Kulit Halus Seperti Kulit Telur Tanpa Dipinta

Kulit Muka Seperti Kulit Telur

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Semalam terjumpa dengan seorang kawan lama. Kawan seperjuangan, kawan susah senang sedari zaman bujang-bujang lagi. Sebenarnya dia pun salah seorang downline Shaklee saya. Kebetulan dia ada pesanan vitamin Shaklee masa tu, jadi ada juga kesempatan berjumpa dengan dia setelah sekian lama tidak berjumpa.

Memandangkan jumpa pun pada waktu kerja, selit-selit pada masa yang free, jadi tiada masa untuk berborak. Tapi dalam pertemuan 5 minit tu, ada satu soalan dia yang betul-betul terkesan pada saya. Nak tau soalannya??

Apa yang kau pakai? Kulit muka seperti kulit telur, macam photoshop!! Halus licin!!

Kulit Muka Seperti Kulit Telur

Erksss.. Betul ke ni? Macam tak percaya. Seriously, sejak berada di dalam state maidless, saya betul-betul tiada masa untuk memanjakan kulit. Pagi-pagi, cuma mampu mencuci muka dan sapu moisturizer, sambil mulut membebel-bebel pada anak, dan….. encik suami, bagi arahan itu ini. Multitasking la katakan. =) Tiada masa untuk tepek-tepek foundation, bedak, bb cream seperti dolu-dolu kala.

TAPI.. macamana boleh jadi seperti kulit telur, kalau jaga muka setakat ala kadar?? Fikir punya fikir, rupa-rupanya ini adalah kesan yang saya dapat selepas mengamalkan Vitamin Kulit Cantik secara istiqamah.

Rahsia Kulit Halus Seperti Kulit Telur

Jangan tak tahu. Sebenarnya, ramai wanita cantik di luar sana yang menggunakan Shaklee dalam diam tau. Mari saya tunjukkan vitamin kulit cantik yang saya gunakan setiap hari sampaikan kawan saya pun terkejut dengan perubahan ketara:

  1. Energy Soy Protein (ESP): Setiap 21 hari sel kulit kita akan mati dan digantikan dengan sel kulit yang baru. Parut-parut jerawat di wajah anda selama ini adalah akibat sel-sel kulit mati tidak diperbaharui dengan sel-sel kulit yang lebih gebu, bersih, licin dan sihat. Jangan sia-siakan sel kulit yang diperbaharui itu. Ambil kesempatan ini dengan meningkatkan kualiti sel-sel kulit yang diperbaharui menerusi bekalan protein (ESP) secukupnya.
  2. Vitamin C membantu mengekalkan paras kolagen yang kritikal bagi wajah anda. Kekurangan paras kolagen mengakibatkan kulit wajah anda kelihatan tua. Inilah sebabnya banyak artis Hollywood mementingkan tahap kolagen yang mencukupi; walaupun berusia 50 tahun ke atas, agar wajah kekal licin, tegang dan sihat seperti wanita muda 20-an. Kulit Muka Seperti Kulit Telur
  3. B Complex penting bagi memperbaiki peredaran darah dalam badan dan meratakan warna tona kulit pada wajah. Tidak timbul lagi masalah kulit wajah yang bertompok-tompok. Selain itu, B Complex juga membantu dalam menstabilkan hormon badan kita; juga sesuai untuk mengurangkan rasa marah atau stress. Ini juga membantu dalam menghasilkan kulit yang cantik dan ceria.
  4. Vitamin E mampu memudarkan parut jerawat di wajah anda dengan berkesan. Selain itu, ia juga merupakan ejen antioksidan dan anti-penuaan yang hebat. Pasti orang lain beranggapan anda sedang berjalan dengan adik; padahal anak sendiri, selepas mengambil vitamin kulit cantik ini secara berterusan.

Insya Allah gabungan vitamin-vitamin di atas membantu dalam mencegah jerawat serta melupuskan parut-parutnya jika di ambil secara istiqamah. Wajah anda pasti kelihatan berseri dari dalam; tanpa perlu mekap berlebihan yang mungkin merosakkan kulit.

Leave a Reply

CommentLuv badge