Set Tambah Berat Badan Shaklee Yang Paling Berkesan

Set Tambah Berat Shaklee

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Set tambah berat badan merupakan produk paling laris di blog ini. 33 peratus daripada pengunjung blog datang dari keyword; cara menaikkan berat badan, cara menambah berat badan, cara tambah berat badan, tambah berat badan, serba serbi berkaitan dengan berat badan. Tidak mampu pula saya nak senaraikan semua.  😛 Tapi kenapa paling laris? Walhal yang banyak kita dengar sekarang ini, ramai yang berusaha untuk menurunkan berat badan. Namun pada hakikatnya, tidak kurang ramai juga yang sakit kepala memikirkan berat badan yang masih di bawah tahap ideal.

Kira BMI anda di sini

Pada entri saya sebelum ini, saya ada kongsikan tips untuk tambah berat badan secara alami. Tidak ada cara instant dalam konteks menambah berat badan. Ramai yang mengeluh, sudah makan banyak tapi berat badan masih tidak berubah. Masih lagi digelar mayat hidup oleh rakan-rakan.

Walaupun salah satu tips penting dalam menambah berat badan adalah makan dan makan, namun ianya bukan alasan bagi anda untuk makan dengan sesuka hati. Anda ingin mendapatkan berat badan yang solid dan sihat, bukan menambah “tabung” lemak anda. Komposisi diet anda harus seimbang. Secara amnya, untuk menambah berat badan anda perlu mengambil makanan yang kandungan nutrisinya seimbang, iaitu makanan berprotein tinggi, karbohidrat tinggi, dan lemak sihat.

Set Tambah Berat Shaklee

Set Tambah Berat Badan Shaklee

Set tambah berat badan Shaklee mengandungi Vitalea, B Complex dan Mealshake. Mari kita lihat pula apa kandungan di dalam vitamin set tambah berat badan ini yang boleh membantu menaikkan berat badan?

Meal Shakes – membekalkan 35% atau lebih nilai harian, mengandungi 19 vitamin dan mineral penting. Meal Shakes membekalkan kalori yang diperlukan badan bersama dengan serat dan vitamin mineral. Ianya sumber makanan instant yang kaya kalsium, fiber dan protein. Rasanya enak seperti Vanilla Ice Cream, atau Milk Shakes

Vitalea – membekalkan 23 jenis vitamin penting bersama iron (penting dalam pembentukan sel darah merah). Memenuhi keperluan zat harian tubuh akibat amalan diet yang tidak seimbang. Selepas semua zat dalam badan cukup, barulah sistem badan dapat berfungsi pada tahap yang optima. Selain daripada itu, Vitalea membantu mencantikkan kulit, kuku, rambut secara dalaman. Ia juga mengurangkan risiko anda mengidap penyakit tiroid. Di samping itu, ia membantu memberi badan yang sihat dan bertenaga.

B Complex – mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting.

Each Tablet Provides: Amount Per Tablet
Vitamin B1 – Thiamin (as Thiamin Mononitrate) 10.12mg
Vitamin B2 – Riboflavin 11.47mg
Vitamin B3 – Niacin (as Niacinamide) 135mg
Vitamin B6 – (as Pyridoxine Hydrochloride) 13.5mg
Fotate (as Folic Acid) 200mcg
Vitamin B12 (as Cyanocobalamin) 40.5mg
Biotin (as d-Biotin) 150mcg
Panthothenic Acid (as d-Calcium Panthothenate) 67.5mg

 

Vitamin B1, B2 dan Niacine yang terkandung di dalam B Complex ini berfungsi memelihara nafsu makan yang sihat. Kekurangan vitamin ini akan menyebabkan selera makan terganggu dan menurun. Di samping itu, antara kelebihan lain vitamin B Complex adalah ianya dapat mengawal kadar metabolisma badan, dan mempertingkatkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

 

Testimoni Pelanggan Set Tambah Berat Badan

Testimoni Set Berat Badan

Testimoni Set Berat Badan

Testimoni Set Berat Badan

Testimoni Set Berat Badan

 

INGAT!! Walaupun anda telah mengambil set tambah berat badan Shaklee ini, anda masih perlu makan. Saya kongsikan sedikit cadangan pemakanan yang boleh membantu menaikkan berat badan anda.

SARAPAN PAGI

Jus Tambah Berat BadanMemilih makanan berkalori tinggi sebagai sarapan pagi boleh membantu anda memenuhi keperluan kalori anda dalam usaha menambah berat badan. Minum 1 cawan jus atau susu ketika sarapan boleh meningkatkan kalori anda sebanyak 120 hingga 150. Cadangan makanan yang berkalori tinggi termasuk 2 cawan bijirin gandum dengan 1 cawan susu dan pisang. Anda juga boleh mencuba sandwic telur berkalori tinggi yang terdiri daripada dua biji telur yang dimasak bersama 1 sudu kecil marjerin diletakkan dalam roti bersama sekeping keju, disajikan dengan 1 cawan jus oren.

MINUM PUKUL 10 PAGI

Snack Kekacang Untuk Tambah Berat Badan

 

 

 

Makanan berkalori tinggi seperti kacang dan buah-buahan kering menjadi snek yang baik untuk menambah berat badan. Snek yang dicadangkan adalah 1/4 cawan kacang dicampur dengan 1/2 cawan kismis diambil bersama 1 cawan jus. Anda juga boleh mencuba smoothie yang dibuat dengan 1 sudu esp, 1 cawan susu, buah-buahan segar, yogurt dan mentega kacang.

 

 

MAKAN TENGAH HARI

Sandwich Tuna Untuk Tambah Berat BadanUntuk makan tengah hari yang berkalori tinggi cuba salad sandwich tuna yang dibuat dengan 3 oz tuna di dalam tin dicampur ke dalam minyak dan 2 sudu besar mayonis, dihidang di dalam dua keping roti gandum. Anda juga boleh makan salad untuk membantu anda mendapatkan berat badan. Cuba salad ayam panggang yang dihidangkan bersama sayur-sayuran hijau dengan 3 sudu besar sos salad biasa, 1 oz keju hancur, 2 sudu besar dari kismis dan tujuh bahagian walnut.

MINUM PETANG

Untuk makanan berkalori tinggi masa minum petang cuba 12 keropok masin dengan 2 sudu besar mentega kacang atau 2 oz keju dengan 1 cawan susu.

MAKAN MALAM

Peha Ayam Untuk Tambah Berat BadanIdea hidangan berkalori tinggi untuk makan malam adalah termasuk 3 oz hidangan daging dengan kuah, 1 cawan kentang lecek dengan kuah dan 1/2 cawan kacang hijau dengan marjerin. Ia boleh diambil dengan susu untuk meningkatkan kandungan kalorinya. Susu tepung kering merupakan kalori booster murah yang dapat digunakan untuk menambah kalori. Setiap sudu besar susu tepung kering mempunyai 33 kalori. Atau anda boleh cuba dua peha ayam dengan 1 cawan nasi dan brokoli dikukus dengan keju sebagai pilihan makan malam berkalori tinggi.

4 Comment

  1. […] Ramai yang mengatakan “bertuah”, kerana walaupun “makan seperti kuda” tetapi badan masih boleh kekal slim. Saya adalah salah seorang daripada mereka yang bertuah ini. Hinggakan ramai yang bertanyakan rahsia saya. Tiada rahsia sebenarnya. Rahsia yang ingin saya korek pula adalah tips untuk menambah berat badan dengan berkesan. […]

  2. ASSALAMUALAIKUM WBT
    KAK Dzu info yang menarik..saya sdh baca ..dan banyk info saya terima..tq kak
    Jom baca entri terbaru HENDRAWATI KOLAGEN SHAKLEE PROMOSI PALING GEMPAK ABAD INI DISEMBER 2014!!!My Profile

  3. kena patuhi jadual pemakanan juga 🙂
    Jom baca entri terbaru Ikhwan Fahmi Tajuk Yang Berkaitan Dengan Peperiksaan Separa PerubatanMy Profile

  4. Boleh order online k???

Leave a Reply

CommentLuv badge