Membongkar Rahsia Kecantikan Kulit Wanita Korea

Suzy Bae

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Saya sebenarnya dikelilingi oleh peminat drama Korea. Dalam banyak-banyak newsfeed pada wall saya, mesti ada satu terselit pos tentang drama Korea. Pssttt, jangan tak tau, dolu-dolu saya pun peminat tegar drama Korea, siap burn drama dalam CD lagi tau. Hihi.. Tapi sekarang, dah terpaksa jadi peminat tegat Hi-5. Budak-budak tecik dah take over. T__T Tapi saya akui, drama-drama Korea memang mampu untuk menarik semua golongan untuk menonton, even makcik saya pun tonton drama Korea, jangan tak caye. =)

Kenapa ek orang suka tonton drama Korea? Pada saya, selain plot cerita yang menarik, lokasi penggambaran yang cantik, pelakon-pelakon korea yang ensom-ensom dan molek-molek belaka adalah antara faktor yang membolehkan drama-drama Korea bertakhta di hati orang bukan Korea. hehehe..

 

Jun Ji Hyun You Who Came From The Stars
Jun Ji Hyun You Who Came From The Stars

 

Lie To Me

 

 

Yoon Eun Hye Lie To Me
Yoon Eun Hye Lie To Me

 

Yoon Eun Hye Lie To Me
Yoon Eun Hye Lie To Me

 

Cantik kan, tak perlu tepek mekap tebal-tebal, cukup dengan lip balm dengan eyeliner – mabeles!! Aii is jeles dengan kulit dorang ni, halus, putih, mulus dan gebu – macam telur dikupas..

 

Membongkar Rahsia Kecantikan Kulit Wanita Korea

Umum sudah mengetahui wanita-wanita Korea gemar melakukan pembedahan plastik. Pada anda mungkin itu antara faktor utama mengapa mereka memiliki kulit yang cantik. Tetapi mungkin anda silap kerana mereka sememangnya ada rutin dan cara mereka yang tersendiri dalam penjagaan kulit. Mereka adalah beauty concsious okeh!! Jom kita bongkar rahsia kecantikan kulit wanita korea.

 

1. Amalan Minum Teh Hijau

Orang Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.

 

Suzy Bae
Suzy Bae

 

2. Pencuci muka

Untuk pencuci muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Pelakon Korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbusa selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.

 

 

 

 

3. Penyegar

Penggunaan penyegar wajah adalah sangat penting bagi orang Korea. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering. Orang Jepun memilih penyegar yang mengandungi ethyl alcoholrubbing alcohol atau isopropyl alcohol. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.

 

4. Essence atau serum

Essence atau serum sangat ringan. Bentuknya yang cair dapat memberikan penjagaan terbaik untuk memperbaiki masalah kulit. Untuk hasil terbaik, tunggu lima minit selepas memakai serum sebelum menggunakan pelembap anda untuk penyerapan maksimum. Cadangan saya gunakan essence Nutriwhite daripada range skincare Shaklee. Ianya adalah setanding dengan SKII essence yang digilai kaum wanita sekarang ini.

 

5. Pelembap

Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah. Minyak mineral seperti petroleum jeli dikatakan tidak mempunyai apa-apa bahan yang boleh menjadikan kulit lembut dan cantik. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.

 

6. Senaman Muka

Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir.

 

7. Urutan Muka

Rahsia wajah yang berseri adalah dengan urutan pada kulit yang diamalkan oleh mereka. Gunakan olesan minyak yang boleh mencerahkan kulit dalam proses urut. Atau pakailah krim urut pada wajah anda dan lakukan urutan secara perlahan. Lakukan dua hingga tiga kali seminggu. Urutan pada wajah dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keelastikan wajah. Urutan wajah juga boleh merangsang aliran oksigen dan nutrisi untuk meningkatkan keanjalan kulit anda. Ketika suhu kulit meningkat, maka dapat membuka liang dan mendorong keluar kotoran yang tertanam jauh di dalam kulit. Kulit anda akan kelihatan tampak lebih segar, lebih muda, dan bersinar selepas diurut.

Bagi mereka yang mempunyai kulit berjerawat atau berminyak, berhati-hatilah kerana urutan akan mengganggu kelenjar minyak dan meningkatkan rembesan minyak. Jadi, tahanlah diri anda untuk mengurut.

 

8. Pupur Wajah

Setiap kali selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan pupur wajah untuk melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang Korea ini. Pilih pupur yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya anda memilih pupur pencerah (clarifying mask) untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau pupur pelembap (moisturising mask).

 

Kalau dilihatkan dari beauty regime orang Korea, memang selayaknya mereka dikurniakan dengan kulit muka yang halus mulus. Penjagaan muka bukan setakat tiga langkah sahaja – Wash, Toner and Moisturize,  well, at least for me. *sigh* Tidak semua orang mempunyai kulit mulus, tetapi ketahuilah bahawa walau apa jenis kulit yang dimiliki, anda boleh membuatnya lebih baik dengan memberikan perhatian tambahan dengan rutin penjagaan kulit.

 

Disamping itu, rawatan dalam jangan dilupakan. Kebanyakan masyarakat di negara kita kurang kesedaran tentang kepentingan pengambilan suplemen-suplemen ini dalam penjagaan kulit. Multivitamin dan mineral berfungsi untuk memberikan zat-zat yang diperlukan oleh sel-sel kulit dalam memperbaiki kerosakan yang terjadi. Untuk rawatan dalaman ini, boleh cuba Set Kecantikan Shaklee.

 

Saksikan bagaimana wanita ini menyelesaikan masalah kulit beliau selepas menderita selama 7 tahun

 

Tempah Shaklee Sekarang

NOTA: Alhamdulillah, pada anda yang sebelum ini teragak-agak untuk membuat belian melalui Shaklee Independent Distributor, anda kini sudah boleh membuat pembelian online sendiri melalui shopping cart Shaklee, eSell. Transaksi hanya diantara anda dan Shaklee, dijamin selamat. Oh, dan pembelian pula menggunakan Credit Card atau Debit Card. Mudah bukan? Semudah ABC.. =) Psttt…..jangan risau, kami masih memberikan konsultansi tip top kepada anda yang membuat pembelian melalui eSell..

9 Comment

  1. Abell shaxha says: Reply

    wow sangat menarik

  2. minum teh hijau memang baik untuk badan. selain membuang toksin badan, teh hijau juga boleh mengawal berat badan. bagi mereka yang nak cantik dan ingin berat badan ideal, teh hijau antara tips yang menarik boleh diamalkan
    Jom baca entri terbaru vitakcrew Kelebihan Satin Skinz Ini Sesuai Merawat Jerawat BatuMy Profile

  3. Teh hijau baik untuk membuang toksin dan memang berkesan.

  4. ada satu hal lagi yang mungkin bisa ditambahin, kosmetik di sini super bagus coverage nya ^^ jadi kulit yang trouble na parah banget juga bisa di cover rapihhh~

  5. Mngkin ramai org korea yg buat plastic surgery.. tapi diorang sememngnya sangt mmntgkn kecntkn dlmn dn luaran tak kiralh original ke plastic … lgipn suhu ngra korea tak sama dgn ngra kita so risiko msalh kulit diorg krang.. just my opinion.. apa apa pun,thankz for the nice tips.. daehan minguk fighting !!

  6. sering saya melihat drama korea, memang wanita korea tampak cantik banget, wajahnya imut-imut sekali seperti bayi
    Jom baca entri terbaru yokoz Logo Darulnaim Cycling Club (DCC) VectorMy Profile

  7. menarik untuk dikongsi bersama . petua kecantikan yang lain pun ada . boleh kongsikan bersama https://goo.gl/YnqNXa. terima kasih admin

    1. Welcome mrsbibi.. ?

  8. Rahsia Kecantikan Kulit Wanita Korea | Bicara Rayna says: Reply

    […] kali selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan masker wajah untuk melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang Korea ini. Pilih masker yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya anda memilih masker […]

Leave a Reply

CommentLuv badge