5 Mitos Popular Bagi Ibu Baru

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sejak mengandungkan baby Darwish hari tu, terasa seperti ramai pula kawan-kawan yang mengikut jejak langkah yang sama, (atau mungkin saya saja yang baru perasan sebab berada di dalam “boat” yang sama ). Apapun, tahniah buat kawan-kawan yang bakal menimang cahaya mata.

Mitos Popular Buat Ibu Baru

Bagi kawan-kawan yang baru melahirkan, terutama sekali anak pertama, mesti banyak kan persoalan bermain di fikiran. Sama seperti saya masa melahirkan Danish dahulu. Selalu je tertanya-tanya kalau-kalau ada sesuatu yang tidak kena dengan Danish, samada jika saya keterlaluan memikirkan tentang Danish setiap minit setiap hari; bukan setakat Danish je, dah sampai anak tiga pun sama je.

Sebenarnya ianya adalah perkara normal. Saya, anda tidak bersendirian. Kebanyakan ibu bapa baru mendapati bahawa kehidupan dengan bayi baru bukan seperti yang dibayangkan. Kadangkala realiti adalah lebih baik daripada yang dijangkakan, tetapi ada yang lebih teruk, ada yang sekadar biasa-biasa saja. Namun, ramai yang tidak bersedia untuk jalan yang berliku ini, kerana keibubapaan, terutama ibu baru, penuh dengan mitos.

5 Mitos Popular Buat Ibu Baru

Mitos Popular Buat Ibu Baru

  1. Si manja akan sentiasa menangis sepanjang hari dan malam. Ini bukan cerita Ahmad Albab. Bayi akan menangis untuk berkomunikasi – itulah satu-satunya cara mereka untuk memberitahu kita apa yang mereka perlukan. Tetapi hanya dengan membaca makna tangisan bayi yang baru lahir, dan mempercayai naluri keibuan, saya belajar bagaimana untuk melayan tangisan si manja sebelum ianya menjadi lebih kuat. Jadi percayalah bahawa anda pun boleh! (TETAPI, jika anak anda meraung tiba-tiba dan tanpa kawalan selama beberapa jam tanpa henti, berkemungkinan besar boleh jadi si manja anda sakit perut atau mempunyai masalah kesihatan yang lain, jadi bawalah berjumpa dengan pakar pediatrik dengan segera.)
  2. “Jika saya dukung bayi saya terlalu kerap … dia akan menjadi manja dan kemudian hanya mahu didukung sepanjang masa.” Adalah mustahil untuk memanjakan bayi yang baru lahir. 3 bulan pertama kehidupan bayi yang baru lahir, harus seboleh mungkin menjadi lebih kurang seperti keadaannya berada di dalam rahim. Berita baik bukan?! Maksudnya ini adalah peluang terbaik untuk ibu-ibu menyentuh, memanjakan dan menghujani si kecil dengan kasih sayang. Tahukah ibu-ibu, anak yang lebih banyak sentuhan fizikal akan membesar menjadi kanak-kanak yang lebih berkeyakinan.
  3. “Jika saya biarkan bayi terjaga sepanjang hari dia akan tidur lena pada waktu malam.” Apabila tiba perihal bayi dan tidur, ianya tidak dapat dipisahkan. Tidur, bagi si manja anda akan menjadikan dia lebih banyak tidur selepas itu. Membiarkan bayi berjaga akan memberi lebih rangsangan yang kemudiannya menghalang mereka daripada tidur dengan tenang. Bayi yang baru lahir memerlukan 16 hingga 20 jam tidur sehari (bergantung kepada umur mereka). INGAT, lebih banyak mereka tidur, lebih banyak mereka akan tidur!
  4. “Penyusuan susu ibu adalah mudah …” Penyusuan susu ibu mungkin menjadi perkara yang paling semula jadi di dunia, tetapi ianya tidak semudah yang difikirkan. Ia mengambil masa untuk membiasakan diri bagi kedua-dua ibu dan bayi. Enam minggu yang pertama adalah sangat beremosi, mencabar fizikal, dan pada masa-masa tertentu, menyakitkan. Ia bukan sesuatu yang ajaib berlaku dengan sendiri. Ramai ibu-ibu memerlukan bantuan perunding laktasi untuk menjayakannya dan banyak yang berhenti menyusukan bayi kerana kecewa, tetapi dalam kebanyakan kes, jika anda boleh bertahan ia akan menjadi sangat semulajadi. Apabila bayi membesar, penyusuan menjadi kurang kerap dan sesi menyusu lebih cepat. Mengepam membolehkan anda untuk meninggalkan bayi, mengembalikan kebebasan anda. DAN jika anda dapati penyusuan bukan untuk anda, susu formula sentiasa ada, dan jangan rasa bersalah untuk itu.
  5. Bayi yang baru lahir suka Rattles Toys dan mainan lain di hadapan muka mereka, betul” atau “Saya perlu bermain permainan dengan si manja untuk merangsang otaknya. Ouch! Mereka TIDAK perlu rangsangan itu. Setiap kali mereka membuka mata, ia adalah satu dunia yang ajaib untuk mereka! INGAT, bayi anda baru mula belajar bagaimana untuk menerima semua rangsangan dari persekitarannya. Si manja tidak memerlukan apa-apa mainan teruntai di mukanya untuk merangsang otak si manja. Wajah manusia adalah satu-satunya perkara si manja anda perlu beri lebih tumpuan, sekurang-kurangnya untuk beberapa bulan pertama. Malah, sinaps otak benar-benar bekerja apabila bayi anda memandang anda atau siapa sahaja. Malahan walau hanya sekeping gambar boleh menjadi rangsangan yang baik untuk bayi anda.

Semoga senarai mitos ini memberi motivasi kepada anda untuk memilih menjadi ibu yang bagaimana. Cara anda membesarkan bayi anda, memberi makan bayi anda, mengatur hari bayi anda; semua adalah terpulang kepada anda dan tidak ada orang lain.

1 Comment

  1. hehe sebagian agaknya dialami oleh istri saya,,jadi ibu baru itu memang gak mudah, karena harus adaptasi. nice info
    Jom baca entri terbaru imam 12 Cara menghilangkan jerawat yang mudah dan efektifMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge