Ingin Hamil Tanpa Membazir??

Testimoni Subur Shaklee

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Set Kesuburan Untuk Hamil Yang Terbaik

Jangan marahkan saya sekiranya setiap kali anda datang kepada saya untuk bertanyakan harga set shaklee untuk set kesuburan, saya tidak terus memberikan jawapan. Tetapi sebaliknya saya hujani anda dengan persoalan demi persoalan agar saya tahu masalah sebenar anda supaya suplemen yang diberikaJangan Marahn adalah bersesuaian dengan keperluan anda dan tiada pembaziran yang bukan-bukan berlaku.

Kita tidak mengamalkan konsep pest control di sini. Sembur saja dimerata tempat dengan harapan ada nyamuk atau serangga yang akan terkena dan mati.

Untuk rawatan yang lebih efektif, adalah sangat perlu untuk mengetahui setidak-tidaknya simptom-simptom yang berkaitan. Tidaklah pening sang “doktor” untuk prescribe “ubat” yang bersesuaian. ^_^

 

Why Diagnose?

– To define clinical entities

  • Typical symptom cluster
  • Natural history
  • Causes

– To determine treatment

Teringat semasa membawa anak ke klinik disebabkan sakit perut baru-baru ini. Agaknya akibat terlalu penat mengerang kesakitan, anak saya sampai tertidur di klinik. Apabila sampai giliran berjumpa doktor, disebabkan tiada sesi soal jawab, agak sukar bagi doktor untuk mengenal pasti punca yang menyebabkan sakit perut, (harapkan mama pun tak tahu apa-apa. *ngeee). Sudah tentu bingung doktor tersebut. Mujur ada peralatan-peralatan klinik yang boleh digunakan untuk membuat pemeriksaan lanjut, dapat juga dikenal pasti punca sebenar sakit perut tersebut dan seterusnya memberikan ubat yang bersesuaian.

Sama seperti masalah kesuburan. Mengenal pasti punca ketidaksuburan adalah salah satu cara terbaik untuk merawatnya. Tidak semua masalah kesuburan berpunca dari satu masalah yang sama. Tidak semua orang yang tidak berjaya hamil mempunyai masalah haid yang tidak tetap, tidak semua orang yang tidak berjaya hamil mempunyai masalah tiub fallopio tersumbat. Masalah kesuburan setiap individu adalah berbeza-beza.

Kenali punca ketidaksuburan wanita

Oleh yang demikian, sekiranya terdapat SID yang mencadangkan kepada anda set kesuburan tanpa terlebih dahulu “mendiagnosis” anda, anda sebenarnya telah melakukan pembaziran di situ.
Testimoni Subur Shaklee

 

Ini antara testimoni kehamilan daripada pelanggan saya selepas mengamalkan Set Kesuburan Shaklee. Nampak kan mereka mengambil suplemen yang berbeza-beza, tapi syukur Alhamdulillah, dah berjaya hamil.

Saya cuba sesuaikan sebaik mungkin suplemen mengikut keperluan kesihatan dan kewangan agar anda beroleh manfaat seoptima mungkin daripadanya.

Insya Allah saya cuba untuk berikan yang terbaik untuk anda semua. 🙂

Leave a Reply

CommentLuv badge