Suplemen dan Ibu Menyusu: Apa Relevannya?

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

 

Semasa hamil, selera makan anda akan meningkat dari biasa. Bayi anda yang sedang membesar mendapatkan bekalan nutrisi daripada anda. Bukan setakat itu sahaja, anda juga akan berasa lapar kerana di masa ini, badan anda bekerja keras untuk menolong menyediakan bekalan susu anda.

 

Selepas kelahiran, keperluan pemakanan yang baik tidak terhenti di situ sahaja. Pengambilan nutrisi yang mencukupi dan seimbang adalah lebih penting daripada semasa kehamilan anda. Ia akan membuat perbezaan dalam kualiti susu badan anda dan memberi kesan berapa cepat badan anda pulih selepas melahirkan.

 

Sikap tidak mengambil peduli terhadap kesihatan diri sendiri asalkan anak mendapat susu yang terbaik adalah konsep yang SALAH. Ramai yang masih tidak menyedari hakikat ini dan terlalu banyak salah tanggapan bahawa yang penting atau pun fokus adalah kepada menyusukan anak dan anak perlu mendapat susu ibu yang mencukupi dan berkhasiat dalam masa yang sama mengabaikan kesihatan dan kebajikan diri si ibu.

 

Seorang ibu sebenarnya bukan sahaja semata-mata menyusukan anak dan sumber pemakanan utama semasa masih bayi. Tetapi, si ibu jugalah tempat si anak bergantung harap dan bermanja dan berkasih sayang. Malahan, skop peranan seorang ibu adalah cukup luas dan tidak dapat dibincangkan hanya dalam satu artikel pendek ini. Peranan ibu sebagai seorang suri rumah, isteri, anak, pekerja dan sebagainya menunjukkan betapa pentingnya si ibu mengutamakan kesihatan dan penjagaan diri dalam masa yang sama memberikan yang terbaik untuk keluarga. Oleh itu, tidak benarlah sekiranya si ibu hanya fokus kepada penyusuan susu ibu tetapi mengabaikan tugas yang lain.

 

Ibu Sihat

 

Para ibu juga perlu sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan kekal cergas. Sihat dari ertikata sihat fizikal dan mental. Malah, ibu moden juga perlu sentiasa anggun, cantik dan kekal cergas untuk melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang. Justeru, di sinilah perlu pefahaman secara tuntas, mengapa ibu memerlukan sokongan dari dalaman dan luaran. Dalam konteks ini seperti seorang suami yang memahami, persekitaran yang positif, suasana rumah dan tempat kerja yang kondusif dan sudah tentu yang paling penting adalah pemakanan yang sihat disertakan dengan amalan kerohanian yang mantap.

 

Ekoran daripada perkara inilah yang menyebabkan timbulnya idea mengapa para ibu memerlukan set breastfeeding Shaklee. Fungsinya bukan sahaja bertindak sebagai ‘milk booster’ atau penggalak susu iaitu alfalfa malah ianya lebih bersifat serampang dua mata, melibatkan semua khasiat yang diperlukan oleh ibu menyusu seperti vitalea, B Complex dan Vitamin C. Ini semua adalah zat-zat yang diperlukan oleh tubuh bukan sahaja untuk menyusu anak tetapi untuk diri lebih sihat, cergas, cantik dan kekal bertenaga sepanjang hari.

 

Buat ibu-ibu yang mempunyai bajet yang lebih, boleh disertakan dengan pengambilan kalsium lengkap dengan vitamin D dan magnesium iaitu dengan set E. Seterusnya, Energizing Soy Protein atau ESP juga berperanan dan perlu dalam penyusuan susu ibu. Protein ialah elemen penting dalam susu ibu dan dipengaruhi oleh pengambilan protein oleh ibu.

 

Seperti yang telah dijelaskan, sekali lagi diingatkan bahawa ibu yang mengambil “milk booster” semata-mata perlu memastikan diet harian cukup untuk membekalkan nutrien diperlukan badan. Pengambilan Shaklee Breastfeeding Set, sekurang-kurangnya dapat membantu menjadikan si ibu kekal bertenaga sepanjang hari. Di samping itu, ia juga membantu ibu untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat seperti memiliki kulit cantik berseri dan gigi yang kuat. Akhirnya, dengan nutrien lengkap dan persekitaran positif, emosi para ibu akan sentiasa positif dan tidak terganggu.

 

Breast Milk Is The Best

 

Hubungi saya jika ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana Set Penyusuan Shaklee di bawah boleh membantu anda.

  • Set Triple M : Set Premium dengan Vita-Lea, B Complex, Vita-C, Ostematrix, Alfalfa, ESP
  • Set Eufor Pack : Set untuk yang elergi alfalfa mengandungi Vita-Lea, B Complex, Vita-C, Ostematrix
  • Set E : Vita-Lea, B Complex, Vita-C, Ostematrix, Alfalfa
  • Set B : Set Asas mengandungi Vita-Lea, B Complex, Vita-C, Alfalfa

 

Sumber

1 Comment

  1. great! memang betul kan..suplemen utk badan ibu jugak sebenarnya..

Leave a Reply

CommentLuv badge