Tips Membeli Pakaian Hamil Agar Kekal Anggun

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Kebiasaannya tak banyak perubahan yang perlu dilakukan pada almari pakaian anda pada trimester pertama. Belum tiba masanya untuk anda membelanjakan duit membeli pakaian-pakaian mengandung. Tapi tak perlu risau sangat kerana anda masih lagi boleh memakai pakaian anda sehingga akhir bulan ketiga, ataupun mungkin lebih lama. Cuma anda mungkin akan terpaksa melakukan sedikit penyesuaian seperti membuka butang seluar, atau melonggarkan sedikit getah skirt anda, alaa macam selalu dibuat selepas makan. ?

Memasuki bulan keempat atau kelima, dah tiba masa untuk anda menaiktaraf almari pakaian anda. Formulanya mudah saja, naiktaraf pakaian anda ke satu saiz yang lebih besar. Jika pada kebiasaannya anda menggunakan Medium (M), pilih pakaian bersaiz Large (L).  

 Atau paling mudah dan menjimatkan, pinjam sahaja pakaian pasangan anda. ? Tetapi.. pada bulan keenam, walau macamana besar sekalipun saiz pasangan anda, anda mungkin akan lebih “membesar” daripadanya. ? Meminjam pakaiannya bukan lagi satu idea yang baik untuk anda. Tambahan pula, sudah tentu anda ingin lebih kelihatan feminin dan profesional apabila ke pejabat. YES. MASANYA SUDAH TIBA – masa untuk shopping pakaian mengandung. ?

Tapi memikirkan perut yang memboyot, pasti rasa sedikit sukar untuk memilih pakaian yang sesuai kan? Di sini saya kongsikan sedikit tips membeli pakaian hamil. 

  

1. Pilih warna-warna gelap.

Warna gelap membuatkan anda nampak langsing. Okay, anda tak perlu jadi Kevin Zahari untuk tahu tentang ini. Tetapi hitam, biru navy, coklat gelap, atau kelabu, semua boleh memberikan ilusi optik melangsingkan badan, mengurangkan sebahagian besar benjolan-benjolan pada badan anda dan memberi anda penampilan keseluruhan yang lebih kecil.

2. Kekal satu tona.

Satu tona untuk semua, lebih baik. Berikut adalah satu lagi ilusi optik yang anda mungkin mahu terokai; pakai satu warna dari atas ke bawah, dan anda akan kelihatan lebih tinggi dan langsing. Jika anda memakai warna yang berbeza di atas dan warna yang lain di bawah, ia akan mewujudkan satu titik perubahan pada tubuh anda, menyebabkan mata untuk berhenti betul-betul di perubahan warna dan membuatkan anda kelihatan rendah.

3. Pilih garisan menegak.

  
Ingat lagi satu contoh ilusi optik yang diajar semasa di sekolah? Garisan menegak mendorong mata kita untuk melihat atas ke bawah sekaligus menyebabkan kita akan kelihatan lebih tinggi dan langsing. Manakala garisan melintang pula menyebabkan mata melihat dari sisi ke sisi dan menyebabkan kita kelihatan lebar, yang mana sangat-sangat perlu untuk dielakkan. Jadi cuba elakkan mana-mana pakaian dengan jalur melintang dan pilihlah pakaian dengan jalur menegak, zip menegak, jahitan menegak dan susunan butang yang menegak.

4. Jangan terlalu besar.

Walaupun anda pasti mahukan sedikit ruang pada pakaian anda untuk membesar, terutama pada bahagian dada dan perut, pilih baju yang betul-betul muat dan terletak di bahu (mungkin bahu saja satu-satunya bahagian tubuh anda yang tidak akan melebar). Baju yang menggelebeh di bahu akan menyebabkan anda kelihatan selekeh (dan besar) T__T

5. Ketatkan. 

Sudah pasti anda lebih terarah kepada  pakaian yang longgar dan flowy bila membeli pakaian mengandung. Tapi hakikatnya, baju yang sedikit ketat menjadikan anda kelihatan lebih kurus berbanding pakaian baggy. Tambahan pula ia memberi peluang untuk menonjolkan kandungan anda. 

Walaubagaimanapun, peraturan dibuat untuk dilanggar. Menjadi diri sendiri adalah sama penting dengan tips membeli pakaian hamil di atas dan tambahan pula anda harus merasa selesa dengan pakaian anda. Jadi kalau anda lebih gembira dengan hot pink, shocking lime atau gabungan warna-warna terang berbanding warna-warna gelap yang mungkin membosankan anda, jangan ragu-ragu atau anda suka dengan corak-corak dengan garisan melintang, teruskan saja. Itu kan perut anda. ?

Leave a Reply

CommentLuv badge