Luka Bedah Cepat Sembuh Dengan Penggunaan Bengkung

Luka Bedah Cepat Sembuh

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Saya seringkali mendapat soalan; “Boleh ke pakai bengkung selepas pembedahan?”, “Tak ganggu luka pembedahan ke nanti?”. Memang terasa ngilu apabila dibayangkan luka pembedahan tersebut disentuh-sentuh, apatah lagi jika kita cuba untuk membalutnya dengan bengkung, risau pula luka makin bertambah teruk. Tapi percaya tak kalau saya katakan, luka bedah cepat sembuh apabila kita menggunakan bengkung? Cuba baca petikan artikel dari harian metro ini.

 

..bukan saja melindungi bahagian jahitan pembedahan daripada menerima sebarang tekanan, malah menjadikan bahagian luka itu rata dan tidak berlipat.
Ini sekali gus memudahkan pengudaraan dan menjadikan luka kering dan sembuh dengan cepat.

 

Tambahnya, pembedahan melahirkan anak membabitkan tujuh lapisan kulit.

 

Ini bermaksud terdapat tujuh lapisan dalam kulit yang perlu ditoreh bagi mengeluarkan bayi dan setiap lapisan ini perlu dijahit semula.

 

..

 

“Tekanan tepat yang diberikan pada bahagian luka dipercayai dapat mengurangkan kesan parut.

 

..

 

Walaupun ramai ibu yang menjalani proses pembedahan mengakui bimbang luka boleh berdarah atau bernanah semula, namun ini jarang berlaku.

 

Sekiranya individu menjaga kesihatan dan pemakanan, dalam masa dua minggu saja kesakitan tidak lagi terasa.

Ibu muda ni sangat seksa masa pantang anak pertama sampai tak sanggup nak beranak lagi.

Hakikatnya, penggunaan bengkung selepas bersalin secara pembedahan banyak membantu untuk luka bedah cepat sembuh.

Ramai wanita suka memakai bengkung selepas pembedahan. Tanpanya mereka berasa tidak disokong dan ‘longgar’. Kelebihan penggunaan bengkung selepas bersalin yang ketara adalah sokongan yang kejap selepas bayi dilahirkan memberi mereka perasaan yang ‘selamat’. Terutama sekali selepas pembedahan, wanita mendapati penggunaan bengkung memberi jaminan bekas luka pembedahan tidak akan terbuka. Perasaan isi perut akan terkeluar apabila anda berguling untuk bangun dari katil untuk kali pertama adalah perkara biasa di kalangan wanita yang bersalin secara pembedahan. T__T

Sebelum saya kongsikan kebaikan penggunaan bengkung selepas bersalin secara pembedahan, mari kita lihat dulu kesan fizikal akibat bersalin secara pembedahan.

Kesan Fizikal Akibat Bersalin Secara Pembedahan

Pemedahan adalah prosidur invasif yang melibatkan pemotongan melalui abdomen dan rahim anda. Walaupun otot perut anda tidak dipotong, tetapi tetap terdapat kerosakan besar pada badan anda.

Luka Cepat Sembuh
Semasa pembedahan, dinding abdomen akan dipotong dan kemudian otot perut ditarik untuk mendedahkan rahim.

Pakar bedah tidak akan memotong melalui otot rectus tetapi cuma memotong tisu penghubung (fascia) di mana otot-otot yang melekat. Ini membolehkan pakar obstetrik memisahkan otot untuk sampai ke lapisan fascia seterusnya. Secara kesluruhan, sebanyak 6 atau 7 belahan dibuat dengan cara ini dalam prosidur pembedahan biasa.

Belahan dan penarikan keluar bayi antara gentian otot ini menyebabkan regangan. Regangan, bersama-sama dengan pemotongan pada saraf dan kehilangan banyak darah, mungkin akan mengakibatkan kerosakan pada otot yang menjadikannya lebih mencabar untuk memulihkan otot perut anda selepas itu.

Semasa peringkat pemulihan fascia yang terpisah akan bersambung semula. Ianya kadang-kadang dilakukan melalui jahitan. Oleh kerana organ-organ abdomen mungkin terjejas semasa pembedahan, rasa sakit yang amat sangat di sekitar luka pembedahan itu adalah perkara biasa.

Luka Bersalin Cepat Sembuh‘Pencerobohan’ terhadap organ-organ abdomen daripada kesan pembedahan adalah sebab utama ketakutan isi perut akan terkeluar. Ia juga merupakan sebab utama mengapa sokongan tambahan yang ditawarkan oleh bengkung selepas bersalin adalah sangat dihargai.

Selain itu bengkung mempunyai pelbagai manfaat tambahan. Berikut adalah sebab-sebab yang paling biasa bagi ibu-ibu untuk memakai bengkung selepas bersalin secara pembedahan.

Kebaikan Memakai Bengkung Selepas Bersalin Secara Pembedahan

  • Lebih berkeyakinan ke atas perut yang masih buncit selepas melalui fasa mengandung yang sangat mencabar (bengkung menjadikan anda rasa dan kelihatan lebih kurus),
  • Membantu meluruskan tulang belakang selepas sembilan bulan membawa bayi,
  • Tekanan dapat membantu mengurangkan bengkak,
  • Membantu memastikan kulit longgar diketatkan kembali dengan betul,
  • Mengelakkan perut kendur (lebihan kulit daripada mengandung) mencederakan luka anda,
  • Menyokong belakang yang sakit dan otot perut yang kembang,
  • Memberi anda lebih banyak kebebasan bergerak dan fleksibiliti, contohnya apabila membongkok dan mengambil bayi anda,
  • Menyokong bukan sahaja bahagian perut, tetapi kaki, pinggang dan bahagian belakang juga,
  • Sokongan tambahan semasa menyusu,
  • Membantu mengurangkan rasa sakit,
  • Mengurangkan parut memandangkan tekanan adalah rawatan mengurangkan parut yang biasa digunakan dan terbukti berkesan,
  • Mengurangkan tekanan berlebihan yang boleh mengakibatkan tisu parut dan tisu sekitarnya terkoyak,
  • Mempercepatkan proses pemulihan dan mengurangkan rasa tidak selesa sekiranya anda mengalami diastasis recti (pemisahan otot perut akibat dari pembesaran rahim atau semasa melahirkan anak)

Bagaimana Bengkung Membantu Luka Bedah Cepat Sembuh?

Bengkung Moden Harga MurahMungkin ada yang berfikir penggunaan bengkung adalah hanya untuk tampil cantik semata-mata tetapi bengkung melakukan lebih daripada bertindak sebagai pembentuk badan selepas bersalin. Penggunaan bengkung yang betul dapat memberi banyak kelebihan pada anda yang bersalin secara pembedahan.

Dengan meletakkan tekanan pada bahagian bawah abdomen anda dan menyokong belakang pinggang anda bengkung menarik otot yang regang dan lemah dan menyediakan struktur sokongan 360 ° ke seluruh tubuh anda.

Sokongan tambahan ini mengurangkan tekanan pada sendi dan ligamen di belakang anda, pinggul, dan punggung. Ini akan meningkatkan keupayaan badan untuk kembali ke keadaan normal pra-kehamilan anda. Organ yang beralih semasa proses mengandung dan bersalin dikatakan menyelaras dengan cepat kerana sokongan tambahan ini.

Manfaat yang paling biasa disebut-sebut adalah bengkung membolehkan ibu kembali berasa selesa setelah sekian lama membawa bayi selama 9 bulan. Kulit dan otot-otot ditarik balik dalam apa yang terasa seperti kedudukan asal mereka.

Kelebihan lain adalah bahawa ia membantu mencegah masalah yang paling kerap selepas pembedahan termasuk: jangkitan bakteria akibat pemotongan itu, perekatan pelvis dan parut.

1 Comment

  1. Ainnur nadrah says: Reply

    Seawal bpe hari ibu bersalin ceaser boleh mula berbengkung?

Leave a Reply

CommentLuv badge