Singkirkan Toxin Dengan Set Detox Shaklee

Singkirkan Toxin Badan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Simptom Toxic Berlebihan Dalam Badan

  • Sering keletihan, berasa lesu dan tidak bertenaga
  • Daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
  • Emosi yang bercelaru, kemurungan
  • Tidur tidak berkualiti, insomnia
  • Sembelit atau cirit-birit yang kerap
  • Masalah-masalah kulit; jerawat, akne, ekzema, psoriasis
  • Kulit yang pudar dan tidak bermaya
  • Rasa gatal, alahan, ekzema
  • Radang pada kulit
  • Kuku dan rambut yang rapuh
  • Badan dan nafas berbau
  • Sakit kepala yang kerap dan berulang
  • Sakit leher , bahu , sendi dan otot
  • Peredaran darah yang lemah

Singkirkan Toxin Dengan Set Detox Shaklee

Pernahkah anda mengalami salah satu dari perkara di atas? Mari kita lihat situasi ini pula, sudah berbotol-botol suplemen produk untuk kuruskan badan anda cuba, bukan setakat itu, sudah beratus-ratus dihabiskan, slimming centre, gymnasium, namun masih tiada perubahan pada berat badan anda. Yang kurus cuma poket anda kerana pelaburan tersebut. Bila tidak berjaya, kita akan membuat kesimpulan produk itu yang tidak berapa serasi dengan kita.

 

 

Toxin Punca Gemuk
Toxin Adalah Salah Satu Punca Sukar Untuk Kurus

 

Ok, cuba kita lihat dari sudut yang lain pula. Ada tak kita terfikir, ada sesuatu yang kita perlu lakukan dengan badan kita dahulu? Setiap hari, badan kita dihujani oleh toksin dan bahan kimia dari alam sekitar di sekeliling kita. Bahan kimia, racun perosak, hormon dan bahan pencemaran lain yang ditemui dalam semua makanan yang diproses yang kita makan, yang membawa kepada penyakit kronik, kemurungan dan obesiti.

Laporan Tom Brokaw NBC mengenai bagaimana badan kita mungkin tercemar dengan bahan kimia toksik dari penggunaan produk setiap hari, termasuk solekan dan bekalan makanan.

Dalam keadaan semula jadi badan, dengan pemakanan yang betul dalam kuantiti yang mencukupi dan organ-organ detoksifikasi berfungsi pada tahap yang optimum, mampu menghapuskan dan detox bahan-bahan toksik dengan selamat. Organ-organ utama detoksifikasi, kulit, usus, hati, buah pinggang dan paru-paru dalam habitat semula jadi, akan menghapuskan toksin alam sekitar melalui peluh, kencing, pembuangan air besar.

 

Toxin Dalam Badan Anda

Malangnya, kita tidak lagi hidup dalam dunia semula jadi. Hari ini kadar toksin masuk ke dalam badan adalah lebih banyak daripada tahap yang boleh dihapuskan dengan selamat, menyebabkan keadaan toksik badan yang kronik. Banyak penyakit-penyakit kronik seperti obesiti, kencing manis dan kemurungan boleh dikaitkan dengan kekurangan nutrisi dan bahan yang tidak diingini memenuhi badan. Dalam keadaan ini, tubuh akan kehilangan keupayaan semula jadi untuk membuang toksin pada kadar yang sama toksin diperkenalkan kepada badan. Ia adalah pada ketika ini bahawa kita kehilangan keharmonian semula jadi dan keseimbangan dengan badan kita.

Inilah sebabnya mengapa badan kita perlu detox. Tiada gimik, segala bentuk detoksifikasi badan, semua bertujuan meneutralkan toksin dan memulihkan keupayaan semula jadi badan anda untuk menghapuskan bahan buangan dan toksin. Anggap detox sebagai butang reset untuk badan anda. Dalam dunia hari ini, ia adalah tidak realistik untuk menghapuskan semua toksin luaran sepenuhnya tetapi dengan memberi badan kita bantuan, kita boleh memulihkan keupayaan untuk mengendalikan secara semula jadi fungsi detoksifikasi. Hasil dari detox yang selamat boleh mempunyai kesan yang baik pada semua sistem badan kita, kardiovaskular, otot, saraf, pernafasan, pembiakan, imun dan mental, dan menghapuskan pelbagai penyakit kronik yang melanda masyarakat moden.

