Pencuci Muka Terbaik Untuk Lelaki

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bila bercerita mengenai penjagaan muka, lelaki seringkali mengambil ringan akan perkara ini. Mungkin ianya sesuatu yang “lembut” pada pandangan lelaki. Ingat lagi ayat saya di dalam entri penjagaan kulit lelaki? “Hanya kerana lelaki sepatutnya lasak, bertubuh sasa dan bersifat kelelakian, tidak bermakna anda tidak boleh mempunyai licin yang boleh disentuh” Betul kan? 

Tau tak, penjagaan kulit yang baik akan membantu mengelakkan masalah seperti jerawat, mengurangkan tanda-tanda penuaan, dan menjadikan kulit anda lebih bersinar.  Lelaki yang mempunyai ciri-ciri ini bukankah lebih menarik daripada mempunyai jerawat batu bak kawah di bulan? ?

pencuci-muka-terbaik-untuk-lelaki

Untuk mendapatkan tekstur kulit yang baik bukannya rocket science. Tiada yang complicatedPerkara paling utama dan paling asas adalah dengan pembersihan muka yang betul. 

Namun demikian, kebanyakan abang-abang sado di luar sana, lebih suka menggunakan sabun mandi untuk membasuh muka. Saya musykil juga tentang perkara ini.? Sudah tentu walau menggunakan sabun mandi sekalipun, ia masih dapat membersihkan kotoran dan minyak daripada muka. Tetapi hakikatnya sabun mandi tidak membantu sama sekali. Sabun mandi akan menghilangkan natural oil daripada muka anda dan mengganggu keseimbangan pH kulit anda, yang mana akan menyebabkan kulit muka berjerawat, kering, gatal, dan tua sebelum waktu.

Mencari pencuci muka terbaik untuk lelaki tidak semudah yang disangka kerana terdapat lambakan produk penjagaan muka dipasaran. Setiap satu menawarkan beberapa versi penjagaan muka yang dikatakan pencuci muka terbaik untuk lelaki. Walaubagaimanapun, perlu berhati-hati tidak semua produk yang ditawarkan selamat dari bahan kimia. Kalau anda begitu teliti dengan label pada makanan anda, anda juga patut lakukan yang sama pada produk penjagaan muka anda. Kerana ianya juga akan diserap masuk ke dalam badan melalui kulit anda.

Apa Ciri-Ciri Pencuci Muka Terbaik Yang Diperlukan Oleh Lelaki?

  1. Membantu merawat kerosakan kulit akibat daripada matahari dan toksin
  2. Menjadikan kulit kelihatan sihat, lembut dan bebas dari kemerahan atau kegatalan
  3. Mengurangkan kedutan
  4. Mencegah jerawat, eczema dan psoriasis

Hanya pencuci muka terbaik dan berkualiti sahaja yang dapat melakukan semua di atas.

Tetapi macamana pula nak cari pencuci muka terbaik dan berkualiti?

Mulakan Dengan Produk Yang Mempunyai Bahan-Bahan Yang Organik Dan Semulajadi

Umum ketahui, bahan kimia waima yang digunakan untuk kulit sahaja sekalipun, adalah sangat tak bagus untuk kita. Bahan kimia ini akan diserap ke dalam badan melalui darah dalam tempoh 26 saat! Lama-kelamaan ianya akan mengundang masalah kesihatan, mengeringkan dan merosakkan kulit!

Oleh yang demikian, kalau tak nak kulit muka rosak, pilihlah pencuci muka yang mengandungi bahan-bahan organik dan natural. Rangkaian penjagaan kulit Enfunselle daripada Shaklee boleh membantu anda.

Penjagaan Kulit Enfunselle Shaklee

Pencuci Muka Terbaik Untuk Lelaki
Sesuai untuk mereka yang berumur 25 tahun ke atas atau yang mempunyai masalah kulit berminyak, terlalu kering atau sensitif.

Normal to Dry Skin.

Sesuai untuk mereka yg mempunyai kulit yang kering dan sensitif. Kebanyakan daripada bahan-bahan di dalam produk ini menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti ekstrak hazel dan kamomil dan rumusan tanpa alkohol. Enfunselle membantu menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri-seri. Dan yang bestnya, ianya dapat membantu mengurangkan kedutan dan garis-garis halus dalam tempoh 28 hari sahaja! Ini bukan cakap saja tau, dah dibuktikan secara klinikal lagi.

Normal to Oily Skin.

Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat serta sensitif. Enfunselle membantu menyingkirkan bahan pencemaran dan minyak berlebihan yang merupakan penyebab utama kerosakan kulit muka. Enfunselle juga membantu mengecilkan liang-liang roma, antara satu masalah yang sering dihadapi tapi sukar untuk diatasi. Antara bahan-bahan yang digunakan adalah ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel yang dijamin selamat, bahan-bahan semulajadi katanya. Sama juga seperti Normal to Dry Skin, ianya juga membantu mengurangkan kedutan dan garis-garis halus dalam tempoh 28 hari! Kurang dari sebulan dah boleh nampak muda!

2 Comment

  1. Dulu masa saya bujang, memang tak amek tahu pasal penjagaan muka nie.. tapi sejak berkahwin, isteri mula syorkan beberapa produk penjagaan muka.. inilah untung bila dah berumah tangga ☺
    Jom baca entri terbaru Amin Hakim 9 Jenis Makanan Yang Perlu Diambil Ketika DemamMy Profile

  2. walaupun usia saya dah menjengah 30, jerawat kadangkala tetap naik, memang jenis kulit berminyak dari dulu, saya pun jenis on/off cuci muka ni huhu, jerawat nak naik baru cari pencuci muka
    Jom baca entri terbaru imnajmi Burger Rim Tayar Pereleh Makan Tak Abeh!My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge