Resipi Mudah Buat Pizza Daripada Roti Gardenia

Resipi Mudah Buat Pizza

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Selalu balik dari kerja “gaduh” nak siapkan makan malam. Masuk dapur terus singsing lengan. Ktang ktung, ktang ktung. Mau sejam juga baru siap sediakan juadah. Itu pun dah kira cepat. Kalau ada masakan instant memang heaven la.

Resipi ini antara masakan instant yang saya suka buat. Cepat, sedap, anak-anak pun suka. Tak perlu lagi “gaduh” dengan periuk belanga.  Resipi Mudah Buat Pizza Daripada Roti Gardenia. Boleh siap dalam 10 minit. Resipi ni saya dapat dari blog kak Yanmie, ofkos selepas diubahsuai sedikit.

Resipi Mudah Buat Pizza

 

Bahan-bahan yang saya gunakan pun mudah je, nak guna bahan banyak-banyak anak-anak pula tak suka.

  1. Roti Gardenia
  2. Tomato puri
  3. Mozarella cheese (nak guna cheddar cheese pun boleh)
  4. Buah lada hijau (Capsicum) dipotong dadu
  5. Bawang Besar dipotong dadu
  6. Sosej dihiris-hiris

Caranya sangat mudah. Siap boleh bawa main masak-masak dengan anak lagi.

Sapukan tomato puri di atas roti gardenia. Susun di dalam loyang. Memandangkan saya gunakan microwave untuk masak pizza roti ni, maka saya cuma gunakan microwaveable plate.

Taburkan topping mengikut suka. Dalam resipi saya, saya gunakan buah lada hijau, bawang besar dan sosej. Boleh tambah mushroom, crabstick, tuna, etc. Tetapi untuk pizza anak-anak saya cuma letakkan sosej; ala-ala beef pepperoni la kononnya ; memandangkan anak-anak anti sangat dengan sayur .

Kemudian taburkan Mozarella cheese mengikut selera masing-masing. Lebih banyak, lebih cheesy la pizza anda nanti. 

Bakar di dalam microwave oven selama 5 minit. Atau sehingga roti anda kelihatan seperti pizza .  Alhamdulillah, siap dah pizza anda. Selamat mencuba Resipi Mudah Buat Pizza Daripada Roti Gardenia.

1 Comment

  1. sedap tu
    Jom baca entri terbaru Raihanah Ahmad Perlukah Saya Detoks?My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge