Perbezaan Evening Primrose Oil dan GLA

Borage Seed Oil

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Sebelum ini kita disogokkan dengan kebaikan EPO, kepada wanita terutamanya. Berderet suplemen EPO di pasaran sehingga menyebabkan kita cuma dibayangi dengan EPO sahaja bila mencari suplemen berkaitan untuk merawat sindrom prahaid (PMS), artritis reumatoid, diabetik neuropati (masalah terjejasnya fungsi saraf akibat diabetes), ekzema, kesakitan payudara, alergi ataupun menopaus. Bagi wanita yang masih subur, tetapi mengambil perancang keluarga untuk mengelakkan kehamilan juga, EPO biasanya diambil bagi menstabilkan hormon; supaya kitaran haid masih akan berjalan seperti biasa. Tetapi pada hakikatnya Evening Primrose cuma merupakan tumbuhan bagi mendapatkan ekstrak GLA. Makin mengelirukan bukan? Hari ni saya cuba kupas persoalan yang sering bermain diminda, terutamanya bagi mereka yang memang mengamalkan pengambilan EPO. Ramai juga yang bertanya, “Shaklee takde EPO ke?” Jawapannya, “Tak ada.. tapi kami ada suplemen yang LEBIH BAIK DARIPADA EPO” =)

Apakah kandungan EPO?

Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak. Hasil analisis mendapati bahawa minyak EPO kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu asid linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA). GLA dan minyak inilah yang berguna untuk menyelesaikan beberapa masalah yang disebutkan tadi. GLA ini juga terkandung dalam Borage Seed Oil yang digunakan sebagai bahan utama dalam GLA Complex Shaklee.

Jadi, apa pula GLA?

Asid gamma-linolenik (GLA) adalah omega-6 asid lemak yang kebanyakannya didapati dalam minyak berasaskan tumbuhan seperti Borage Seed Oil, Evening Primrose Oil, dan Black Currant Seed Oil. Omega-6 dianggap asid lemak penting: ianya diperlukan untuk kesihatan manusia, tetapi badan tidak boleh menghasilkannya. Anda perlu mendapatkannya melalui makanan. Bersama-sama dengan omega-3 asid lemak, asid omega-6 asid lemak memainkan peranan penting dalam fungsi otak, serta pertumbuhan dan perkembangan yang normal. Juga dikenali sebagai asid lemak politaktepu (PUFA), ia membantu merangsang kulit dan pertumbuhan rambut, mengekalkan kesihatan tulang, mengawal metabolisme, dan mengekalkan sistem pembiakan.

Apakah perbezaan English Primrose Oil dan GLA?

Borage Seed Oil Berdasarkan penerangan saya di atas, sebenarnya TIADA ISTILAH PERBEZAAN di antara EPO dan GLA. Ini kerana GLA adalah merupakan “watak utama” di dalam hal ini. Dalam kata lain, GLA adalah merupakan asid lemak yang berperanan memberi khasiat di dalam sesuatu suplemen. Manakala EPO dan juga tumbuhan lain seperti Borage Seed Oil, dan Black Currant Seed Oil adalah merupakan sumber untuk memperolehi GLA tersebut. Perbezaan sebenarnya yang patut kita ambil tahu adalah perbezaan kandungan GLA dari sumber tumbuhan yang berlainan. Borage Seed Oil mengandungi GLA yang lebih tinggi dari Evening Primrose Oil iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO. Kelikatan GLA yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti PMS, arthritis, malah ekzema.

Apakah kandungan GLA Complex Shaklee yang menjadikannya sumber GLA terbaik?

GLA Complex Shaklee mengandungi Vitamin E dan minyak biji bunga matahari yang kaya dengan asid lemak Omega-6. Daun borage juga dikatakan galactogogue yang bagus (dalam GLA Complex Shaklee bukan daun, tapi biji bunga borage). Borage oil juga digunakan pada akhir kehamilan untuk mematangkan serviks.

  • Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6
  • Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan 15IU Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya
  • Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard – iaitu antioksidan semulajadi yang telah dipatenkan
  • Bioavailabitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan  lebih baik
  • GLA dari borage Shaklee adalah hasil yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan
  • Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan

GLA Shaklee Promosi Buy 6 Free 1

1 Comment

  1. SuriaSufi Ahmad says: Reply

    Saya perlukan tips kesihatan. Berbesar hati jika dapat pihak puan email kepada saya.

Leave a Reply

CommentLuv badge