Tips Atasi Baby Blues

Tips Atasi Baby Blues

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sebelum ini saya ada kongsikan peranan ayah dalam menyambut kelahiran anak. Mungkin ada di antara ayah yang memandang ringan perkara ini. Tapi jangan ambil mudah. Antara salah satu sebab utama kenapa ayah perlu memainkan peranan adalah untuk memberi sokongan kepada si ibu dalam mengawal baby blues atau depresi ringan yang lazimnya dialami oleh ibu baru.

Apabila saya kaji dengan lebih mendalam tentang perkara ini, rupa-rupanya hampir semua ibu baru akan mengalami perkara ini tidak kira samada kelahiran pertama atau seterusnya.

Baby blues akan sembuh dengan sendirinya. Namun jika dibiarkan akan menyebabkan depresi yang lebih teruk.


1. Khuatir pada kemampuan sendiri. Ini selalu terjadi pada kelahiran pertama. Bayi timbul ruam, ibu salahkan diri. Konon tak jaga makan. Walhal, si bayi tadi mungkin sedikit panas. Untuk tidak berterusan begini, si ibu haruslah meminta bantuan dan sokongan orang sekeliling. Ibu bapa, mertua, adik-beradik yang lebih berpengetahuan. Si ibu juga hendaklah menambah pengetahuan mengenai cara uruskan bayi. Banyak info yang boleh dapat dihujung jari sekarang ini. Yakin, yang ada juga mampu besarkan bayi anda sendiri.

2. Tekanan tanpa henti. Bila lapar, bayi menangis. Bila kencing, tak selesa, bayi menangis. Serba-serbi menangis. Silap-silap si ibu pun akan turut menangis. ? Kerana perkara-perkara ini lah yang selalu mengundang tekanan kepada si ibu. Menghadapi situasi yang belum difahami dan tidak boleh dikendalikan. Baby blues terjadi apabila si ibu menghadapi tekanan setiap hari, sakit kepala, tidak boleh memberikan tumpuan dan berfikir. Akibatnya, si ibu memilih untuk tidak berbuat apa-apa langsung. Cara mengatasinya si ibu harus berpijak di alam realiti. Sabar dan bersyukur dengan anugerah yang diberi. Berkongsi dengan komuniti yang betul. Banyak group-group berkaitan dengan parenting di facebook. Atau boleh follow page Kelab Ibu Ohsem untuk panduan-panduan berguna.

3. Takut melulu. Si ibu takut yang tidak bersebab. Takut dengan kehadiran bayi yang kononnya akan membuat anda rasa terikat dengan tanggungjawab, jauh dari kawan-kawan dan kesepian. Si ibu tadi menganggap bayi adalah beban buatnya. Si ibu berhadapan dengan baby blues apabila sampai ke tahap si ibu menyalahkan si bayi sampai menyakitkannya. Nauzubillah. Ambillah masa berehat jika perlu. Hantar bayi anda ke saudara atau pengasuh buat sementara.

4. Sukar tidur. Perubahan masa tidur adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan bagi ibu baru. Malam berjaga, siang hari pula sukar untuk tidur kerana banyak perkara yang harus diselesaikan. Jika dah sampai tahap berhari-hari tak boleh tidur, sehingga merasa begitu letih, gelisah dan kehilangan tenaga, si ibu tadi mungkin berhadapan dengan baby blues. Usahakanlah untuk tidur ketika bayi sedang tidur dan belajar untuk prioritize.

5. Marah tanpa sebab. Perasaan marah selalu timbul bila sesuatu yang terjadi tidak sesuai dengan keinginan dan perancangan si ibu. Tarik nafas dan luahkan perasaan kepada pasangan. Lakukan senaman ringan. Insya Allah ianya boleh menggembirakan si ibu.

6. Menangis. Satu saat si ibu gembira. Saat seterusnya dia menangis. Pening suami jadinya. Ianya terjadi kerana perubahan hormon selepas melahirkan bayi. Tetapi apabila si ibu menghadapi kemurungan berpanjangan, ianya sesuatu yang patut diambil perhatian. Tetapi jangan terlalu rasa bersalah jika tiba-tiba merasa sedih. Berikan pujian pada diri sendiri atas peranan baru anda menjadi ibu. Lakukan hobi yang disukai.

7. Tiada nafsu makan. Penat dan kurang tidur boleh membuatkan si ibu hilang nafsu makan. Si ibu lebih utamakan untuk layan keletihan dan mengantuk. Bahaya bagi si ibu jika tidak makan seharian, ianya tanda si ibu mengalami baby blues. Cuba dapatkan konsultansi dari mereka yang pakar. Ibu perlu sihat untuk bayi anda. Ibu yang sihat akan dapat menghasilkan susu ibu yang mencukupi dan berkhasiat.

2 Comment

  1. Wah terima kasih sangat sis infonya. Biar nanti tidak khawatir lagi kalau terjadi kelak.

Leave a Reply

CommentLuv badge