Teknik Alihkan Perhatian Bayi Bila Meragam

Teknik Alihkan Perhatian Bayi Bila Meragam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Selalunya kalau anak kita buat hal atau meragam, terutama sekali di khalayak ramai (bukan bermakna kat rumah boleh berdiam diri ye), cara paling berkesan nak pujuk anak, adalah dengan mengalihkan perhatian mereka. Strategi ini adalah salah satu senjata paling penting dalam membesarkan anak. Ia adalah satu strategi yang datang secara semulajadi kepada ibu bapa. Dan selalunya, ianya akan berjaya. Boleh cuba, kalau tak percaya. 

Teknik mengalihkan perhatian anak ini sebenarnya tidak terkecuali untuk bayi anda. Tidaklah terlalu awal untuk mengeluarkan senjata ibu ini bagi menenangkan bayi anda. Saya pun selalu gunakan teknik yang sama untuk baby Darwish. Bila baby Darwish meragam, mungkin sebab dia letih, atau kelaparan, atau bosan, atau hanya kerana dia marah-marah (hehe, baby pun boleh marah tau), hanya dengan mengalihkan perhatiannya dapat mencegah atau setidak-tidaknya menangguhkan tangisan dia.

Teknik mudah ini selalunya berguna bila saya cuba nak melengahkan masa menyusukan baby Darwish. Selalu terjadi bila saya nak sembahyang atau makan. Always without fail, baby Darwish akan tersengih, walaupun sebenarnya masa tu dia sememangnya tengah laparkan susu. Baby easily get distracted. 

Lama kelamaan bila dah selalu buat, anda akan mengetahui apa yang bayi anda suka, tetapi di sini saya senaraikan beberapa teknik alihkan perhatian bayi bila meragam sebagai permulaan:

Teknik Alihkan Perhatian Bayi Bila Meragam

Peekaboo Well, mungkin ini klasik, tetapi ini adalah teknik yang sangat popular di kalangan bayi. Kebanyakan bayi tidak pernah bosan dengan kejutan – Cakk! Mama di sini! Variasikan peekabo anda untuk lebih keseronokan. Bersembunyi di belakang tangan, bantal, ataupun buku; muncul di atas, di bawah, dan di tepi tempat dari tempat “persembunyian” anda.

Nyanyi dan menari Pilih satu atau lakukan kedua-duanya, dan yakinlah bahawa amatur (tone deaf atau klutzy) adalah yang paling disukai. Apa jenis lagu pun boleh, selagi anda melibatkan bayi anda menyertai keseronokan tersebut.

Bunyi-bunyi pelik Anda boleh cium bayi anda di perut, di lengan atau di mana sahaja dan hasilkan bunyi-bunyi pelik dari ciuman anda tersebut. Pasti bayi anda akan tersenyum lebar.

Buat muka lucu Jelirkan lidah, bersin yang dibuat-buat atau kerutkan muka  anda, apa saja yang boleh menarik perhatian bayi anda.

Selamat mencuba. 

5 Comment

  1. Hahah..tak dinafikan..memang menjadi..dah biasa saya buat..hehe
    Jom baca entri terbaru Hafizul Rujukan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41My Profile

  2. dah pernah buat seperti yang disarankan..memang ada berkesan juga
    Jom baca entri terbaru Hanafi Kupasan Ringkas Buku Rahsia KerjayaMy Profile

    1. Happy Festivus, maybe someday one of you can help clear our domain penaly and spread some of that ole Festivus Cheer.www.travel-ascendng.com

    2.  Wat lijkt me dit ongelooflijk lekker!!!Zit hier in Tunesie te kwijlen in een internetcafé.Veel succes met de Chocolaterie!!!!Liefs, Dirk Chocolade nieuwsbriefZoekenVolg VANDERDONK:© 2010 .

    3. Dich hat das Spam Karma aufs Korn genommen. Das und die Vorschau sollen mir den Spam vom leib halten – ist leider für die User nicht so toll, das weiß ich tut mir leid.Ich werd mich mal bei WordPress.com anmelden, damit ich auch Askimet einsetzen kann, dann brauch ich zumindest die Vorschau nicht mehr.

Leave a Reply

CommentLuv badge