Panduan Berguna Kepada Bakal Ayah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tahniah! Anda kini telah bergelar ayah kepada seorang bayi comel. Kedua-dua anda dan pasangan pasti gembira dengan kehadiran insan baru di dalam hidup anda. Namun, acapkali si isteri dibiarkan sendiri dalam menguruskan anak-anak. Jangan begitu. Pada setiap kelahiran, terutama sekali kelahiran pertama, isteri anda memerlukan sokongan anda lebih daripada biasa. Untuk memudahkan peralihan masuk ke alam keibubapaan untuk anda berdua, berikut adalah lima perkara setiap ayah perlu lakukan selepas ibu dan bayi pulang dari hospital.

Panduan Berguna Kepada Bakal Ayah

Panduan Berguna Kepada Bakal Ayah

Menguruskan isteri anda. Ya, masa ini anda juga mungkin merasa sedikit emo, tetapi isteri anda juga memerlukan anda untuk menjadi lebih kuat, waras, dan lebih dari itu, bersabar. Dalam beberapa minggu pertama selepas bersalin, isteri anda mungkin akan berasa sakit dan tidak selesa. Jadi anda boleh memain peranan untuk memantau jadual ubat-ubatan, jadual berpantang, temu janji susulan dengan doktor, tukang urut dan sebagainya.

Berhati-hati dengan kata-kata. Terima kasih kepada tekanan, kurang tidur, dan perubahan hormon, tempoh tiga bulan pertama adalah saat-saat yang mencabar buat ibu yang baru melahirkan. Pada masa ini, anda haruslah ber hati hati-hati dengan kata-kata anda. Cubalah sebaik mungkin untuk menjaga hati isteri anda.

Jangan komplen. Anda penat. Dia letih. Ia bukan satu pertandingan siapa lebih penat, jadi jangan tuding-menuding jari. Anda berdua mungkin lebih penat daripada masa anda stay-up semasa berada di kolej. Dan cuba untuk bertanding, siapa lebih penat antara satu sama lain tidak akan membantu anda berasa lebih rehat. Sebaliknya, galakkan pasangan anda untuk tidur sekerap mungkin (dan untuk anda juga!).

Membantu menyusukan anak. Jika isteri anak anda menyusu badan, anda tidak perlu rasa tersisih. Anda boleh membantu dengan menukar lampin si manja anda, menyusukan dia melalui botol untuk susu yang dipam, atau membantu anak anda kembali tidur. Dengan mengambil bahagian dalam penyusuan, isteri anda mendapat sokongan anda dan rasa dihargai. Dan sebaliknya, anda mendapat masa yang berkualiti dengan bayi anda.

Panduan Berguna Kepada Bakal AyahIngat. Anda bukan ibu bapa separuh masa. Anda adalah ayah kepada bayi anda!

2 Comment

  1. Terima kasih atas panduannya mbak, bermanfaat banget…

    1. Sama-sama, moga bermanfaat ?

Leave a Reply

CommentLuv badge