Jangan Sekali-Kali Katakan Ini Kepada Ibu Menyusu

Perkara Ibu Menyusu Tidak Suka Dengar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Perkara Ibu Menyusu Tidak Suka Dengar

Apabila anda menjadi seorang ibu atau bapa, anda tidak akan lari daripada nasihat-nasihat yang tidak diundang… tentang segala-galanya . Anda akan mendengar setiap pandangan, cadangan, penghakiman bagi setiap pilihan yang anda buat, dari cara anda menyusukan anak anda, bagaimana dia tidur pada waktu malam sehingga ke bagaimana anda mendisiplinkan anak anda. Walau apa pun keadaan, bersedia untuk tebalkan telinga anda .

I am sick of itDAN… atas sebab-sebab tertentu, penyusuan susu ibu seolah-olah mendapat perhatian semua orang, sama ada anda berada di pihak yang menyokong menyusukan anak anda apabila diperlukan dan selagi diperlukan atau pasukan yang bertepuk tangan dan berkata “ewww, susu ibu”atau di antaranya. Pemandangan atau perbincangan mengenai penyusuan sentiasa mengundang banyak komen yang tidak diminta, yang pada kebiasaannya menyakitkan telinga apabila mendengar.

Sesuatu yang menyedihkan… tetapi benar, penyusuan susu ibu adalah satu topik yang agak kontroversi. Sama seperti mana-mana topik keibubapaan yang lain, perkara ini benar-benar boleh mengganggu seseorang dan memberi impak yang sangat besar, lebih daripada apa yang anda fikirkan. Oleh yang demikian, berhati-hati lah dengan apa yang anda katakan. Jangan sekali-kali katakan ini kepada ibu menyusu. Berikut adalah 8 Perkara Ibu Menyusu Tidak Suka Dengar.

1. “Hanya memberinya susu botol, tidak akan mencederakannya”

Menyusukan, terutama bagi ibu yang baru mula menyusukan merupakan satu perjuangan. Lekapan tidak selalunya mudah untuk semua orang dan perkara terakhir yang ibu menyusu mahu dengar apabila dia mempunyai isu lekapan adalah untuk memberikan susu botol. Memperkenalkan botol tidaklah seteruk mana, tetapi itu adalah perkara terakhir yang anda mahu lakukan apabila anda menghadapi masalah penyusuan. Adalah lebih mudah untuk bayi menyusu daripada botol daripada dari payudara anda. Jadi, jika bayi anda lebih suka menyusu dari botol, mereka akan mempunyai masalah untuk mendapat lekapan yang betul di kemudian hari. Kemungkinan besar ibu menyusukan sudah tahu mengenai ini. Jadi untuk mendengar seseorang berkata, “hanya memberinya susu botol, tidak akan mencederakannya”, percayalah, ianya adalah satu perkara yang BESAR buat mereka, dan ia berpotensi dalam merosakkan perjalanan penyusuan ibu tersebut. Mungkin niat anda ikhlas, tetapi berkata sesuatu seperti itu hanya membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

2. “Adakah anda pasti bayi anda mendapat susu yang cukup? Dia melekap pada payudara anda sepanjang hari/malam”

Perkara Ibu Menyusukan Tak Suka DengarYa, dan saya pasti ibu menyusu yang baru anda beritahu juga merasakan bahawa bayinya melekap pada payudaranya sepanjang hari/malam DAN dia tidak perlu peringatan tambahan dari orang luar. Membayangkan bahawa bayinya tidak mendapat susu yang mencukupi boleh menyinggung perasaan ibu tersebut, walaupun anda tidak berniat demikian. Hakikatnya, ia adalah perkara biasa bagi bayi menyusu setiap 1-2 jam setengah. Perut bayi yang baru lahir adalah kecil dan susu ibu dihadamkan dengan pantas, jauh lebih pantas daripada penghadaman susu formula. Jadi untuk seseorang yang tidak biasa dengan penyusuan susu ibu, ia mungkin kelihatan tidak normal. Tetapi saya boleh jamin kepada anda bahawa ia adalah perkara yang paling normal dan ia tidak bermakna bayi anda tidak mendapat susu ibu yang mencukupi atau bahawa ibu-ibu tiada susu.

3. “Anda perlu suplemen bayi anda dengan formula…”

Saiz Perut Bayi Anda
Saiz perut bayi anda ketika baru lahir adalah kecil, jadi yakinlah bahawa bayi anda sememangnya menyusu dengan cukup.

“… supaya berat badan dia bertambah” “… jadi dia akan tidur lebih lama” Melucukan, tetapi hakikatnya ramai bayi bertambah berat badan walau hanya menyusu badan. Penyusuan susu badan sebenarnya tidak memerlukan formula selagi bayi anda memenuhi tanda-tanda dia memperolehi susu dengan cukup.

 

4. “Menyusukan menjadikan payudara anda kendur”

Penyusuan susu ibu sering dipersalahkan kerana menyebabkan payudara kendur, tetapi bukan hanya menyusukan anak yang menyebabkan payudara kendur. Kendur sebenarnya adalah hasil kehamilan dan lain-lain pengaruh. Semasa hamil, payudara anda mengalami perubahan dan berkembang lebih besar sebagai persediaan untuk menyusukan bayi anda. Selepas bayi dilahirkan, susu ibu mengisi payudara anda, menjadikan ia lebih meregang. Jadi apabila susu sudah tiada, payudara anda mungkin kelihatan lebih kecil, kurang penuh dan juga mengendur. Ini boleh berlaku sama ada anda menyusukan atau tidak. Jadi tak usahlah anda bersungguh-sungguh membuktikan bahawa seseorang ibu akan mempunyai payudara kendur jika dia terus menyusukan, ia tetap akan berlaku sama ada anda memilih untuk menyusukan atau tidak. Jaga payudara anda jika anda bimbang. Lakukan senaman, tidak merokok, dan pilih coli yang baik.

5. “Berapa kali sehari anda perlu menyusukan?”

Berapa kali sehari yang anda makan? Saya rasa soalan ini begitu menjengkelkan kerana ia mengandaikan bahawa ia perlu ada had.

6. “Bila anda merancang untuk memperkenalkan susu formula kepada bayi anda?”

Mengatakan sesuatu seperti itu membayangkan bahawa susu ibu adalah hanya pilihan sementara dan lambat laun bayi anda akan memerlukan susu formula. Kebanyakan ibu-ibu yang memilih penyusuan susu ibu mahu bayi mereka hanya mengambil susu ibu. Dan hakikat dia perlu memperkenalkan formula bermakna dia gagal dalam penyusuan susu ibu. (Hakikat sebenarnya bukan seperti itu, tetapi itu adalah apa yang dirasakan oleh seorang ibu.) Juga mengatakan sesuatu seperti itu menunjukkan bahawa susu ibu hanya merupakan “alternatif” untuk susu formula walhal ia adalah sebaliknya, susu formula ADALAH alternatif.

7. “Anda mengandung dan anda masih menyusukan bayi anda? Selamat ke?”

Wanita terus menyusukan anak pertama mereka walaupun hamil anak kedua adalah perkara biasa. Ia selamat untuk dilakukan. Ramai ibu-ibu bukan sahaja terus menyusu semasa mengandung tetapi juga melakukan “tandem nurse“, iaitu menyusukan kedua-dua bayi yang baru lahir dan anak yang lebih tua.

8. “Bila anda merancang untuk berhenti menyusukan anak anda?”

Ramai ibu-ibu hari ini mengambil pendekatan “self wean” pada dasarnya membiarkan anak yang menyusu sehingga mereka bersedia untuk berhenti sendiri. Ia mungkin terasa seperti suatu penghakiman kepada seseorang yang tidak bercerai susu, dan mungkin membuat dia sangat tidak selesa. Memandangkan penyusuan adalah satu topik kontroversi anda mungkin tidak berniat untuk menghukum atau memberi gambaran, tetapi saya jamin dia akan berasa seperti itu. Susu ibu tidak pernah susut dari segi nilai nutrisi, jadi saya tidak menyalahkan mereka kerana tidak mahu tergesa-gesa bercerai susu.

Sebenarnya banyak lagi perkara ibu menyusu tidak suka dengar; itu belum lagi masuk isu menyusukan anak di khalayak ramai. Walaupun anda mungkin tidak berniat apa-apa, namun kemungkinan besar ia akan menyinggung perasaan ibu-ibu menyusu jika anda kata demikian. Ibu menyusu akan berasa seperti mereka adalah “orang luar”. “Terima kasih” kepada masyarakat dan anggapan bahawa susu ibu adalah alternatif kepada susu formula.

Bagaimana pula dengan anda? Apa komen atau soalan yang telah dikatakan kepada anda dalam hal penyusuan?

Leave a Reply

CommentLuv badge