Penjagaan Kecantikan Pada Usia 40an

Penjagaan Kecantikan Pada Usia 40an

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Maria Farida

Semasa remaja, kita sering disogokkan dengan 3 langkah penjagaan asas dalam memastikan kulit muka kekal cantik. Tetapi tiba-tiba apabila umur dah menghampiri ke angka 40an, muncul pula falsafah baru mengenai rutin kecantikan – lupakan penjagaan asas, pilih rawatan khas! Pening omak nak membeli segala bagai produk kecantikan lepas ni.

Namun rutin penjagaan kulit tiga langkah (membersih, menyegar dan melembap) sudah tidak lagi menunjukkan kesan seperti beberapa tahun ketika anda mula menggunakannya. Penjagaan kecantikan pada usia 40an anda tidak boleh lagi sama seperti ketika anda masih lagi remaja, ketika kulit masih lagi gebu toing-toing. Yang nyata anda kini memerlukan bahan tambahan yang lebih kuat untuk kelihatan lebih jelita, persis Maria Farida gittew.

Solekan juga mengecewakan kita, bedak alas kini tidak lagi mengimbangi dan membuat kulit nampak licin, sebaliknya menambahkan ‘retak’ terutama di tepi mata. Gincu bibir juga tidak lembap seperti dahulu dan cepat ‘retak seribu’ ke tepi alit bibir.

Ini antara masalah sering timbul apabila wanita meningkat 40 ke atas terutama mereka yang tidak menjaga kesejahteraan kulit ketika remaja dan seterusnya. Kesilapan ini menyebabkan kulit menjadi tidak bermaya, berkedut, kendur dan bertompok kehitaman.

Selain kedut, tompok kehitaman adalah masalah paling biasa di kalangan wanita Asia pada usia ini terutama mereka berkulit cerah. Pada peringkat ini rangkaian penjagaan yang biasa kita guna mula ‘degil’ dan lali, ia tidak lagi memberi kesan seperti mana sebelumnya.

Jangan Abaikan Penyental

Menyental atau exfo-liate penting pada usia ini kerana proses pembaharuan kulit menurun dan membuat sel mati terkumpul di permukaan. Ini menyebabkan kulit nampak tidak sihat, bersisik dan berkedut.

Tetapi jangan risau, usaha menyental kini lebih mudah dan selesa, tidak perlu lagi menggosok muka menggunakan alat penyental yang keras kerana kebanyakan jenama bahan penjagaan kulit menyediakan bahan penyental yang bertindak secara asli tanpa menyakiti kulit.

Alpha Hydroxy atau AHA bertindak secara asli mengupas kulit mati di permukaan dan secara tidak langsung ia membantu mempercepatkan proses penggantian kulit baru ke permukaan. Ini membuat kulit sentiasa segar dan gebu.. tidak seperti menyental menggunakan alat keras, ia boleh menegang dan meradangkan kulit. Kaedah lama ini menambahkan lagi masalah kulit kendur dan menyebabkan radang pada kulit sensitif.

Jadikan Pelindung UV Sahabat Baik Anda

Matahari adalah musuh utama kulit, apatah lagi dengan kesan penipisan lapisan ozon, kesan sinaran UV kini semakin ketara. Malah ia adalah punca utama masalah kulit dan ketuaan sebelum waktu. Oleh yang demikian, perlindungan daripada pencemaran dan persekitaran seperti sinaran UV perlu ditekankan.

Cara paling berkesan mengatasi masalah ini ialah dengan memastikan kulit diberi perlindungan sewajarnya ketika berada di luar. Sebolehnya elakkan pendedahan terus dan terlalu lama kepada cahaya matahari. Namun bagi anda yang kerja memerlukan untuk berada di bawah cahaya matahari, pastikan jangan tinggalkan pelindung UV anda.

Rangkaian Nutrwhite, Ultimate Protection Lotion SPF15, mengandungi mulberi berfungsi mengelakkan kerosakan dari matahari, dan memberikan perlindungan kepada kulit terhadap pencemaran alam sekitar.

Waktu paling baik menggunakan bahan penjagaaan atau rawatan ialah malam kerana ketika tidur proses membaik pulih sel bermula. Ketika kita tidur minda kita tenang, keadaan ini membuat penyerapan bahan penjagaan lebih berkesan.

Sekali atau dua kali seminggu, elok jika kita gunakan face scrub. Mengewap dan urutan juga baik untuk muka kerana ia membantu merangsang peredaran darah yang seterusnya membantu pengaliran oksigen.

Kesimpulannya, kulit matang memerlukan perhatian dan rawatan khas baik di segi bahan yang digunakan mahupun cara penjagaan. Kulit dewasa memerlukan bukan sahaja penjagaan dan perlindungan tetapi rawatan berkesan untuk membantu mengatasi pelbagai masalah kulit yang timbul.

Fakta Menarik Mengenai Penjagaan Kecantikan Pada Usia 40an

Bahagian Muka Paling Bermasalah

  • Keliling mata
  • Kawasan garisan senyum
  • Tepi dagu dan leher

Masalah Yang Selalu Timbul

  • Tompok kehitaman kecil dan hingga sebesar syiling 50 sen
  • Kedut di tepi mata, sembap, kehitaman di sekeliling, mengendur dan berkedut
  • Garis senyum (dari tepi hidung hingga ke tepi bibir) semakin ketara
  • Kulit mengendur pada keseluruhan muka
  • Pori-pori terbuka
  • Terlalu kering

Punca Masalah Timbul

  • Pendedahan kepada persekitaran seperti matahari, habuk, pendingin hawa dan angin
  • Penjagaan tidak betul atau tidak mengamalkan rutin penjagaan kulit
  • Pemakanan yang tidak seimbang misalnya kurang vitamin dan zat serta serat tetapi berlebihan lemak. Kulit yang cantik memerlukan nutrisi yang seimbang
  • Semakin usia meningkat, daya dan proses pembaharuan sel menurun.Ini menyebabkan gangguan pada badan. Pemakanan yang tidak seimbang, cara hidup yang tidak sihat seperti kurang senaman, pendedahan kepada sinaran UV keterlaluan dan merokok misalnya membantu memburukkan lagi masalah. Keadaan yang tidak terkawal akan meningkatkan kadar toksik dalam badan dan membantu free radical bertindak berleluasa

6 Penjagaan Kecantikan Pada Usia 40an Yang Anda Tak Boleh Tinggal

  1. Menyental – Menyental ialah kata kunci kecantikan pada kulit dewasa. Tanpa menyental kulit kusam di permukaan tidak mungkin boleh dihapuskan dan lapisan baru lambat berganti. Keadaan ini membuat kulit menebal dan mengurangkan keberkesanan bahan penjagaan yang digunakan. Tetapi ingat! Lupakan tuala kasar atau alat penyental keras seperti berus kerana ia seperti krim atau jel khas mengupas kulit mati. Bahan penjagaan mengandungi AHA paling berkesan.
  2. Melembap – Kulit usia ini kebiasaannya dahaga kelembappan kerana itu ia nampak kering, hilang keanjalan dan tidak bermaya.
  3. Pelindung UV – Kerana masalah anda kebanyakannya disebabkan kesan persekitaran seperti sinaran UV, dapatkan bahan penjagaan kulit dan alat kecantikan berpelindung UV. Pastikan anda menggunakan krim pelindung UV setiap kali keluar rumah.
  4. Perhatian salun atau facial – Khidmat facial seperti mengewap, menyental, memupur dan mengurut membantu merangsang peredaran darah dan proses baik pulih kulit. Cara ini anda membantu kulit baru keluar ke permukaan.
  5. Bahan penjagaan khusus – Pada peringkat ini kulit anda memerlukan bahan penjagaan khusus supaya dapat membantu mengatasi masalah. Tompok hitam dan kedut misalnya tidak boleh kering walaupun anda mencuci muka lebih tiga kali sehari tetapi bahan pengawal kedut, krim pemutih dan pelindung UV mampu melakukannya.
  6. Rawatan Dalaman – Apabila tiba pada cara penjagaan kecantikan, kebanyakan orang tidak terfikir akan penggunaan vitamin sebagai cara penjagaan kecantikan yang berkesan. Walau bagaimanapun, pada hakikatnya diet banyak memainkan peranan.

3 Comment

  1. Hai Kak Dzu, jejalan sini hari ni tetiba baca tips ni. Lagi 2 hari mau masuk 33 tahun dah. Hahaha.. lagi 7 tahun masuk 40an 🙂

    1. Hahaha.. Harus takyah risau kan.. Dah start penjagaan kecantikan dah kenn.. 🙂 Happy birthday btw..

  2. masih cantik di usia 40 tahun pasti idaman banyak wanita ya.

Leave a Reply

CommentLuv badge