 

Singkirkan Toxin Dengan Set Detox Shaklee

Shaklee menawarkan produk detox untuk membantu membersihkan badan anda daripada bahan kimia toksik, menjaga kesihatan hati, membersihkan kolon, membina mikroflora usus anda dan banyak lagi. Jom kenali set detox shaklee ini:

DTX Complex

DTX Complex™DTX Complex dari shaklee menyediakan sokongan pemakanan untuk fungsi HATI yang sihat dan memelihara aliran hempedu. Makanan kesihatan ini telah dihasilkan dari gabungan 6 jenis herba terpilih dengan antioksida dan telah diuji secara klinikal untuk mengekalkan sel-sel hati yang sihat.

DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:

– Digunakan di Eropah sejak 2000 tahun lagi
– Merupakan bahan utama dalam DTX
– Mengandungi ‘Silymarin’ yang berfungsi sebagai antioksida
– Proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin – kaya dengan bahan antioksida
– Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
– Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
– Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
– Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
– Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema

  • Schizandra chinensis seed (tanaman yang berasal dari China yang dah digunakan selama lebih 2000 tahun untuk meningkatkan jumlah enzim detoksifikasi di dalam hati)

– Menghalang Toksin berada dalam badan
– Menggalakkan protein sintesis yang mana ia menggalakkan pertumbuhan sel – sel baru
– Mengandungi Antioksida
– Ia juga berkait dalam merangsang sintesis protein, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin

  • Cendawan Reishi

– Digunakan secara tradisional sejak 4000 tahun dahulu di China sebagai sumber antioksida
– Membina imun – membantu dalam mencegah atau merawat kanser
– Mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis
– Merawat sindrom keletihan yang kronik
– Membantu mencegah penyakit jantung

  • Dandelion

– Kaya dengan Vitamin A, B, C, D dan zat besi
– Mengandungi ‘Cynarin’ yang melancarkan pengaliran hempedu
– Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakkan hati (hepatitis) dan jaundice
– Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu; membantu mencegah batu karang
– Membantu merawat endometriosis. Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit
– Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi – melawan anemia
– Melawan tumor dan kanser
– Merendahkan paras gula dalam darah. Baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air

  • Kunyit

– Mengandungi ‘Curcumin’ yang berfungsi untuk mencegah barah hati & kesihatan pundi hempedu
– Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
– Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV

  • Artichoke

– Mengandungi ‘Cynarin’yang melancarkan pengaliran hempedu sekaligus  membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal
– Membina semula sel-sel hati 

 Herb-Lax

Herb-Lax™Dr Shaklee telah memperkenalkan Herb-Lax pada tahun 1917. Ia direka untuk tindakan pembersihan untuk membantu proses semula jadi badan. Herb-Lax adalah gabungan 9 herba, termasuk daun Senna, yang telah digunakan untuk lebih daripada 3,000 tahun sebagai julap semulajadi.

Herba yang digunakan dalam Herb-Lax tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang dijual di mana-mana. Produk-produk julap buatan ni biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksanya mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. Jadi, berhati-hati ya.

Sebaliknya, Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam kategori julap yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.

Herb-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan fungsi usus.

Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi:

  • Alfalfa leaves – membersihkan usus, darah dan hati
  • Senna leaves – merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak
  • Anise seed – merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan
  • Blue malva flower – membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit
  • Buckhorn bark – melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan kelembapan kepada usus
  • Licorice root – membantu proses detiksifikasi
  • Rhubarb root – herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik
  • Fennel seed – mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit
  • Culver’s root – membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma

 

p/s: Detox tidak digalakkan untuk ibu mengandung dan menyusukan

2 Comment

  1. kalau ibu menyusu boleh makan DTX?

  2. Keep it coming, wrretis, this is good stuff.

Leave a Reply

CommentLuv badge