Makan Sushi Semasa Hamil Boleh Sebabkan Keguguran?

Makan Sushi Semasa Hamil Sebabkan Keguguran

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sushi memang menjadi all-time-favourite saya. Masa tak mengandung pun mengidamkan sushi, apatah lagi masa mengandung. Sentiasa terbayang-bayang sushi di fikiran. Alhamdulillah, dah dapat penuhi selera ibu buyung ini sekali hari tu masa majlis berbuka puasa. Tapi betul ke makan sushi semasa hamil boleh sebabkan keguguran?  Mari teruskan bacaan.

Makan Sushi Semasa Hamil Sebabkan Keguguran
Oh, perasaannya umpama mengidamkan ikan patin masak lemak. T__T

 

Terdapat percanggahan pendapat tentang fakta ini sebenarnya. Beberapa doktor dan dietitian mengatakan sushi adalah tidak selamat dimakan oleh wanita hamil kerana kesan sampingan yang teruk. Walaupun peluang mendapat jangkitan parasit akibat memakan sushi adalah kecil, namun kemungkinan itu masih ada. Dengan keadaan sistem imun si ibu yang lemah kerana kehamilan, sesetengah makanan boleh menyebabkan komplikasi yang lebih besar daripada keadaan biasa.

Makan sushi semasa hamil boleh menyebabkan jangkitan parasit seperti anisakis, kerana ikan mentah di dalam sushi mungkin mengandungi cacing parasit. Jangkitan ini boleh menyebabkan sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit, loya dan alahan. Pada wanita hamil, jangkitan juga boleh menyebabkan masalah pencernaan dan masalah hati dan juga boleh menyebabkan anemia dan kekurangan zat makanan. Semua ini bukan sahaja berbahaya untuk ibu, tetapi boleh menjejaskan bayi juga. Dalam kes yang teruk, jangkitan mungkin boleh menyebabkan keguguran.

Selamatkah Makan Sushi Ketika Hamil
Makan Sushi Dikira Sebagai Salah Satu Diet Sihat Di Kalangan Wanita Hamil Di Jepun

Walaubagaimanapun, jangan terus bersedih….kerana masih ada cahaya di hujung jalan . Sebenarnya makan sushi ketika hamil agak selamat kalau kena dengan caranya. Malahan sushi dikatakan sebahagian daripada diet yang sihat bagi wanita hamil di Jepun.

Tidak ada bukti saintifik bahawa makan sushi semasa mengandung meningkatkan komplikasi kehamilan. Selama anda mengambil langkah berjaga-jaga tertentu dan makan ikan yang mempunyai paras merkuri yang rendah maka ia adalah selamat untuk dimakan.

Menurut PubMed dan Motherisk:. “…Adalah tidak perlu lagi bagi wanita hamil mengelakkan makanan seperti …sushi dan sashimi tanpa mengira sama ada makanan laut itu mentah atau dimasak, wanita hamil perlu memilih makanan laut yang mempunyai paras merkuri yang rendah (contohnya, salmon dan udang) berbanding jenis merkuri yang lebih tinggi (contohnya, tuna segar). Wanita hamil perlu memastikan makanan mereka diperoleh daripada tempat yang dipercayai; disimpan, dikendalikan, dan dimasak dengan betul; dan dimakan beberapa hari selepas diproses”

Dr Zubaidi juga mempunyai pandangan yang sama mengenai perkara ini di mana, penyediaan yang betul boleh menjamin sushi ini selamat dimakan oleh wanita hamil.

Namun jika anda masih risau dan ingin memastikan anda tidak mempunyai masalah akibat dari memakan ikan mentah, anda boleh makan ikan yang dimasak. Anda tidak perlu untuk mengeluarkan sushi dari kamus makanan anda. Cara yang paling selamat untuk menikmati sushi adalah untuk memilih jenis yang dimasak sepenuhnya atau vegetarian. Berikut adalah beberapa jenis sushi yang dimasak sepenuhnya atau ikan yang diperap atau tiada ikan langsung:

  1. Ebi – Udang yang dimasakEbi Sushi
  2. Unagi – Belut air tawar yang dipanggang dan kemudian disapu dengan sos teriyaki Unagi Sushi
  3. Kani: Daging ketam yang dimasak Kani Sushi
  4. Saba: Mackerel yang diperap selama beberapa hari Saba Sushi
  5. California roll: Mengandungi avocado dan bahan-bahan vegetarian lainCalifornia Roll Sushi
  6. Kappa maki: Mengandungi timunKappa Maki Sushi

 

Akhir sekali, janganlah ibu-ibu risau kerana tidak ramai orang jatuh sakit akibat dari memakan sushi, dan kebanyakan jangkitan yang berlaku adalah akibat daripada memakan ikan yang disediakan di rumah, bukan dari restoran. Anda lebih cenderung untuk membeli ikan yang tercemar di pasar raya tempatan anda daripada mendapatkannya di restoran Jepun yang baik. Lepas ni, bolehlah makan sushi dengan tenang. 

4 Comment

  1. ow, jadi seperti itu ya, intinya kita harus memilih jenis sushi yang dikonsumsi, saya takut istri saya hamil kalau nak makan sushi.
    Jom baca entri terbaru imam 25 Makanan yang mengandung vitamin E tinggiMy Profile

    1. Takde masalah imam.. Yang penting sushi disediakan dengan cara yang betul..

  2. Info yang sgt2 membantu utk sy yg sdg mengidam sushi… Sy nk tanya, kepingan seaweed yang digunakan untuk membuat sushi, elok tak untuk ibu memgandung? Dan proses nk membuat nasi untuk sushi juga dicampur dengan cuka, selamat tak untuk ibu mengandung makan.. Terima kasih

    1. Sebenarnya sushi pun selamat selagi mengikut cara penyediaan yang betul..

Leave a Reply

CommentLuv badge