Soya Yeo’s Teman Saya Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Bismillahirahmanirrahim.. Ini adalah cubaan pertama untuk memasuki peraduan melalui blog. Sebelum ini, join peraduan di facebook je, sebab paling simple dan mudah. Like & Share, ini peraduan kegemaran saya, tak perlu memerah otak dan membanting tulang 4 kerat untuk share banyak2 ^_^, Like & Comment. Masa yang diambil kurang dari satu minit dan wallahhh!! saya tersenarai dan berpeluang untuk memenangi hadiah. Tetapi, mungkin peraduan-peraduan seumpamanya belum cukup untuk menguji skill blogging saya *sigh* Oleh sebab yang demikian, anda melihat saya di sini terkial-kial bergabung tenaga dengan keyboard dan mouse untuk turut serta dalam peraduan Contest Yeo’s Malaysia Sepetang Bersama Blogger. Dan untuk saya menang peraduan ini, saya mohon ehsan anda semua untuk share entri ini di wall facebook anda sebanyak yang mungkin. Cuba skroll sampai ke hujung entri ini dan anda akan nampak icon social media di situ, cuma tekan icon facebook dan sharekan ke wall anda. *ngee*

 

Bila tiba bulan Ramadhan, tiba-tiba cerita bulan Ramadhan di bulan Rabiul Akhir, apakah??, memang sudah semestinya banyak menu tersenarai yang mesti, wajibul ghunnah, berada di atas meja makan semasa berbuka puasa, sekurang-kurangnya mesti ada sekali dalam tempoh sebulan berpuasa. ^_^

 

Menu Wajib Ramadhan
Menu Wajib Ramadhan

 

Antara pilihan top 5 menu di bulan Ramadhan, mengikut statistik perut sendiri *ihiks*, adalah ayam percik, ayam golek, murtabak, roti john dan kuih-muih tradisional. Sudah kecur liur? Hihii.. Ini baru 5 pilihan yang saya senaraikan, belum masuk lagi menu pilihan air tangan bonda, oh tiba-tiba menjadi seperti ibu mengandung 2 bulan yang tengah mengidam *pengsan* Tapi, walau berapa banyak senarai menu makanan pilihan di bulan Ramadhan, saya cuma tetap ada satu saja minuman kegemaran semasa berbuka puasa, Soya Yeo’s!! Sepanjang memori saya sejak saya sudah boleh berpuasa, Soya Yeo’s memang boleh dikatakan menjadi menu wajib di setiap Ramadhan. Resipi Yeo’s kami, Soya Yeo’s + Cincau, dihidang sejuk. Perghhhhh!!! Memang dapat melegakan tekak yang kering dan haus.

 

Yeo's Soya
Soya Yeo’s

 

Di samping itu, Soya Yeo’s sememangnya menjadi pilihan dalam memastikan tubuh mendapat khasiat secukupnya. Pemilihan makanan sepatutnya dapat membekalkan tenaga, vitamin dan mineral sepanjang kita berpuasa di bulan Ramadhan. Makan secara sihat pada bulan puasa penting untuk menghindari beberapa masalah kesihatan yang biasanya berlaku seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, pedih ulu hati dan kandungan gula rendah dalam darah.

 

Kandungan susu Soya Yeo’s yang rendah gula, tanpa bahan pengawet dan hanya menggunakan 100 peratus kacang soya Kanada tanpa GMO menjadikannya pilihan terbaik bukan saja untuk berbuka malah ketika bersahur. Justeru, kandungan proteinnya mampu menyokong tahap tenaga, stamina dan dapat meningkatkan prestasi tubuh semasa berpuasa.

 

Mari kita antara lain lihat kelebihan Soya Yeo’s ini.

 

  • Sumber yang kaya dengan protein lengkap – Mengandungi kesemua 8 asid amino penting yang diperlukan oleh badan anda untuk pertumbuhan dan tumbesaran yang betul. Protein menjadikan rambut anda lebih kuat dan sihat, kulit lebih lembut, memulihkan otot dan menyembuhkan luka dan parut dengan lebih cepat.

 

  • Kaya dengan kalsium – Untuk tulang dan gigi yang lebih kuat, lebih mudah mengawal berat badan dan tekanan darah yang sihat.

 

  • Kaya dengan anti-oksidan – Membantu badan anda untuk melawan radikal bebas yang berbahaya yang menyerang sel-sel sihat. Untuk sistem imun, jantung yang lebih sihat dan kulit lebih muda.

 

  • Kaya dengan zat besi – Peredaran darah yang lebih baik, badan yang lebih bertenaga, imuniti yang lebih baik dan kualiti tidur yang lebih baik .

 

  • Membantu dalam penurunan berat badan – Mempunyai kebaikan yang tinggi dan rendah kalori. Ambil Soya Yeo’s pada ketika anda teringin untuk mengambil makanan ringan dan ia akan membuat anda berasa kenyang lebih cepat dan mengurangkan kuantiti makanan anda.

 

  • Membantu mencegah kanser dan Osteoporosis – Menggalakkan tulang yang lebih kuat dan lebih tangkas. Mengandungi isoflavon semula jadi yang membantu dalam membenteras pertumbuhan sel-sel kanser.

 

  • Bebas daripada Laktosa dan Kolesterol – Laktosa ialah gula semula jadi yang terdapat dalam susu lembu dan memandangkan susu soya tidak diperolehi dari lembu, ia bebas daripada laktosa dan oleh itu, alternatif yang sihat bagi mereka yang tidak toleran laktosa atau alah kepada susu. Ia membantu paras kolesterol lebih rendah untuk mengelakkan penyakit seperti penyakit jantung.

 

Rupa-rupanya selama ini saya menikmati bukan sekadar keenakan rasa Soya Yeo’s, tetapi lebih banyak lagi khasiat Soya Yeo’s. Membuatkan saya lebih bersemangat untuk menjadikan Soya Yeo’s sebagai minuman harian saya. ^_^

 

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai produk Yeo’s boleh klik dan follow Yeos Malaysia.

 

yeos-minicontest-728x90

 

Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.

 

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

 

Pesanan penulis, bantu saya G+ dan share entri ini di wall facebook anda. Ailebiu all in advance. =)

Leave a Reply

CommentLuv badge