Part 3: A Walk To Remember

Sesi Bersama Master Lyna & Zainul

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Semalam baru selesai mendengar Webinar daripada Nanny Lyna. Hari ini saya bagai dipahat-pahat untuk membuat entri ke dalam blog. Dah jadi umpama pahat dengan penukul pula la kan. ^_^ Tapi saya bersyukur….sebab terjebak ke dalam bisnes ini. Terjebak dalam pasukan yang betul. Yang sangat banyak membimbing saya dalam semua perkara, SEMUA sekali. Rasanya kalau saya cuba dapatkan ilmu yang sama dari Dr Azizan Osman agaknya saya sudah kehabisan berpuluh-puluh ribu ringgit!!

 

Alhamdulillah, bisnes Shaklee bukan macam bisnes yang lain. Kelmarin sebelum balik rumah selepas selesai bekerja, saya berjumpa dengan seorang kawan lama. Dah kawan lama ajak minum, saya turutkan saja tanpa banyak soal. Rupa-rupanya ada udang di sebalik mee. Hahaha.. 2 jam setengah saya mendengar ‘taklimat’ dari beliau, semata-mata kerana inginkan saya membeli produk beliau. Bukan mahu kondem tindakan kawan saya ini, malahan saya sangat memuji beliau sebab saya tidak mempunyai kehebatan seperti beliau. Sehingga ke saat ini, saya tidak mempunyai keberanian untuk membuka mulut kepada kawan-kawan rapat, saudara-mara, malahan ahli keluarga sekalipun untuk memujuk mereka membeli Shaklee. Jangankan 2 jam, 2 minit pun belum tentu. \^o^/ Semua urusan jual beli saya lakukan dengan bertabirkan laptop atau pun handphone. Tidak perlu keluar rumah, tidak perlu meredah jem, tidak perlu sibuk mengatur temujanji, tidak perlu cerita di kedai kopi.

 

Itu dari segi urusan jual beli. Bagaimana pula urusan networking, memperkembangkan perniagaan? Seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, saya pernah hadir kelas/seminar sehingga jam 11 malam semata-mata untuk mendapatkan ilmu produk dan ilmu perniagaan. Tidak hadir, maka TIADALAH ilmu yang akan saya perolehi. Tiada ilmu, bagaimana nak buat sales kan? Oleh itu, bermulalah siri pengorbanan ibu dan anak demi untuk menuntut ilmu. Huhuhu..

 

Alhamdulillah, tidak lama kemudian saya dipertemukan dengan Shaklee. Bersama Shaklee, semua ilmu saya dapat dihujung jari dari keselesaan bilik tidur saya atau mana jua lokasi yang boleh. Tiada istilah Mesyuarat Larut Malam, tiada istilah temujanji dengan prospek untuk mendapatkan sales, yang ada cuma temujanji untuk penghantaran barangan je, yang cuma mengambil masa paling lama pun 10 minit. Yeehuu.. Semakin seronok mak, anak-anak pun semakin gembira boleh berkepit lebih lama.

 

Tapi bukan bermaksud tiada langsung kelas-kelas offline. Tetap ada, cuma saya bersyukur sebab buat masa ini, belum pernah lagi hadir kelas larut malam.

 

Layankan dulu gambar-gambar aktiviti-aktiviti saya bersama Shaklee tahun 2013.

 

Sesi Bersama Master Lyna & Zainul
Sesi Bersama Master Lyna & Zainul. Kelas Pertama Selepas Bergelar SID

 

Recognition Dari Master Aya
Recognition Dari Master Aya, Thanks for the Bonia. Lovin it. ^o^

 

Sesi Leader Bersama Master Lyna & Zainul
Sesi Leader Bersama Master Lyna & Zainul. Bulan Pertama Selepas Bergelar Supervisor

 

Kelas SEO bersama Lin Chalo
Kelas SEO bersama Lin Chalo

 

Hi Tea Leader Polluxian @ Hyatt
Hi Tea Leader Polluxian @ Hyatt

 

Sesi Beramah Mesra Bersama Moyang Ainul & Nanny Lin Semasa Shaklee KK Trip
Sesi Beramah Mesra Bersama Ainul Malik & Lin Chalo Semasa Shaklee KK Trip @ Sutera Harbour

 

Bersama Victor Lim (Pengurus Besar Serantau Shaklee) Semasa Shaklee KK Trip
Bersama Victor Lim (Pengurus Besar Serantau Shaklee) Semasa Shaklee KK Trip @ Sutera Harbour

 

Sesi Leader Bersama Master Aya
Sesi Leader Bersama Master Aya

 

Jom Hebat KK
Jom Hebat KK

 

Aktiviti Jom Hebat KK
Aktiviti Jom Hebat KK

 

Mini Master Celebration Untuk Master Aya
Mini Master Celebration Untuk Master Aya

 

See, semua aktiviti siang kan? ^o^

2 Comment

  1. Wahhhh.. kenangan terindah semuanya ni. ♡♡♡
    Moga lebih banyak gambar2 kita untuk 2014… 🙂

  2. […] Jom Hebat di Sg Petani yang diadakan pada 28 September 2013, Jom Hebat KL pada 9 November 2013, Jom Hebat KK pada 22 Disember 2013, kemudian acara kemuncak Jom Hebat Mega […]

Leave a Reply

CommentLuv badge