Tips Menambahkan Susu Ibu

Tips Menambah Susu Ibu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Soalan paling selalu ditanya oleh ibu-ibu menyusu adalah tips menambahkan susu ibu. Keberkesanan tips menambah susu ibu ini sebenarnya adalah berbeza bagi setiap individu. Walaubagaimanapun, saya kongsikan juga tips menambah susu ibu ini siapa tau boleh membantu.

1. Minum banyak air. Dari anak pertama sampai anak ketiga, ini tips yang seringkali saya amalkan. 2-3L sehari adalah mencukupi. Cara paling mudah adalah sediakan 2 botol besar 1.5L air mineral dan pastikan botol sudah dikosongkan sebelum anda masuk tidur.

2.Makan. Ibu menyusu perlu kalori yang lebih banyak daripada ibu mengandung. Anda akan kelaparan setiap kali menyusukan bayi anda. Apa yang saya notis, penghasilan susu saya berkurangan ketika saya lapar. Jadi, makanlah.

3. Makan oatmeal SEBENAR, bukan oatmeal segera. Cara oatmeal segera diproses menjadikan ianya kurang berkesan daripada oatmeal sebenar. Tiada siapa yang pasti bagaimana oatmeal boleh membantu menambah susu ibu, tetapi percayalah, ianya meamng berkesan!

4. Berehat. Berehatlah jika anda letih. Dan sekiranya anda ingin tidur teruskanlah niat anda walaupun anda terpaksa menangguhkan sesi pam anda. Anda akan dapat hasilkan lebih banyak susu melaluinya. Kalau pun anda tak tidur, sekadar duduk merehatkan kepala anda sudah sangat membantu. Menyimpan tenaga adalah sangat penting untuk ibu menyusu.

5. Jangan stress. Stress sangat memberi kesan terhadap penghasilan susu ibu. Sekiranya anda stress, rehatkan diri atau ambil suplemen yang boleh membantu menenangkan anda seperti B Complex.


6. Milkbooster. Mothers Milk Tea. Fenugreek. Alfalfa Complex. Banyak lagi milkbooster yang anda boleh cuba dan ianya sebenarnya berkesan!

7. Rutin mengepam yang baik. Walau macamana bersungguh pun anda amalkan tips-tips di atas, tapi kalau anda gagal untuk mengikuti jadual pam, susu anda tetap tidak akan bertambah. Anda cuma perlu ingat konsep supply and demand. 

Leave a Reply

CommentLuv badge