Peranan Suami Ketika Isteri Berpantang Yang Membuatkan Isteri Semakin Sayang

Peranan Suami Ketika Isteri Berpantang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Antara soalan yang paling femes selepas bersalin; Siapa jaga masa berpantang nanti? Bakal berpantang di mana? DAN jawapan yang selalu mendapat tempat teratas adalah; berpantang di kampung, mak atau mak mentua yang jaga. Alasannya? Tiada orang yang menjaga isteri ketika berpantang kerana tuntutan kerja si suami. Sungguhpun begitu, para suami haruslah seboleh mungkin mencuba untuk berada di sisi isteri saat tidak bekerja. Ketahuilah bahawa, emosi isteri yang sedang berpantang agak kurang stabil akibat beberapa perubahan pada diri dan sekelilingnya.

 

Saya bukanlah antara mereka yang mempunyai kelebihan berpantang di kampung bersama mak, kerana mak sendiri pun masih bekerja. Jadi suami memang memainkan peranan penting semasa saya masih berpantang, di samping peranan pembantu rumah. T__T Tapi mujur juga planning baekk punya, =), kedua-dua anak saya lahir semasa cuti sekolah, jadinya mak saya dapat juga membantu sedikit sebanyak ketika saya berpantang.

 

Meroyan

OMG!! Memang mengerikan bila melihatkan potensi yang mampu dilakukan oleh ibu-ibu yang meroyan ini. Nauzubillah.. Semoga dijauhkan..

 

Sekarang semakin kerap kita lihat, meroyan selepas bersalin menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar. Ada kemungkinan isteri anda merasa down beberapa hari selepas melahirkan anak walaupun dia tidak memberitahu atau menunjukkan kepada anda. Sebagai suami, cuba gembirakan beliau dengan bunga, coklat dan mungkin juga boleh mandi bersama-sama beliau. Oppsssiee.. Mandi je ye.. Isteri tengah berpantang tu.. *grin* Namun, apa yang saya cuba sampaikan di sini, peranan suami ketika isteri berpantang adalah sangat besar. Lebih besar dari makcik tukang urut, lebih besar dari misi-misi yang melakukan lawatan rumah.. Bayangkan..

 

Semasa isteri di dalam pantang, suami perlu kuat semangat. Ketahuilah semasa ini, isteri sangat memerlukan suaminya untuk menjaganya dengan baik. Bukan sekadar fizikal, ianya termasuklah mental dan emosi.
Kalau rasa nak demam pun perlu cari jalan untuk tidak demam.

 

Ada ibu yang boleh meroyan keran sangat keletihan. Maklumlah, rutin bertukar. Tidur malam terganggu, maka bila setiap malam tidak dapat rehat, maka minda senang menjadi terilusi. Itulah mengapa ada ibu yang di dalam pantang, campak bayinya kerana pada pandangan siibu yang terlampau penat pada ketika itu, bayi itu adalah kain buruk. She is not able to think straight. Oleh itu para bapa prihatinlah.
Mengapa ini sangat perlu? Kerana bila suami pribatin menjaga isterinya, emosi isteri akan stabil kerana dia merasakan dia amat dikasihi. Ini memberi kestabilan kepada emosi anak dan satu kepercayaan yang sangat penting akan terwujud di dalam diri anak itu ‘AKU DIKASIHI’. Kerana tenaga itu terpancar dari ibu dan meresap ke anak itu pula.

Anak-anak yang merasai dia dikasihi akan mengasihi dan akan mempunyai ketenangan di dalam emosinya. Ketenangan emosi memberi kekuatan EQ dan SQ. Dan ini sangat penting untuk kejayaan dunia dan akhirat.

– Prof. Dr. Rozieta Shaary

 

Peranan Suami Ketika Isteri Berpantang

 

1. Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Keluar dari kebiasaan. Jangan pula mengharap isteri kejut baru terhegeh-hegeh bangun. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri.

 

Sarapan untuk isteri

2. Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda. Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula. Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar. Pasti isteri anda rasa amat dihargai.

 

Cara mandikan bayi baru lahir

3. Cubalah belajar untuk mandikan bayi anda walaupun bayi anda masih lembut badannya. Kalau anda tiada kemahiran mandikan bayi ataupun tidak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.

 

Menguruskan Anak-Anak Semasa Isteri Berpantang

4. Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak-anak itu diselesaikan. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.

 

5. Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran dengan isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk mengelakkan isteri merasa bosan).

 

6. Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tertidur di depan televisyen selepas menonton TV.

 

Peranan Suami Ketika Isteri Berpantang

7. Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tidak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.

8. Sungguhpun anda letih, jangan ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan atau post-partum depression.

 

Peranan Suami Ketika Isteri Berpantang

 

9. Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah. Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya.

 

15 Comment

  1. Tips untuk suami ketika isteri sedang berpantang | ummisihat.comummisihat.com says: Reply

    […] Untuk Suami Ketika Isteri Sedang Berpantang Credit: momsavenues.com Categories: […]

  2. saya sangat bersyukur kerana berpeluang buat itu semua dengan bercuti tanpa gaji dahulu..
    Jom baca entri terbaru Hero Borneo Tips Menjadi Usahawan Online BerjayaMy Profile

    1. Bestnya.. Mesti isteri gembira ada suami di sisi.. Sekurang-kurangnya ada teman bercerita di kala berpantang..

  3. pohon share ye Moms Avenue aka Dzu Amri.. utk di abadikan dlm blog saya…

  4. best baca perkongsian kat atas tu.saya anak pertma & kedua mmg berpantang sendiri dgn di jaga serta di uruskn sepenuhnya oleh suami.saya x mahu menyusahkn emak saya dgn mengharapkn emak datang menjaga & mengurus saya dlm pantang.ada suami utk mnjga saya sepenuhnya pun sdh memadai.dari trismeter kedua lg iaitu bln yg ke4 kehamilan sy sdh mula bt persiapan utk lps bersalin nt.saya menyediakn segala keperluan yg di perlukn msa pntang nanti.cthnya,bengkung,mandian herba lps bersalin,ubt pecah darah,pati sup ikn haruan ( utk mempercptkn penyembuhn pd luka),minyak angin utk berurut & byk lg lh.segala makanan larangn utk ibu bru lps bersalin pun saya senaraikn.saya byk bertnya & rujuk pd emak saya.makanan yg boleh di makan pun saya senaraikn.ini bkn hnya utk pngetahuan pd diri saya tp jg utk suami saya,yala…kmi suami isteri sma2 belum tahu apa2 dlm soal berpantang ni jd semua yg berkaitan kmi harus ambil tahu & ambil perhatian agar proses berpntang lebih mudah nt.saya memilih utk berpntang sndri kerana saya mahu saya & suami dpt sma2 menimba pngalaman & pengetahuan dgn melaluinya sendri.smsa berpntang ank yg prtma,mmg ada jg mngalami kesukaran dr segi persiapan & kesukaran utk menguruskn bby yala bru prtma kali mngalaminya ttpi sy & suami byk bertnya emak d kg..so,ketika berpntang ank yg kedua mmg terasa mudah sgt.suami pun dh yakin & tahu mndikn bby selepas bru di lahirkn…dia lg terrer dr saya..pd saya,berpntang sndri mmg akan memberi pngalaman yg berbeza.saya & suami dpt sma2 bljr bgaimna mahu mnguruskn semuanya.selama dlm pantang,suamilh yg akn ambil alih smua urusan rmh & anak2.selain dr mngurus & mnjga saya & bby.sekurang2nya suami dpt merasai & memahami betapa pyhnya keadaan seorang isteri yg bru melahirkn,sgt lemah & perlukn sokongan & dorongan.setiap minit akn brjga utk bby .pndpt sy juga,ketika suami itu sndri yg mngurus & mngjga isteri ketika berpntang,suami akn lebih bertanggungjwb,akan lebih percya diri utk mnjga isteri ketika sakit.

