Petua Hilangkan Geligata Paling Mujarab Cara Kampung

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat. Gembira dan saya rasakan saya mesti kongsikan perkara itu di sini, sebagai panduan pembaca-pembaca kalau hadapi masalah yang saya hadapi ini pada masa akan datang.

Petua Hilangkan Geligata Paling Mujarab
Nak dijadikan cerita, tiga hari lepas, lepas makan berbuka puasa, Abang mengadu, “ada gatal dekat kaki, tapi BESAR” Bila saya tengok, mmg BESAR! Terkejut juga. Sebab bila dibelek lagi, bukan setakat badan, beberapa tempat lain pun ada sama. Jadi kembang bulu saya memikirkan, INI ADALAH GELIGATA! Risau rasa hati, sudahlah dapat tau hari dah malam, suami pula tiada di rumah.

Petua Hilangkan Geligata Paling Mujarab Cara Kampung
Penemuan pertama geligata pada kaki Abang

 

Geligata, gegata, lapar garam, ludah pontianak, atau dalam istilah perubatannya urticaria (baru dapat tau lepas jumpa doktor), adalah keadaan yang disebabkan tindak balas sistem imun akibat dari alahan tertentu. Alahan ini boleh terhasil samada kesan dari silap makan, hama, habuk atau keadaan sekeliling seperti contoh sabun cuci yang masih melekat dibaju (tidak dibilas dengan bersih), cuaca – hujan, sejuk dan banyak lagi. 

Kalau dah kena geligata ini, sebaiknya cuba elakkan daripada terkena lagi punca-punca alahan di atas agar tidak memburukkan lagi keadaan. Tapi dalam kes Abang, kami masih lagi sedang mencari-cari punca alahan Abang tersebut. Kata doktor kalau nak jalan pintas boleh buat pemeriksaan darah, tapi kosnya agak mahal sedikit. Mungkin satu hari nanti nak cuba juga.

Ok, sebenarnya bukan nak cerita pasal geligata sangat, cuma petua hilangkan geligata paling mujarab cara kampung yang saya dah cuba dan…..awww, sangat-sangat teruja dengan keberkesanannya. 

Disebabkan Abang terkena waktu malam, ligat kepala otak saya memikirkan cara nak redakan gatal Abang. Geligata ini sangat gatal hokey! Abang dah balik-balik merengek minta tolong garukan. Pesanan: kalau boleh bertahan, elakkan dari menggaru sebab menggaru akan menyebabkan geligata itu akan menjadi bertambah BESAR dan merebak ke tempat lain.

Petua hilangkan geligata paling mujarab cara kampung
Kannn..dah merebak ke bahagian badan lain!!

Petua Hilangkan Geligata Paling Mujarab Cara Kampung

Sana sini saya cuba dapatkan petua untuk hilangkan geligata. Antara petua yang saya dapat;

1. Sapukan minyak kapak untuk hilangkan gatal. Saya sapukan pada badan Abang, berkesan, tapi cuma untuk sekejap saja. Bila dah hilang kesan panas, gatal datang balik, dan kena sapu lagi semula.

2.

Petua Hilangkan Geligata Paling Mujarab Cara Kampung
Info terkini: bedak ular boleh didapati di Tesco

Lumurkan bedak ular pada kawasan yang gatal untuk hilangkan gatal (berkesan pada kawan saya yang terkena sebelum ini). Haa, yang ini first time dengar. Dan sudah tentu taklah kalau nak guna cara ni, sebab bedak ular pun taktau nak dapat kat mana. T___T

3. Mandi dengan air garam bukit. Pilihan yang ini pun saya tak dapat nak buat, disebabkan ketiadaan garam bukit dirumah (jangan la pula bantai garam dapur T___T)

4. Minum air kelapa. Kata orang minum air kelapa akan menyebabkan tambah gatal. Tapi tak lama lepas tu akan pulih.

5. Sapukan bawang merah. Inilah petua hilangkan geligata paling mujarab cara kampung yang saya dah cuba. Alhamdulillah, kesan dia lebih cepat dari ubat sapu dan ubat makan yang doktor bagi. Bila saya lumurkan ke badan Abang, kering je bawang tu, gatal pun hilang. Tak sampai 5 minit!! Saya adalah SANGAT-SANGAT TERUJA dengan hasilnya. Bolehlah tidur lena lepas tu. Dan esoknya bila bangun pagi kesan gatal tu pun hilang. *lompat bintang*

 

Petua Hilangkan Geligata Paling Mujarab
Petua Hilangkan Geligata Paling Mujarab

Ok kalau nak tau cara dia mudah je, tumbuk bawang merah dan lumurkan pada tempat yang terkena gatal dan lepas tu tidur. Hehe.. Jangan lupa alaskan tilam terlebih dahulu, sebab ianya akan jadi sangat bersepah.

14 Comment

  1. Orang lama-lama memang banyak petua dari pengalaman hidup. Herba yang fresh erkesan tetapi kena tahan rasa pedih , panas dan bau. Ada cara mudah tetapi masih menggunakan amalan dan petua orang-orang lama juga cuma telah diinovasikan cara moden supaya mudah digunakan. Berkesan untuk hilangkan gatal, bisul, kurap , resdung , kesan hitam di kelengkang dan lain-lain penyakit kulit. Layari website kami untuk maklumat lanjut http://glowgelenggang.com/

  2. Terima kasih. Nak cuba ni. Gatal sangat

  3. terima kasih.. sy akn cuba…
    sbb skg ni sy sedang mlaluinye..

  4. Thanks.nak cubalah.saya pun kena malam malam.xboleh tido.thanks share

    1. Sama2 dear.. moga membantu..

      1. Klu guna bawang besar boleh tak?

        1. Guna bawang merah je sis.. ?

  5. saya sedang melaluinya..injection sudah, mkn ubat allergy pn sudah abis 3 papan…namun gatal2 masih x hilang…tu yg gigih meng-google nk cari cara tradisional pula…..

  6. nur adia syuhada says: Reply

    Hari ni 3 hari dh kne .. nak cba la .. tp lps dh kering bwg tu .. bleh bwa mndx x ? Atau kne tggu esok pagi

    1. Biar je sampai pagi

  7. lepas dah sapu memang terus hilang dah tak rasa gatal dah eh lepastu?

    1. Hilang sekejap.. bolehlah tidur lena semalam.. nnti ada lagi, sapu lagi.. tak lama je baik dah

  8. Azrinasakiran says: Reply

    Dah seminggu lalui injection sudah ,ubt hsptal sudah, ubt farmasi sudah tp makin merebak kt tmpt lain dah lah nak raya ni sedih btol.terima kasih sebab share petua ni boleh cuba manatahu berkesan trima kasih.

    1. Bawang merah yg besar bole guna ke,ke asal kan bawang merah

Leave a Reply

CommentLuv badge