Resipi Sahur Yang Tak Perlu Masak Tetapi Berkhasiat

Overnight Oats Resipi Mudah Bersahur

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sudah beberapa hari bersahur saya tiada selera makan. Makan cuma dua tiga suap, berlaukkan serunding. Itupun, terasa macam makanan itu berlumba-lumba nak keluar dari tekak. Sudah macam-macam menu yang saya cuba, waima ikan masin menu pembuka selera sekalipun tidak dapat membuka selera saya.

Overnight Oats Resipi Mudah Bersahur
Overnight Oats Resipi Mudah Bersahur

Mujur semasa berborak-borak dengan rakan-rakan sekolah, saya diperkenalkan dengan satu resipi mudah, simple tetapi berkhasiat dan sedap. Wallaaa.. Saya rasa itu yang mak-mak cari kan sekarang ni? Semua ciri-ciri yang disukai ada dalam resipi ini.Ok saya kongsikan di sini resipi mudah tersebut. Resipi ni orang putih panggil Overnight Oats, sebabnya, ia disediakan malam sebelumnya, atau dalam 3-4 jam sebelum masa makan.

Asas kepada resipi ini adalah oat yang direndam semalaman bersama apa jua air kegemaran anda, samada soya, susu segar, susu tepung, yogurt dan macam-macam lagi.

Overnight Oats Resipi Sahur Mudah
Cubaan Pertama Overnight Oats. Superb!!

Untuk resipi ini, saya campurkan 1/3 cawan oat dengan 1/3 cawan susu segar, dan buah anggur yang dihiris-hiris. Masukkan di dalam peti sejuk dalam bekas bertutup dan biarkan semalaman. Bila tiba masa nak makan, saya tambahkan pula dengan cereal  (gambar tak sempat ambil dah kena ngap 🙂 )

Overnight Oats Resipi Sahur Mudah
Sempat gambar sebelum tambahkan cereal

Alhamdulillah, boleh tahan untuk seharian berpuasa dan sangat sesuai untuk mereka yang tiada selera bersahur. Boleh juga disediakan untuk anak-anak bersarapan. Overnight oats ini sekiranya penyediaan dilakukan dengan baik dan ditutup rapi di dalam peti sejuk, boleh bertahan selama 2-3 hari.

Untuk lebih sedap, anda boleh campurkan dengan buah-buahan seperti anggur, strawberry, pisang, labu dan sebagainya mengikut kreativiti anda. Manakala bagi ibu-ibu mengandung atau menyusukan yang memerlukan kalori yang lebih banyak, anda boleh cuba campurkan Overnight Oats anda dengan peanut butter, cochocolate chip, kekacang, kurma, pisang dan yang sewaktu dengannya. Disamping itu, lebih baik guna oat original kalau dibandingkan dengan oat instant, kerana oat original lebih tinggi serat dan lebih tahan lapar berbanding dengan oat instant.

Berikut adalah antara idea resipi Overnight Oats lain yang boleh anda cuba. Nyumeehhh..

Overnight Oats Dicampurkan Bersama Strawberry Dan Peanut Butter
Overnight Oats Dicampurkan Bersama Strawberry Dan Peanut Butter
Overnight Oats Dicampurkan Bersama Pisang
Overnight Oats Dicampurkan Bersama Pisang
Overnight Oats Dicampurkan Bersama Cereal
Overnight Oats Dicampurkan Bersama Cereal
 Kredit: Kath Eats

Leave a Reply

CommentLuv badge