Tips Menambah Berat Badan Dengan Sihat Dan Pantas

Tips Menambah Berat Dengan Pantas

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Teringin Tambah Berat Badan

 

Pernahkah anda terfikir diri anda sebagai seorang yang terlalu kurus? Mungkin juga tengkorak hidup? Atau adakah anda mempunyai kaki ayam? Bukan kaki ayam tidak berselipar, tetapi seperti kaki ayam sebenar.



Ramai yang mengatakan “bertuah”, kerana walaupun “makan seperti kuda” tetapi badan masih boleh kekal slim. Saya adalah salah seorang daripada mereka yang bertuah ini. Hinggakan ramai yang bertanyakan rahsia saya. Tiada rahsia sebenarnya. Rahsia yang ingin saya korek pula adalah tips untuk menambah berat badan dengan berkesan.

 

Saksikan kisah dua ibu penyayang yang dirundum kesedihan kerana anak-anak yang terlalu kurus. Apakah rahsia mereka sehingga berjaya menaikkan berat badan anak dan anak menjadi semakin sihat….

Masa kini  ramai di antara kita berlumba-lumba untuk menurunkan berat badan, dan ramai juga yang mengeluh  kerana sukar untuk menurunkan berat badan, tapi jangan anda lupa, menambah berat badan boleh jadi sama susah seperti menurunkan berat badan.

Jadi apakata kita ikuti tips ini untuk menambah beberapa kilogram, secara sihat dan pantas! Semoga  saya dan anda semua sama-sama dapat menikmati penambahan berat badan selepas ini.

Tips Menambah Berat Badan Dengan Sihat Dan Pantas

Makan Untuk Menambah Berat Badan

 

Tips Menambah Berat Badan

 

1. Makan dan sentiasa makan. Walaupun semua orang perlu makan, ia memainkan peranan yang besar untuk orang-orang yang cuba untuk menambah berat badan. Makan dalam istilah ini bermakna makan 5-6 hidangan kecil sehari dan makan makanan yang lengkap dengan nutrien.

  • Ini bukan bermakna anda boleh menjadikannya sebagai alasan untuk makan makanan ringan dan makanan yang mengandungi gula yang banyak. Makanan yang sepatutnya di ambil adalah makanan yang mempunyai banyak kandungan protein (sumber protein terbaik terdapat di dalam Energizing Soya Protein) dan karbohidrat. Anda ingin mendapatkan berat badan yang sihat, bukan menambah “tabung” lemak anda. Tidak seperti rakan-rakan anda yang lain, makanan ringan anda seharusnya yang berkhasiat dan mempunyai kalori yang padat, seperti kacang, mentega kacang, keju, buah-buahan kering dan avokado. Makanan ringan sebelum tidur? Jangan ragu-ragu, teruskan sahaja niat anda!
  • Walaupun ia adalah satu cara yang baik untuk mendapatkan berat badan, tetapi ia tidak sihat, jadi ketepikan soda dan kopi. Pastikan minuman anda adalah dengan smoothie atau shake yang dibuat dengan susu rendah lemak atau jus untuk menjana peningkatan kalori. DAN INGAT, minum 30 minit sebelum atau selepas anda makan; kerana anda tidak mahu merasa kenyang sebelum anda mula makan.

 

Makanan Untuk Menambah Berat Badan

 

 

2. Memastikan pengambilan lemak yang betul. Anda mahu, badan yang lebih besar dan kelihatan sihat, bukan bingkai nipis dengan perut yang gendut. T__T Maksimumkan pengambilan avokado, produk tenusu, kacang (termasuk mentega kacang), dan daging. Jauhkan diri daripada ais krim, kentang goreng dan makanan ringan.

  • Lemak yang sihat boleh diperolehi daripada makanan seperti kacang tanah, cashews, dan minyak zaitun. Jauhi daripada lemak tepu (lemak jahat) yang diperoleh daripada makanan yang diproses.

 

 

 

 

Makanan Tinggi Protein

 

3. Mengambil makanan berprotein tinggi.Ia adalah satu bahagian penting dalam diet anda. Ia adalah satu blok pertumbuhan untuk seluruh tubuh kita, otot, tulang, kulit, rambut, dan darah.

Makanan yang kaya dengan protein termasuk daging, keju, susu, ikan, dan telur. Bagi  vegetarian, protein boleh didapati dalam produk soya seperti tauhu dan juga dalam kombinasi  makanan seperti beras atau jagung dengan kacang.

 Makanan Tinggi Karbohidrat

4. Karbohidrat. Walaupun ianya mempunyai reputasi yang buruk, karbohidrat juga membantu membina otot dan memudahkan semua fungsi penting tubuh anda. Karbohidrat adalah sumber utama tenaga badan anda. Karbohidrat kompleks adalah perlu untuk anda elakkan. Ianya mengandungi kalori kosong dan kemungkinan besar akan disimpan sebagai lemak kerana gula memasuki aliran darah anda dengan cepat dan menyebabkan kenaikan mendadak pada tahap gula dalam darah.

  • Beras perang, pasta, kentang dan bijirin penuh termasuk dalam kategori yang diluluskan. Gula dalam makanan kategori ini akan dilepaskan perlahan-lahan ke dalam aliran darah anda dan memberikan bekalan yang tenaga yang stabil sepanjang tempoh masa yang panjang tanpa menyebabkan kenaikan mendadak insulin yang membawa kepada penyimpanan lemak.

 

5. Makan lewat malam. Tanpa menambah kuantiti pengambilan makanan anda, cuma dengan mengubah masa makan, anda boleh memudahkan proses menambah berat badan. Makan lewat malam dan selepas itu, disusuli dengan hidangan pencuci mulut.

  • Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa orang-orang yang makan selepas pukul 8 malam mempunyai Body Mass Index (BMIs) yang lebih tinggi daripada orang yang tidak mengunyah pada waktu malam, walaupun mereka tidak mengambil lebih banyak jumlah kalori setiap hari. Para penyelidik mengenal pasti banyak faktor dan masa adalah satu-satunya faktor yang berkait rapat.

SET TAMBAH BERAT BADAN YANG BERKESAN MENAMBAH BERAT BADAN SEBANYAK 2KG SELEPAS SEBULAN PENGAMBILAN

 

Senaman Untuk Menambah Berat Badan dan Bentuk Badan Yang Menggiurkan

 

Latihan Angkat Berat

 

1. Latihan angkat berat. Walaupun kardio akan membina otot anda, latihan angkat berat lebih cenderung untuk menyebabkan berat badan anda meningkat, kerana otot sebenarnya lebih berat daripada lemak.

  • Ini tidak bermakna anda perlu menyertai gym (walaupun ianya lebih mudah untuk berhasil!). Lakukan tekan tubi, crunches, lunges, squats dalam keselesaan rumah anda sendiri semasa menonton TV.
  • Bersenam juga boleh menambah selera makan anda. Setelah bersenam, ambil protein bar atau protein shake untuk memberi otot anda apa yang mereka inginkan.

 

 

 

 Dumbells

2. Tingkatkan latihan anda. Selaras dengan kemajuan anda, apa yang telah anda lakukan tidak akan cukup. Otot anda akan menjadi biasa dengan latihan-latihan yang anda telah paksa mereka lalui. Oleh yang demikian, tukar regim latihan anda menjadi lebih sukar.

  • Melabur dalam peralatan angkat berat di rumah anda. Dengan cara itu, apabila anda hanya ada 15 minit sebelum anda perlu bersedia untuk bekerja, anda boleh sempat melakukan sesi membina otot agar terus kekal di trek yang betul.

 Couch Potato

3. Selain daripada latihan berat badan, kurangkan bergerak. “Lebih banyak kalori keluar daripada masuk” moto adalah benar. Jadi cubalah untuk membakar kalori sesikit yang mungkin. Capai remote control anda, smoothie, dan duduklah di atas sofa.

  • Jika anda menjadi lebih aktif secara keseluruhan, adalah penting untuk menjaga latihan berat. Walaupun anda tidak dapat melihat lemak pada badan anda, lemak visceral (jenis lapisan arteri anda) masih boleh muncul. Dan lemak visceral suka kepada keadaan tidak aktif. Jadi sebelum anda duduk untuk menonton filem itu, mengepam besi. Kemudian layanlah maraton-maraton filem dengan beberapa makanan ringan.  😉

 

26 Comment

  1. […] sebelum ini saya ada kongsikan cara pantas untuk menambah berat badan melalui cara pemakanan dan senaman. Tapi yang sebenar-benarnya tiada cara singkat untuk menambah […]

  2. Makan dan senantiasa makan,

    H H,tak habis-habis makan.
    Jom baca entri terbaru Abdur Makna Isyarat NofollowMy Profile

    1. Zaman sekarang ni dah tak pakai istilah makan untuk hidup.. :p

  3. Ada beberapa makanan yang dapat meningkatkan berat badan loh, silahkan baca disini :
    Makanan Ini Dapat Meningkatkan Berat Badan
    Jom baca entri terbaru WW-tikus Daftar Film Bagus yang Tayang Tahun 2015My Profile

    1. Welcome dear.. Semoga dapat membantu..

  4. insyaallah saya akan praktikkan untuk menambah berat badan 🙂

  5. i loike this uollsssss omgggg

    1. Terima kasih Bedah.. Semoga bermanfaat

  6. Fazila binti Jusoh says: Reply

    Saya nak tanya beberapa soalan :
    1) Satu set ada apa?
    2) Satu set berapa harga termasuk posting?

  7. hai tuan blog..very nice entry 😉
    tumpang share..sy tahu camne rase bila kurus keding..kena ejek, rase rendah diri n kurang keyakinan utk bergaya..yela asyik kena panggil papan, sekeping, tulang..walau mulut senyum hati tguris gtu..hehe

    so kat sini sy nk share produk y sy sendiri amek n jual..lepas alami sendiri keberkesanannya..sebulan boleh tambah 3 kg dgn sihat..skrg da beribu botol terjual..vitamin b complex..kami ada ratusan testimoni berjaya.utk details SMS/whatsap 0134257476..insyaallah hasil y memuaskan 😉

  8. agaknya menambah berat badan masih lebih mudah dari pada menurunkan berat badan, tapi kalau kurus dari faktor keturunan macam mana tu? pastinya susah juga kan?
    Jom baca entri terbaru Imam 10 Buah-buahan untuk diet sehatMy Profile

  9. aiskrim tu paling favourite, susah nak tolak.
    makan lewat malam tu macam dah hari-hari buat, boleh la naik berat lagi ni 😉

    1. Hehe.. Makan, makan juga.. Tapi kena pastikan makanan yang sihat tau..

  10. Slh satu punca ssh naik berat adalah bil. cacing dlm bdn

  11. saya berat 88 kg ..umurku 17 …ringan sangat..
    tinggiku 150cm….cara nak berat camner

    1. Hai ira.. Rasanya kalau berat 88kg untuk 150cm dah agak berat tu.. Berat ideal untuk tinggi 150cm sebaik2nya dalam lingkungan 45-55kg

  12. says XDA washatsapp Dan email

  13. Info yang menarik. Sekadar berkongsi, selain itu, untuk memastikan impian kita untuk menambahkan berat badan menjadi kenyataan, kita haruslah mempunyai perancangan yang teliti dan betul. Langkah pertama yang perlu kita lakukan ialah mengenalpasti corak pemakanan kita setiap hari dan menganggar kandungan kalori yang diambil di dalam setiap menu. Kemudian, barulah kita rancang diet baru yang perlu untuk mencapai cita-cita kita. Untuk tujuan ini, kita digalakkan untuk mencatat setiap data di dalam sebuah diari pemakanan.
    Jom baca entri terbaru Dr Muhammad Akbar bin Abdullah 6 TIPS EFEKTIF SENAMAN AEROBIK DI PEJABAT!My Profile

  14. Umur sy 23…berat still 39-40….mcm mane nak naikkan …ia buat sy susah nak mohon pekerjaan yg sy inginkan…sy seorg yg mudah berpeluh..makan sikit dah kenyang…ade tips x untuk bantu sy…

  15. Berat badan 56.5KG, Tinggi 178CM hhmm… kurus macam batang lidi hehe… dua bulan lepas berat hanya 54.4KG. Adalah sikit perubahan …

    1. Umur saya kini baru 19 tahun. Kadang2 rasa malu juga bila rakan2 ejek saya yg kurus kering ni. Tapi bersemangat juga bila buat latihan seperti angkat berat seorang di rumah. Hehe…

  16. Assalamualaikum,,,, saya nak tanya,,, betul ke tidak boleh RUNNING ketika saya hendak naikan berat badan?
    Dalam masa sama saya main GYM juga… berat saya susah nak bertambah… saya hari2 makan telo mentah,,,

  17. damia syuhada says: Reply

    saya berumur 28 tahun..kink berat saya dr 44kg jatuh pada 41..da bermacam cara saya lakukan..tp berat badan sy semakin jatuh..sy makin stress..apa sy harus lakukan lagi

    1. Salam damia.. Jangan stress sangat, stress tu pun salah satu faktor menyebabkan berat badan susah nak naik.. ?

    2. Saya nak tau apa cara yang damia dah lakukan? Saya nak kena tau juga cara hidup damia sekarang.. Lebih baik kalau damia dapat hubungi saya di 0192432888

Leave a Reply

CommentLuv badge