Merungkai 8 Sebab Kenapa Sesetengah Orang Susah Menaikkan Berat Badan

Sebab Kenapa Sesetengah Orang Susah Menaikkan Berat Badan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Saya ada beberapa orang rakan yang mempunyai bentuk badan yang kurus; rata-rata kurang dari ideal BMI, yang sentiasa makan dan makan. Setiap kali ada majlis, mereka-mereka ini adalah antara orang yang terawal dan antara mereka yang mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak (banyak pada perspektif seorang wanita). TETAPI mereka tetap kekal pada berat badan yang sama. Satu fakta yang membuatkan ramai orang cemburu dengan kelebihan mereka. Kelebihan atau kekurangan, saya pun kurang pasti.

Saya sebenarnya mempunyai masalah yang sama seperti mereka. Semasa di bulan Syawal lalu, seperti biasa setiap kali balik ke kampung halaman, jemputan rumah terbuka tidak pernah putus. Sehari boleh cecah sampai 5-6 buah rumah siang dan malam. Bayangkan berapa banyak saya makan ketika itu (opss, pecah rahsia ) TETAPI (sekali lagi tetapi huruf besar), bila balik dari bercuti, timbangan masih pada angka yang sama. Kecewa juga, ingatkan timbangan rosak. Tetapi itulah hakikatnya.

 

Berat Badan Sukar Naik

 

Mitos. Berat badan adalah tentang makan lebih daripada yang anda lakukan sekarang. Saya tahu anda fikir anda makan dengan banyak, tetapi sebenarnya anda tidak. Jika tidak, anda tidak akan menjadi kurus. Metabolisme & genetik anda tidak mempunyai apa-apa kaitan dengannya.

8 Sebab Kenapa Sesetengah Orang Susah Menaikkan Berat Badan

Mari kita mulakan dengan 8 kesilapan yang paling biasa dibuat dalam usaha untuk cuba menaikkan berat badan.

  1. Kurang Makan. Kekurangan berat badan adalah hasil daripada pengambilan kalori yang tidak mencukupi. Kira keperluan kalori dan pengambilan kalori harian anda dan anda akan sedar bahawa anda tidak makan sebanyak yang anda fikirkan. Satu-satunya cara untuk mengatasi masalah metabolisme membakar-semua-yang-anda-makan, adalah dengan makan lebih daripada keupayaan sistem anda mampu untuk membakar.
  2. Pilihan Makanan Yang Salah. Makanan seperti salad dan bayam adalah sihat tetapi tidak akan membuat berat badan bertambah. Anda perlu makanan yang padat dengan kalori seperti pasta & kacang.
  3. Terlalu Banyak Aktiviti. Pekerjaan yang sangat fizikal akan membakar banyak kalori yang anda makan. Tanpa sejumlah besar makanan, anda tidak akan berjaya untuk menambah berat badan.
  4. Salah Latihan. Anda tidak akan dapat menaikkan berat badan dengan hanya melakukan latihan yang cuma memfokuskan kepada satu-satu bahagian badan sahaja. Latihan seperti Squats & Deadlifts boleh membantu anda dalam menaikkan berat badan dan sebagai bonus, membantu anda mendapatkan bentuk badan yang menggiurkan seperti Halle Berry.
  5. Mengelakkan Pengambilan Lemak. Menaikkan berat badan tanpa pengambilan lemak adalah sangat perlahan dan susah. Biasanya ia tidak membawa ke mana-mana. Yang lebih baik: fokus untuk menaikkan berat badan dahulu, kemudian baru fokus untuk menghilangkan lemak.OMG
  6. Tidak Konsisten. Usaha anda tidak akan berhasil jika anda sering terlepas latihan, cuai dalam memenuhi keperluan kalori harian anda dan menukar cara anda sepanjang masa.
  7. Menghadkan Kepercayaan. Anda percaya anda mempunyai genetik yang tidak baik, metabolisme yang tinggi dan bahawa anda akan sentiasa menjadi kurus seperti orang lain di dalam keluarga anda.
  8. Tiada Yakin. Anda telah berputus asa kerana semua yang anda cuba gagal. Anda percaya anda akan menjadi kurus sepanjang hayat anda.

 

 

Antara makanan terbaik untuk menaikkan berat badan adalah;

Makanan yang padat dengan kalori adalah yang terbaik dalam usaha untuk menaikkan berat badan. (Anda boleh semak makanan yang tinggi kalori di NutritionData) Berikut adalah beberapa makanan terbaik yang harus dimasukkan ke dalam diet dalam menaikkan berat badan anda:

  • Susu. Kaya dengan protein, lemak tepu & karbohidrat. Minum 1 gelen (4 liter) susu setiap hari. SETIAP HARI, tidak kira apa yang terjadi. Susu adalah makanan yang terbaik untuk menaikkan berat badan dengan cepat.
  • Pasta. Pasta 250G bersamaan 1000kcal. Pasta adalah lebih mudah untuk dimakan daripada beras atau gandum.
  • Kacang campuran. Agak mahal tetapi ianya mengandungi 500kcal / 100g, banyak protein untuk membina otot dan mudah untuk diambil. Mentega kacang juga boleh digunakan.
  • Pisang. Satu-satunya buah yang benar-benar berkesan untuk menaikkan berat badan adalah pisang. Epal di tempat kedua.

Makan makanan yang tinggi kalori selama 3 bulan dan sentiasa amalkan latihan dan anda akan menyedari bahawa anda bukanlah si kurus yang tegar. Tidak mustahil anda akan dapat menaikkan berat badan jika anda melakukan semua tips-tips menaikkan berat badan dan mengelakkan perkara yang menyebabkan anda sukar untuk menaikkan berat badan. Konsisten dan anda akan menghilangkan wajah kurus anda selama-lamanya. Selamat Berjaya!

Leave a Reply

CommentLuv badge