Tips Untuk Suami Mengurut Isteri Yang Hamil

Tips Mengurut Isteri Sedang Hamil

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bayangkan anda terpaksa membawa berat tambahan 5-10kg, atau mungkin lebih,? selama 9 bulan? Berat pula sama berat dengan berat beras je. Haruslah patah pinggang kan! Kaki pun lenguh. Inilah situasi yang terpaksa ditanggung oleh wanita bakal ibu. Apabila usia kandungan sudah semakin membesar, akan ada lenguh dan sakit di mana-mana terutama di belakang, pergelangan kaki, bahu dan leher.

Kesian si isteri. Pusing kanan tak selesa, pusing kiri lenguh. Apabila berbaring pula rasa sakit belakang. Masa ni suami haruslah main peranan. Janganlah buat taktau je. Tawarkanlah diri untuk picit-picit badan isteri. Pasti isteri anda akan menghargai usaha anda.


1. Sakit Belakang. Urut perlahan-lahan belakang isteri menggunakan buku jari di sepanjang tulang belakang isteri.

2. Kaki Lenguh. Angkat kaki isteri dan urut dengan gerakan membulat dari betis ke paha untuk melegakan bengkak atau penahanan air (water retention)

3. Bahu dan Leher. Urut dalam gerakan membulat pada tengkuk dengan menggunakan ibu jari. Teruskan sampai ke otot-otot bahu untuk melegakan lenguh dan kesakitan.

Walaubagaimanapun, hendaklah ambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut:-

1. Jangan sekali-kali menggunakan minyak urut pada trimester pertama.

2. Elakkan dari mengurut di kawasan perut.

3. Elakkan mengurut di kawasan titik tekanan iaitu di kawasan buku lali dan pergelangan tangan.

4. Jangan urut terlalu kuat.

Semoga pengalaman megandung kali ini adalah yang indah-indah saja buat isteri anda. Dan semoga ibu dan anak sihat dan selamat sehingga dilahirkan. ☺️

Leave a Reply

CommentLuv badge