MLM Shaklee Patuh Syariah?

Shaklee Patuh Syariah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sebelum menyertai Shaklee, saya adalah seorang yang tidak pro MLM. Banyak sebab yang menjadi punca sebenarnya, antara salah satunya adalah status MLM itu sendiri, adakah mematuhi syariah. Risau sekiranya hasil pendapatan yang akan menjadi darah daging diperolehi dari sumber yang haram.

Shaklee Patuh SyariahSetelah mengkaji sistem Shaklee, ternyata ianya satu MLM yang adil.. dan Alhamdulillah, Shaklee patuh syariah. =) Pernah dengar MLM yang mendapat keuntungan hanya dengan mendaftar ahli?? Cuma buat pendaftaran ahli dan anda sudah layak mendapat bonus berkoyan-koyan!! Berbeza dengan Shaklee. Tiada bonus akan diberikan walau anda ada 100 orang downline sekalipun, sekiranya tiada penjualan dilakukan.

 

 

 

 

 

Sijil Halal Shaklee 2014
Sijil Produk Halal dari Islamic Services Of America

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan  Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 25-26 Februari  2006 telah memutuskan bahawa:

“Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan  multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah  dengan konsep perniagaan Islam”.

Shaklee Patuh SyariahBerbalik pada persoalan samada Shaklee patuh syariah atau tidak, berikut adalah penerangan berdasarkan Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung  Secara  Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal  Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16 hingga 18 Jun 2011:-

 

 

1. Harga tinggi dari biasa 

Produk Shaklee ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan. Contoh paling asas. Multivitamin Shaklee ditawarkan dengan harga RM81 untuk 120biji iaitu RM0.70 sebiji. Malah, harga ahli adalah lebih rendah.
2. Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram.
Tiada barangan haram dalam Shaklee. Semuanya mendapat pengiktirafan halal. Tiada paksaan pembelian atau penggunaan.
3. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya.
Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
Produk Shaklee dikenali lebih 60tahun sangat berkualiti berasaskan penyelidikan. Sains Shaklee menjamin produknya SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM. Baca selanjutnya di sini
4. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh.
Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
Tiada penjualan emas dan perak dalam Shaklee.
5. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. 
Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
6. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya dijualnya.
Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game) atau head hunter.
Tiada komisen atau bonus yang diberikan sekiranya ahli yang ditaja tidak membuat pembelian. Dia akan bergelar ahli / downline kita sahaja, tanpa apa-apa hasil yang diperolehi selagi tiada belian dibuat
7. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.
Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju’alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua’alah mestilah dipastikan sempurna.
8. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya.
Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh?.
Dalam Shaklee, terdapat leadership bonus yang diberikan hanya kepada mereka yang berjaya memimpin downline untuk sama-sama berjaya. Leadership bonus hanya layak sehingga ke level 6, tidak lebih dari itu.
9. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.
Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
“Siapa kerja lebih, dia dapat lebih” Ini adalah sistem dalam Shaklee. Tidak mustahil downline boleh lebih berjaya daripada upline sekiranya dia berusaha lebih keras. Dan ianya sudah terbukti!! Menjadi upline TIDAK menjamin seseorang itu sentiasa kaya, sentiasa untung.
10. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
Buku manual pemasaran & etika perniagaan dibekalkan bersama starter kit. Setiap yang tertakluk adalah tetap. Jika terdapat tawaran baru yang ditawarkan untuk tempoh tertentu (6 bulan contohnya), pamplet dan surat pekeliling akan dikeluarkan & majlis penjelasan mengenai insentif berkenaan akan diadakan oleh pihak Shaklee.
11. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
Nisbah perkongsian dan keuntungan dijelaskan dalam manual perniagaan secara jelas.
Diharap anda dapat membuka mata dan akal untuk melihat Islam adalah agama yg MENGAWAL bukan MENGHALANG. Dikawal perniagaan agar semua pihak tidak rugi dan keadilan sosial dapat ditegakkan. Jangan sampai anda menggunakan agama untuk menjadi lapik alas bagi alasan untuk tidak bergiat dalam bidang perniagaan atau menghalang niat muslim yg lain untuk berniaga.

1 Comment

  1. Shaklee : MLM Patuh shariah ? – TEN STEPS AHEAD says: Reply

    […] baca di sini, dan sini dan […]

Leave a Reply

CommentLuv badge