LUA Kunci Rahsia Kejayaan

Law Of Attraction

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bersyukur kerana telah diberi rezeki untuk turut serta menghadiri seminar Law Of Universal Attraction yang telah disampaikan oleh saudara Zuhairi Nopiah, yang dikenali dengan panggilan manja Ateh (sebut dalam 6 harakat )

Seminar LUA

Buku Law Of Universal Attraction

 

Sewaktu mendapat tahu mengenai kursus ini melalui upline saya, Master Aya Chalo, saya sungguh teruja. Siapa tidak teruja, penulis buku terkenal Best Seller Law of Universal Attraction: Magnet Kebahagiaan akan DATANG KE SABAH, untuk menyampaikan sendiri seminar beliau. Sebenarnya bukan senang untuk mendapatkan seminar daripada pakar-pakar seumpama ini di Sabah. *Ketahuilah otai-otai diluar sana, sesungguhnya rakyat Sabah sangat dahagakan kelas-kelas ilmu sebegini. Maksudnya tu, silalah datang ke Sabah selalu.

 

Apa itu LUA?

Sepanjang pengalaman saya bekerja dan selama saya menceburi bidang perniagaan, tak pernah pula dengar berkenaan Law Of Universal Attraction (LUA) ini dalam mana-mana kursus yang saya hadiri. Yang selalu dengar ialah Law Of Attraction (LOA). LOA adalah hukum alam yang mengatakan kita menarik apa yang kita fikirkan. Apa yang kita fikirkan tanpa ragu-ragu, itulah yang akan terjadi. Beza antara LOA dengan LUA ini adalah LUA menerapkan unsur-unsur keTuhanan dalam apa juga yang kita fikirkan dan lakukan. Sesuai dengan apa dinyatakan oleh Hadith Qudsi berikut:

Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku. Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku.  Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriku. Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).

 

Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Subhanallah, sebenarnya Allah adalah sangat dekat dengan kita. Cuma kita sahaja, sebagai hambaNya, yang lalai untuk mendekatkan diri denganNya, menjadikan Allah sebagai paksi untuk apa jua yang berlaku di dalam kehidupan kita. 

Satu ketika semasa seminar berlangsung, saya terkedu dengan jawapan Ateh terhadap soalan saya kepadanya semasa aktiviti menyediakan Dream Board. Jawapan yang betul-betul membuat hati saya menangis.

Saya tanyakan kepada beliau, sekiranya pendapatan saya sekarang RM5,000 sebulan, tahun depan saya teringin sangat untuk mendapat pendapatan RM50,000 sebulan sedangkan saya tahu kemampuan saya cuma setakat RM30,000 sebulan, apa yang saya perlu letakkan di dalam Dream Board saya?

Ini jawapannya; letak RM50,000! Kerana kita bergantung kepada Allah, Allah Maha Hebat, Dia mampu memberikan apa saja yang minda kita tidak pernah terfikir. Tetapi, selama ini kita cuma bergantung dengan kemampuan diri sendiri, sedangkan kita tahu kita sebagai manusia mempunyai kemampuan yang sangat terbatas. Kita tidak merujuk kepada Allah. *Insaf..

*Tetapi jangan pula sekadar bergantung harap tanpa ada sebarang usaha. Itu silap. 

Teringat pula kata-kata Ustaz Yusuf Mansur yang dipetik dari ebook Bertanya Allah Dulu, “Jangan pernah bertanya pada otak yang terbatas”

Berbalik kepada LUA, sudah pasti anda pernah mengalami bad day? Anda bangun lewat untuk ke tempat kerja, dalam hati sure anda risau, jalan jammed, kena marah dengan bos kerana lewat dan macam-macam lagi. Dan perkara yang anda paling tak mahu terjadi ini terjadi. Dalam perjalanan ke pejabat, ada pula eksiden di tengah jalan, jalan jammed teruk, dokumen penting tertinggal kat rumah, bos marah dan sebagainya. Kerana tidak ingin datang lewat ke tempat kerja, anda sebenarnya secara tidak sadar telah memberikan perhatian, fokus, dan energi dalam bentuk emosi kepada fikiran anda. Sehingga anda mendapatkan hasil yang bertentangan dengan apa yang anda inginkan.

Perhatikan bagaimana perkataan “JANGAN” mempunyai kuasa tarikan yang sangat kuat. Tapi serius, INI LAWAK.

 

Ikuti pula kisah menarik makcik saya. Bagaimana kebergantungannya kepada Tuhan dapat membantunya menjimatkan beberapa ratus, atau ribu saya kira. Kisahnya, makcik saya sedang menunggu kapal terbang untuk balik ke Kota Kinabalu. Sementara menunggu, dia singgah menunaikan solat Zuhur di surau lapangan terbang tersebut. Mungkin kerana di surau, speaker lapangan terbang tidak berapa kedengaran, dia telah ditinggalkan kapal terbang yang sepatutnya dia naiki. Cuba untuk mencari alternatif lain, dia usahakan untuk mendapatkan tiket penerbangan yang seterusnya, tapi malangnya gagal. Dalam pada berusaha, dia tidak putus-putus berdoa kepada Allah minta dipermudahkan. Tidak lama selepas itu, dia dimaklumkan berita gembira, kapal terbang yang sepatutnya dia naiki berpatah balik kerana mengalami masalah teknikal. Dan akhirnya dia dapat menaiki kapal terbang tanpa perlu mengeluarkan wang tambahan untuk membeli tiket. Mungkin agak klise, tapi ini adalah apa yang sebenarnya berlaku.

Kesimpulannya, fokus kepada perkara yang kita suka sahaja, jangan fokus kepada perkara yang kita tidak suka, kerana…

Apa yang kita FIKIR, Apa yang kita LIHAT, Apa yang kita CAKAP,

Apa yang kita DENGAR, Apa yang kita RASA, Apa yang kita BUAT,

Semuanya adalah DOA

5 Comment

  1. assalamualaikum wbt
    salam kak dzu..apa kbr.kak dzu saya bermnat sangat dgn wordpress kakak nie
    mcm mana ya mau buat wordpress? sebab saya lihat wordpress nampak lebih profesional
    Jom baca entri terbaru HENDRAWATI KOLAGEN SHAKLEE PROMOSI PALING GEMPAK ABAD INI DISEMBER 2014!!!My Profile

  2. best kan kurssus hari tur..
    tapi sangat sayang saya xdapat hadirkan pada hari pertama mengenai LUA
    Jom baca entri terbaru HENDRAWATI KENAPA PERLU OSTEMATRIX SHAKLEEMy Profile

    1. Best sangat hendra.. Hari pertama tu banyak sangat yang menyentuh di hati kakak.. Nangis ja sepanjang hari.. Hehe
      Jom baca entri terbaru Dzu Amri 7 Vitamin Dan Mineral Penting Untuk Mendapatkan Wajah Berseri Tanpa JerawatMy Profile

      1. sayang sangat kak sebab xdapat join hari pertama
        jadi saya tidak berapa tangkap mcm mn tue LUA

  3. saya akan order buku LUA dgn puan aisyah.
    Jom baca entri terbaru hendrawati KOLAGEN SHAKLEE PROMOSI PALING GEMPAK ABAD INI DISEMBER 2014!!!My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge