zink juga bertindak sebagai antioksidan, menentang dan mencegah kerosakan akibat dari radikal bebas. Kekurangan zink boleh menyebabkan jerawat. Antara 25 hingga 30 mg Zink setiap hari disyorkan untuk mencegah jerawat.

 

 

#7 Kromium

Kromium adalah mineral juga, tetapi membantu merawat jerawat dengan mengurangkan jangkitan pada kulit. Kromium akan berkurangan dari badan jika kita sering mengambil diet yang tinggi kandungan gula. Oleh yang demikian, pengambilan kromium pada dos 150mcg setiap hari adalah disyorkan untuk mencegah jerawat. Kromium boleh didapati di dalam Vitalea Multivitamin Shaklee.

Kandungan Vitalea Shaklee
Vitalea mengandungi Vitamin D dan Kromium

12 Comment

  1. this is a testing comment

    1. Thank you Khairul. The problem seem to be fixed. Still monitoring though.
      Jom baca entri terbaru Dzu Amri 7 Vitamin Dan Mineral Penting Untuk Mendapatkan Wajah Berseri Tanpa JerawatMy Profile

  2. test 2
    Jom baca entri terbaru khairul SF Welcome to SubdreamerMy Profile

  3. […] bagai. Kalau nak cantik, biar rawat dari dalam, baru akan terserlah di luarannya. Berikan kulit vitamin yang diperlukan agar menjadi sihat. Kulit yang cantik bermula dari kulit yang […]

  4. Tak sangka kromium juga ada peranannya dalam mengurangkan jangkitan.
    Jom baca entri terbaru Malaysia Tercinta Vitamin Shaklee Bagus Untuk KesihatanMy Profile

  5. […] Vitamin E – untuk menghilangkan parut-parut bekas jerawat […]

  6. Terim kasih Cik Dzu. Sangat informatif penerangan cik.
    Jom baca entri terbaru Jerawat 5 Jenis Tahap Jerawat BerbahayaMy Profile

    1. Terima kasih jerawat.. Semoga membantu

  7. […] Makan banyak buah-buahan, ia akan menambahkan seri di wajah anda. Makan banyak sayur-sayuran hijau, ia membantu dalam menghasilkan darah di dalam badan dan menjaga sistem pencernaan anda. Pengambilan Vitamin C semasa mengandung juga membantu mengekalkan muka berseri-seri tanpa cela.  […]

  8. Bagus tips ni

    1. Jom jadi jelita.. aww.. hihi

  9. […] kulit anda supaya kuat, fleksibel dan berdaya tahan. Jus Lemon adalah sumber yang kaya dengan Vitamin C yang menyumbang dalam pengeluaran kolagen. Seperti mana-mana buah-buahan sitrus yang lain, jus […]

Leave a Reply

CommentLuv badge