Macamana Nak Jadi Ahli Shaklee?

Jadi Ahli Shaklee

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Shaklee dah jadi fenomena sekarang. Umpama Gelombang TsuMawi, Mawi World? Ingat? Hahaha.. Produk Shaklee memang mendapat sambutan yang menggalakkan. Terutama sekali Set Kesuburan, Set Hamil, Set Menyusu dan Set Berpantang. Sebenarnya produk Shaklee bukan setakat di situ sahaja, Shaklee ada Set Kawal Darah Tinggi, Set Kawal Kolesterol, Set Sendi, Set Anak Pintar, Set Kesihatan Optimum dan banyak lagi.

Alhamdulillah, berdasarkan maklumbalas dari customer, ramai yang sudah merasa kehebatan produk Shaklee. Dan mereka inilah di antara yang ramai jadi ahli Shaklee. Sekiranya anda juga adalah pengguna tegar Shaklee, adalah tersangat rugi jika anda tidak mendaftar jadi ahli Shaklee. Ini kerana point (UV) belian itu akan dapat pada AHLI Shaklee yang menjual Shaklee pada anda. Beliau yang akan memperolehi cash back, dan segala kebaikan menjadi ahli Shaklee. Bukankah rugi.

 

Jadi, Bagaimana Nak Jadi Ahli Shaklee?

 

Jadi Ahli Shaklee

Ada dua cara kalau nak mendafttar jadi ahli Shaklee. Cara percuma atau berbayar.

1. Jadi Ahli Dengan Yuran Pendaftaran

Borang Untuk Daftar Jadi Ahli Shaklee
Borang Untuk Daftar Jadi Ahli Shaklee

Bayar yuran keahlian sebanyak RM65 beserta caj pos mengikut kawasan (Semenanjung RM10/ Sabah Sarawak RM20). Yuran ini adalah untuk menampung kos BUSINESS KIT yang mengandungi katalog, product guide dan business manual. Selepas pembayaran, saya akan daftarkan anda secara online. Dalam tempoh 2-4 hari bekerja, member kit akan dihantar pada anda mengikut alamat yang diberi. Sangat cepat dan pantas. Dalam masa yang sama, anda akan mendapat login ID dan password anda untuk akses ke akaun Shaklee online anda. Dan tahniah!! Anda sudah menjadi keluarga Shaklee sekarang!

2. Jadi Ahli Shaklee Secara Percuma

Jadi Ahli Shaklee Dengan PercumaBeli sebarang vitamin atau produk Shaklee dengan jumlah RM650 (200uv) atau lebih dan anda layak jadi ahli Shaklee secara PERCUMA. Ramai antara mereka yang  ingin mendaftar sebagai ahli memilih cara ini dengan berkongsi belian dengan kawan-kawan atau saudara mara. Sebabnya mereka dah boleh jimat RM65, tidak perlu bayar lagi. Sebaliknya wang RM65 itu boleh digunakan untuk membeli vitamin lain pula. Tambahan lagi, kalau anda membuat belian sehingga RM800 atau lebih, anda mendapat kos penghantaran secara PERCUMA. Di sini anda sudah jimat 2 kali!! Keahlian (RM65) dan kos penghantaran (RM10). Belum habis lagi. Dengan pembelian sebanyak RM650 ini anda akan layak untuk mendapat cash bonus. Cash bonus ini diberikan oleh Shaklee bergantung kepada jumlah pembelian anda. Lebih banyak anda beli, maknanya lagi banyaklah cash bonus yang anda akan dapat. Haa, seronok bukan? Daripada makan vitamin tak dapat apa-apa, sekurang-kurangnya ada juga cash bonus untuk pembelian vitamin anda. =)

Apakah Kelebihan Jadi Ahli Shaklee

Saya percaya yang ramai nak tahu apa manfaat dan keistimewaan menjadi ahli. Jom kita tengok

1. Harga Ahli

Apabila dah jadi ahli Shaklee, secara automatik kita boleh mendapatkan produk Shaklee pada harga ahli. Beza harga ahli dan harga runcit biasanya sekitar 20-30%. Jadi disini kita dapat berjimat. Saya tahu, ramai juga yang bukan ahli tapi dapat beli pada harga ahli daripada pengedar, malah ada yang dapat harga lagi rendah daripada harga ahli! Buat pembeli saya nak pesan berhati-hati ya, kadang kala harga rendah ini mungkin sebab vitamin tersebut dah nak luput (expired) ataupun yang biasa saya dengar, TIADA KONSULTASI selepas pembelian. Agen hanya akan suruh “refer pada label” dan kemudian tinggalkan begitu sahaja.  Sebenarnya setiap vitamin ada cara pemakanan yang berbeza-beza. Pengambilan suplemen tanpa jadual makan yang betul hanya akan merugikan! Silap makan akan menyebabkan kurang keberkesanaan suplemen tersebut. Dan lebih bahaya sekiranya suplemen diberikan kepada orang yang tidak sepatutnya. Jadi kena berhati-hati dengan tawaran murah.

Buat agen pula, peraturan Shaklee sekarang semakin ketat. Harga ahli HANYA untuk ahli sahaja. Sekiranya Shaklee dapat tahu terdapat pengedar yang menjual lebih rendah dari harga ahli, keahlian akan digantung dan kemungkinan besar ditamatkan keahlian.

2. Beli Produk Shaklee Online

Sejak hujung tahun lepas, Shaklee telah melangkah setapak lagi dengan sistem pesanan secara online. Jadi kita sudah boleh membuat tempahan dihujung jari. Tidak perlu lagi pergi ke branch. Jimat masa, tenaga, minyak, tol, etc. Bukan setakat order online, pendaftaran ahli pun online, semak bonus, pengiraan UV (point) semuanya juga boleh dibuat secara online. Tengah-tengah malam buta pun boleh order. Mudahkan?

3. Promo Buy 6 Free 1

Setiap bulan Shaklee akan buat promosi untuk produk-produk terpilih. Contohnya bulan Ogos ini Buy 6 Free 1 GLA Complex. Jadi sebagai ahli, kita boleh ambil peluang ini untuk dapatkan penjimatan atau keuntungan yang lebih. Melalui promosi ini kita dah boleh dapat percuma satu botol dengan setiap pembelian 6 botol pada harga ahli.

4. Peluang Bisnes

Kelebihan Jadi Ahli Shaklee
Ganjaran Keahlian Shaklee Bagi Mereka Yang Layak

Bila dah jadi ahli Shaklee, peluang perniagaan sudah terbuka luas. Shaklee menawarkan imbuhan yang menarik sejajar dengan usaha yang kita lakukan. Semakin kuat kita berusaha semakin besar ganjarannya. Tiada istilah orang atas goyang kaki, orang bawah kerja teruk. Oh tidak sama sekali!  Imbuhan diberi berdasarkan usaha masing-masing. Jika pun kita berada di atas tapi tiada usaha, alamatnya telan air liur sahaja lah!

Berikut adalah 3C yang Shaklee tawarkan sebagai imbuhan kepada para pengedarnya yang layak :-

Cash – Bonus tunai bulanan

Car Bonus – Bonus kereta. Bukan kereta sebiji. Ala-ala elaun kereta. Kita boleh pilih sendiri samada ingin beli kereta baru, bayar kereta sedia ada, atau simpan untuk berbelanja.

Convention – Percutian bertaraf 5 bintang dalam dan luar negara yang ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee. Tawaran percutian tahun ini pada siapa yang mendapat 990 points akan layak mendapat tiket ke percutian di Italy atau Umrah (pilihan bagi yang muslim). Dan kalau ada yang tidak tahu, pada ketika ini, para leader-leader Shaklee seluruh negara, malahan seluruh dunia!, sedang berada di US untuk menghadiri Global Conference. Lebih menarik, mereka diberikan 450USD sehari, daripada Shaklee sebagai duit poket sedangkan makan, transport, tempat tinggal semua sudah disediakan. Memang belanja sakan la di situ.

Pekuang bisnes bersama Shaklee ini nasihat saya jangan disia-siakan. Tambahan lagi sekarang ini sudah semakin mudah. Kita boleh buat bisnes secara online tanpa perlu pergi dari rumah ke rumah seperti cara konvensional dulu-dulu. Jangan terkejut jika saya beritahu ada surirumah yang menjana pendapatan hingga 6 angka hanya dengan bisnes secara online dari rumah!

Itu saja informasi berkaitan cara bagaimana nak menjadi ahli shaklee dan kelebihannya. Jika dah teruja tu, jangan tunggu lama-lama, cepat-cepat mendaftar sebagai ahli biarpun hanya untuk makan sendiri. Banyak sangat kebaikkannya.  Hubungi saya untuk saya uruskan pendaftaran keahlian anda hari ini!

 

1 Comment

  1. […] *Dapatkan diskaun sehingga 20% dan mata terkumpul untuk Cash Bonus apabila anda mendaftar sebagai Ahli Shaklee. […]

Leave a Reply

CommentLuv badge