    1. Besar cabarannya berpantang sendiri ni.. Tapi berpantang dengan orang tua, lain lagi dugaannya.. hehe

    2. wahhh bagusnya…. rezeki puan tu… saya lg 2 minggu ni bersalin anak k4 ,harap suami saya confident..

  5. isteri tabah says: Reply

    sedih sy xde rs mcm tu ank pertama lahir tnpa suami disisi..bila brpantang xde lgsg membantu nasib baik mak & ayah yg byk tlg sbb brpantang dirumah mereka..suami hnya bgi tekan adalah bila blk dri kerja slalu merungut penat..smpi pnh brgaduh teruk.. mungkin suami X tgk keadaan sy melahirkan anak.. tpi bila masuk anak kedua berpantang sendiri still juga atas smua sy buat smpi dy hantar blk ke umh mak sy utk mnjaga & abaikan tanggungjwb sbgi seorg suami & bapa.. paling sedih anak sy yg sulung xde langsung diberi perhatian asyik dgn sibuk kerjaya nya. sy byk berdoa agar Allah cekal kan & sentiasa lindungi sy dan anak2 dri perkara yg tidak baik. Insyallah Amin

    1. Sedih saya dengar cerita puan.. Apa yang puan boleh buat, puan jangan fikirkan perkara-perkara yang negatif.. Puan cuba fokus pada kebaikan suami puan.. Mungkin dia cuba cari duit banyak untuk keselesaan puan dan anak-anak.. Buang semua aura negatif.. Tak baik untuk puan dan keluarga puan..

  6. Nak buat mcm mana nk suruh para suami ni cakna, menolong isteri lebih2 lg semasa pantang, dah lah x menolong, muka masam mencuka, tido mlm x boleh diganggu, sibuk main game. Nak minta tlg pun merayu2 macam hamba, tu pun buatnya lambat2….. Naik stress…. Ini ke balasan setelah perit jerih mengandungkan zuriatnya, melahirkan, membesarkan… Igtkan nk menjaga kita lps bersalin, rupanya tak juga, dunia ini mmg x adil. Mahkamah akhirat jua lah yg adil

    1. Bersabar ye sis.. doa banyak2.. mudah2an dibukakan pintu hati suami utk membantu sis..

  7. Tulisan yang begitu menarik. Mesti isteri bahagia bila suami yang buat semua yang diperlukan. Tapi bagi suami yang pjj mcm sy dan isteri ni, tambahan pula isteri berpantang kerana isteri terpaksa dibedah menghadapi kandungan di luar rahim, pada masa yang sama saya terpaksa berkerja pada jarak lebih kurang 500km jauh dari isteri memang sesuatu yang membuatkan isteri rasa tak cukup perhatian. Tambahan pula ada entri yang ditulis seperti ini membuatkan isteri saya yang dahulunya normal nampak makin kurang rasional dan makin tak memahami saya dan kerjaya saya untuk menanggung keluarga. Maaf saya cakap yang entri ni bukan sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Kadang-kadang kita tulis sesuatu atas kepentingan dan kehendak diri kita bukan atas rasionalisasi umum.

    1. sy tak rasa salahnya artikel ni, ia mmg perlu utk bg kefahaman thadap suami yg kdg² take thing for granted, why not ambik cuti 3-4 hari awal tu utk support mental dan emosi isteri, perkara ni lumrah tau, suami perlu bg sepenuh perhatian kpd emosi dan mental kpd isteri dlm pantang, kalau duduk jauhpun keep calling them n tanya khabar, ambik berat, selalunya isteri tak mintak pun jd mcm tu tp jd dgn bisikan² syaitan.. sbb tu org keliling mmg berperanan penting.

      1. Well said aima.. ☺️

  8. Sememangnya suami harus kuat semangat bila mana isteri sudah bersalin. Macam2 perkara suami harus belajar dari segi menguruskan bayi, isteri dan rumah tangga. Macam2 cara suami blh guna untuk mencari ilmu penjagaan isteri semasa berpantang. Entri yang baik..

    Hot Entri –> Suami Perlu Lakukan 5 Perkara Ini Ketika Isteri Berpantang | Bertambah-tambah Sayang

Leave a Reply

CommentLuv badge