Senaman Untuk Bentuk Badan Menggiurkan

Senaman Untuk Bentuk Badan Menggiurkan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Sama seperti proses mengurangkan berat badan, diet menyumbangkan 80-90% daripada faktor kejayaan dalam menambah berat badan. Walaubagaimanapun, hanya memperoleh berat badan adalah tidak baik. Perubahan dari kurus kepada gemuk berlemak tidak akan membuat anda kelihatan menarik.

Anda ingin mendapatkan berat badan dengan komposisi yang betul. Peningkatan berat badan haruslah kebanyakannya daripada otot jika anda ingin kelihatan menarik, menjadi sihat dan badan dapat berfungsi dengan optima.

Senaman Untuk Bentuk Badan Menggiurkan

Cabar Diri Dengan Berat

Senaman Untuk Bentuk Badan Menggiurkan

Kebanyakan wanita takut untuk menyentuh dumbbell, kerana risau ia akan mengubah mereka menjadi lebih besar, maskulin dan gagah perkasa. Saya merupakan sebahagian dari mereka yang berperasaan begini sebelum ini. Hahaha.. Jangan takut! Mengangkat berat hanya akan menambahbaik hasil anda, ianya tidak menukarkan anda menjadi She-Hulk!!

Jika anda mahu membina otot, anda perlu meletak tepi “2.5 kg” yang anda gunakan untuk membentuk bisep dan tambahkan lebih berat kepada dumbbell anda. Otot anda hanya akan terbina apabila mereka dipaksa. Latihan rintangan berat memecahkan tisu otot; melalui proses memperbaiki dan membina semula, otot kembali kuat dan lebih besar daripada sebelumnya. Anda akan mengembangkan lekuk otot yang menarik apabila anda berani mencabar diri anda di gym.

Tips Mengangkat Berat

 

Jika anda masih bimbang tentang menjadi gagah perkasa, ingat ini: Wanita menghasilkan testosteron jauh lebih sedikit daripada lelaki. Kadar testosteron biasa untuk lelaki adalah 200-1,200 nanogram per desiliter (ng/dl), berbanding dengan wanita 15-70 (ng/dl). Perbezaan yang sangat besar! Testosteron adalah hormon penting dalam membina otot. Oleh yang demikian, tahap hormon yang lebih rendah bermakna anda tidak akan melihat perkembangan otot dengan cepat. Otot anda akan terbina secara perlahan-lahan, dan anda akan mempunyai lebih banyak kawalan ke atas berapa banyak otot yang anda mahukan.

Lebih Banyak Lebih Baik

Kebanyakan artikel di dalam majalah fitness wanita menyarankan latihan yang berkesan adalah yang melibatkan satu kelompok otot sahaja. Latihan seumpamanya memang perlu, terutama bagi ahli bina badan, tetapi ianya tidak sesuai buat anda. Jika anda mahu mendapatkan hasil, beri tumpuan kepada pergerakan kompaun, iaitu latihan yang melibatkan lebih dari satu kumpulan otot.

Compound Exercise
Compound Exercise

 

Latihan-latihan ini membolehkan anda mengangkat berat yang lebih berat dan melatih lebih banyak otot pada setiap pergerakan anda. Ianya lebih mudah untuk melihat perubahan dan lebih menyeronokkan, yang mana akan menggalakkan anda untuk bekerja lebih keras dan lebih kerap.

Bicep Curls
Bicep Curls
Leg Extension Exercise
Leg Extension

Melakukan latihan ini akan mencabar badan anda, membina otot, dan membentuk bentuk badan dengan cepat. Anda boleh sahaja menghabiskan masa anda dengan latihan otot-otot tertentu seperti biceps curls dan legs extension, tetapi ianya akan menyebabkan anda berakhir dengan beberapa ketidakseimbangan yang serius dan hasil yang lambat. Siapa yang nak, mempunyai aset Beyonce dengan lengan Paris Hilton?! Tiada siapa!

Tingkatkan Intensiti

Hentikan berjalan, hentikan berlari-lari anak, dan mula memecut! Kardio adalah penting untuk kesihatan, tetapi latihan aerobik yang berlebihan sebenarnya boleh membantutkan pertumbuhan otot-otot wanita yang cantik pada diri anda. Latihan aerobik yang lama adalah katabolik, iaitu mengurangkan tenaga yang sangat penting dalam membina otot.

Latihan yang berintensiti tinggi membakar kalori semasa dan selepas latihan, dan ia meningkatkan rembesan hormon yang merangsang pemecahan lemak. Manakala, sesi yang panjang untuk kardio berintensiti rendah hanya membakar kalori semasa latihan dan kemudiannya menggunakan karbohidrat atau protein sebagai sumber pembakaran. Walaupun anda mungkin merasa selesa menonton ulang tayang “Friends” selama berjam-jam, badan anda sebenarnya boleh mengurangkan bekalan karbohidrat anda dan beralih kepada protein yang disimpan dalam otot anda untuk tenaga.

Gantikan latihan membosankan di atas treadmill dengan sesi latihan berintensiti tinggi. Latihan ini bersilih ganti antara latihan berintensiti tinggi dan latihan berintensiti rendah. Latihan berintensiti tinggi selama dua puluh minit dari pecutan akan menguatkan seluruh bahagian bawah badan anda, memperlihatkan tubuh yang luar biasa menarik, dan membantu mengembangkan aset bawah anda menjadi mengagumkan.

Jangan Lupa Makan

Membina otot memerlukan tenaga, dan tenaga memerlukan bahan bakar, jadi tambah bahan bakar! Tanpa lebihan kalori, badan hanya akan mengekalkan saiz semasa. Wanita yang ingin menambah otot tanpa lemak dan membentuk bentuk badan mereka perlu mengambil lebih banyak kalori daripada yang dibakar semasa disiang hari. Ini bersamaan dengan sekitar 200-250 kalori. Bagi kebanyakan wanita, kira-kira 15 kalori setiap paun berat badan adalah memadai untuk dikekalkan.

Latihan Untuk Bentuk Badan Yang Seksi

Ini adalah di mana protein shake (ESP sumber protein terbaik) dan protein bar sangat membantu. Mujurlah, bersenam juga dapat meningkatkan selera makan anda.

Selamat mencuba.  🙂

1 Comment

  1. […] Senaman Untuk Menambah Berat Badan dan Bentuk Badan Yang Menggiurkan […]

Leave a Reply

CommentLuv badge