Ovarian Cyst Yang Menjejaskan Kesuburan Dan Rawatannya

Ovarian Cyst Yang Menjejaskan Kesuburan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Terdapat pelbagai jenis ovarian cyst, tetapi hanya beberapa jenis yang boleh menjejaskan kesuburan wanita. 95% daripada ovarian cysts adalah benign, iaitu dianggap tidak berbahaya kecuali ianya semakin membesar. Ia adalah bukan penyakit, iaitu bersifat semulajadi bagi fisiologi wanita.

Functional Cystseperti folikel cyst atau corpus luteum cyst, adalah jenis ovarian cyst yang paling biasa. Functional Cyst terbentuk semasa kitaran haid yang normal dan tidak menyebabkan atau menyumbang kepada ketidaksuburan. Malah, functional cyst sebenarnya menunjukkan bahawa fungsi yang diperlukan yang membawa kepada kesuburan sedang berlaku.

Dua jenis cyst, cystadenomas dan dermoids, juga tidak menghalang kesuburan. Walaupun serius dan sering memerlukan rawatan, cystadenomas adalah cecair atau lendir berisi ketumbuhan yang boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan. Dermoids adalah cyst terbentuk daripada pelbagai tisu, kadang-kadang termasuk rambut, kulit atau gigi, tetapi kebanyakannya adalah tidak berbahaya.

 

Jenis Ovarian Cyst Yang Menjejaskan Kesuburan.

Ovarian Cyst Yang Menjejaskan Kesuburan

 

Jadi apakah jenis Ovarian Cyst yang boleh menyebabkan kemandulan? Terdapat dua Ovarian Cyst yang menjejaskan kesuburan adalah Endometriomas dan cyst yang dibentuk oleh sindrom ovari polisistik, (polycystic ovary syndrome PCOS).

Endometriosis adalah keadaan di mana tisu rahim dipanggil endometrium tumbuh di luar rahim, ianya kadang-kala menyakitkan, dan menyebabkan beberapa komplikasi. Salah satu daripadanya adalah ketidaksuburan. Jika endometrium terbentuk di ovari ia boleh menyebabkan Endometriomas yang menghalang wanita daripada menghasilkan telur yang subur.

Satu lagi keadaan iaitu PCOS, berlaku apabila keseimbangan hormon reproduktif wanita tidak wujud. Wanita yang menghidap masalah ini, ovari tidak mengeluarkan hormon yang diperlukan folikel untuk melepaskan telur matang. Folikel yang tidak pecah akan menjadi cyst. Keadaan ini selalunya ditandai dengan haid yang tidak teratur atau tiada langsung sehingga berbulan-bulan.

Malah, sindrom ovari polisistik, atau PCOS, adalah punca utama ketidaksuburan di kalangan wanita.

 

Gejala PCOS dan Rawatannya

PCOSKebanyakkan gejala PCOS berlaku perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat dan kemudian menjadi lebih ketara apabila meningkat usia. Anda mungkin hanya mengalami beberapa gejala atau boleh mempunyai banyak simptom daripadanya. Simptom-simptom yang paling biasa ialah:

  • Jerawat.
  • Berat badan dan masalah berat badan.
  • Rambut tambahan di muka dan badan. Seringkali wanita mendapatkan rambut tebal dan gelap muka dan rambut lebih di dada, perut, dan belakang.
  • Penipisan rambut pada kulit kepala.
  • Haid yang tidak teratur. Seringkali wanita dengan PCOS mempunyai haid kurang daripada sembilan dalam setahun. Sesetengah wanita tidak didatangi haid langsung. Manakala lain-lain mempunyai pendarahan sangat banyak.
  • Masalah kesuburan. Ramai wanita yang mempunyai PCOS sukar mengandung (ketidaksuburan).
  • Kemurungan.

 

Rawatan bergantung sepenuhnya pada gejala anda dan juga keinginan anda untuk hamil. Adalah satu idea yang baik untuk pastikan anda kuat dan sihat dan badan anda bersedia untuk mengandung dengan tips-tips di bawah:-

  • Pastikan bahawa anda mengamalkan diet makanan yang seimbang. Ini termasuk banyak sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, dan bijirin penuh. Hadkan makanan yang tinggi lemak tepu, seperti daging, keju, dan makanan bergoreng.
  • Jika anda merokok cuba untuk berhenti dan kurangkan pengambilan alkohol anda. Wanita yang merokok mempunyai tahap androgen yang lebih tinggi yang boleh menyumbang kepada gejala PCOS.
  • Cuba untuk melakukan aktiviti sederhana dan / atau aktiviti lasak dengan kerap. Berjalan adalah latihan yang baik kebanyakan orang boleh lakukan.
  • Kebanyakan wanita yang mempunyai PCOS boleh mendapat manfaat dengan mengurangkan berat badan. Walaupun cuma turun 10lb (4.5 kg), boleh membantu menstabilkan hormon anda dan mengembalikan kitaran haid anda dengan teratur.
  • Mendapat tidur yang cukup dan mempunyai masa untuk bersantai juga penting.
  • Wanita yang berusaha untuk hamil harus mengambil makanan tambahan asid folik setiap hari dan meneruskan untuk dua belas minggu pertama kehamilan.

Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah mungkin jalan penyelesaian yang terbaik.

GLA Shaklee Rawat PCOS

Selain itu, anda boleh mencuba mengambil suplemen semulajadi GLA Complex Shaklee yang efektif membantu mengawal masalah ketidakseimbangan hormon. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin, bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6.

 

Alhamdulillah, dengan izin Allah, pengamal GLA Shaklee berikut, cyst berhasil mengecut tanpa perlu melalui pembedahan seperti yang telah disarankan doktor. Malah ada yang berjaya hamil!!

 

Cyst Kecut Dengan Shaklee Cyst Kecut Dengan Shaklee

 

Kecut Cyst

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Walaubagaimanapun, adalah penting untuk berjumpa dengan doktor anda untuk susulan untuk memastikan bahawa rawatan yang dilakukan berkesan. Anda juga mungkin perlu ujian yang kerap untuk memeriksa kencing manis, tekanan darah tinggi, dan lain-lain masalah yang mungkin timbul.

Leave a Reply

CommentLuv badge