Kulit Cantik Dan Gebu Persis Emma Maembong

Kulit Emma Maembong Cantik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Kulit Wajah Emma Maembong Cantik
Milik siapakah gadis ini.. hewhew

Kalau ditanya, wanita mana yang tidak ingin kulit muka yang putih melepak dan gebu persis Emma Maembong? Wanita mana yang tak mahu kulit kelihatan kemerah-merahan bila disinari dengan pancaran matahari? Tanpa perlu mengenakan mekap tebal melindungi segala noda-noda hitam pada kulit wajah. (Emma Maembong tak kena matahari pun kulit putih kemerah-merahan, jeles hokey!)

Tipulah kalau ada yang mengatakan tidak! Kulit wajah flawless adalah idaman ramai. Idaman kaum wanita untuk memiliki kulit yang flawless, dan idaman kaum lelaki untuk memiliki wanita yang flawless.  Sehingga timbulnya ayat, LAKI NI PANTANG TENGOK POMPUAN DAHI LICIN!! Hoho.. Tapi jangan salah sangka, bukan maksud saya yang tidak flawless tidak disukai lelaki. Setiap kita sudah dijadikan berpasang-pasangan kan?

Adalah perkara biasa bagi kita, apabila kita dengar si ibu menasihati anak-anak perempuan untuk mengelakkan diri dari terkena pancaran matahari kerana khuatir kulit akan menjadi gelap, menggunakan payung apabila keluar dari rumah kerana cuaca panas, juga kerana khuatir kulit akan menjadi gelap. Hakikat kanser kulit membahayakan adalah tidak menakutkan kita berbanding “kulit menjadi lebih gelap”. Saya ada seorang adik saudara yang memakai pelindung matahari secara konsisten, bukan kerana dia ingin melindungi dirinya daripada sinaran UV yang berbahaya, tetapi hanya kerana dia takut dia akan mempunyai kulit yang gelap yang mana ianya satu hakikat yang tidak boleh diterima olehnya.  

Jadi apakah rahsia untuk mendapat Kulit Cantik Dan Gebu Persis Emma Maembong??

Kulit Cantik Dan Gebu Persis Emma Maembong

Kulit Cantik Dan Gebu Persis Emma Maembong
Tidak perlu mekap tebal sudah boleh menyerlahkan kecantikan diri

 

 

 

Hendak mendapatkan kulit cantik dan gebu tidak sesusah mana pun. Tidak perlu di cocok-cocok, di suntik bagai. Kalau nak cantik, biar rawat dari dalam, baru akan terserlah di luarannya. Berikan kulit vitamin yang diperlukan agar menjadi sihat. Kulit cantik dan gebu bermula dari kulit yang sihat.

Set Kecantikan Shaklee insya Allah dapat membantu untuk mendapatkan kecantikan kulit secara semulajadi.

Seperti yang saya pernah terangkan dalam entri saya sebelum ini, Set Kecantikan Shaklee mengandungi Vitamin B Complex, Vitamin C dan Vitamin E. Ditambah pula dengan ESP Energizing Soy Protein untuk hasil yang lebih gempak!!

Jom cantik!! Semua wanita berpotensi untuk cantik. Jangan tua sebelum waktunya!!

 

Antara salah seorang pengguna yang berjaya mendapatkan kulit yang cerah dengan penggunaan Set Kecantikan Shaklee secara konsisten selama 6 bulan.

Kulit Cantik Dan Gebu selepas 6 bulan menggunakan Set Kecantikan Shaklee

 

Kulit Cantik Dan Gebu Dengan Set Kecantikan Shaklee

Bagaimana Set Kecantikan Shaklee boleh membantu mencantikkan kulit? Sudah namanya Set Kecantikan, sudah tentu fungsi utama adalah menjadikan kita cantik, kan? ehehe.. Untuk kefahaman yang lebih mendalam tentang fungsi-fungsi Set Kecantikan Shaklee, boleh rujuk entri saya terdahulu mengenai tugas-tugas vitamin yang bertanggungjawab memastikan kulit sentiasa cantik dan sihat. Hari ini, biar saya ceritakan dengan lebih mendalam pula bagaimana ESP Shaklee yang mempunyai 1001 kebaikan, membantu menjadikan kulit cantik dan gebu.

Mimpi ngeri selama 7 tahun hilang selepas bertemu dengan Shaklee

Emma Maembong antara 10 artis paling jelita
Emma Maembong antara 10 artis paling jelita

 

Kulit Cantik Dengan ESP Shaklee

Minum soya sinonim dengan kulit cantik. Soya untuk kulit cantik, soya untuk putihkan kulit, soya jadikan kulit kemerah-merahan, soya jadikan kulit seperti kulit bayi dan macam2 lagi. Betul kan? OK. Mari kita tengok betul-betul, apa keistimewaan “Soya Shaklee” ini.

“Soya Shaklee”, dihasilkan daripada non-GMO soya, maksudnya, soya yang tidak diubah genetiknya. Ia dibiarkan cukup matang secara semulajadi kemudian dipilih dengan teliti sebelum diproses. ESP merupakan protein yang lengkap dengan asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Apabila bercerita mengenai protein, ini adalah di mana “Soya Shaklee” dikaitkan dengan memutihkan kulit, mencantikkan kulit dan memudarkan parut jerawat dan lain-lain lagi. Kenapa?

PROTEIN merupakan bahan asas binaan sel. Ia membaiki sel, hormon dan enzim. Protein merupakan makanan kepada sel. Daripada sel, ia akan membentuk tisu, tisu membentuk organ manakala organ membentuk sistem.

SEL -> TISU -> ORGAN -> SISTEM.

Apabila sel yang baik terhasil, jadi perkembangan hingga ke tahap SISTEM juga akan menghasilkan sesuatu yang baik. Sel yang baru akan menggantikan sel yang telah mati dan sel yang lama.

Setiap 21 hari sel kulit kita akan mati dan digantikan dengan sel kulit yang baru. Parut-parut jerawat di wajah anda selama ini adalah akibat sel-sel kulit mati tidak diperbaharui dengan sel-sel kulit yang lebih gebu, bersih, licin dan sihat. Jangan sia-siakan sel kulit yang diperbaharui itu. Ambil kesempatan ini dengan meningkatkan kualiti sel-sel kulit yang diperbaharui menerusi bekalan protein (ESP) secukupnya. Sel yang baik dan sihat senang menyerap nutrisi dengan baik.

ESP juga ada isoflavone yang mengurangkan risiko kanser, bertindak sebgai antioksidan, kuatkan sistem pertahanan badan, mentainkan kolesterol yang baik, pelihara jantung yang baik dan mencegah osteoporosis sebab ESP consist kalsium juga.

 

Testimoni Pengguna Yang Mengamalkan ESP 

 

Testimoni Set Kecantikan Shaklee

Testimoni Set Kecantikan Shaklee

Testimoni Set Kecantikan Shaklee

 

Klik untuk baca lebih lanjut tentang fungsi-fungsi setiap vitamin Set Kecantikan Shaklee yang menjadikan kulit cantik dan gebu.

Tempah Shaklee Sekarang

5 Comment

  1. terbaik nie…badan kita perlukan vitamin yang cukup untuk bina semula sel2 yang baru.
    Jom baca entri terbaru Niza Yusof 14 Tips Elakkan Sakit Musim HujanMy Profile

    1. Ye, tapi kita selalu tak sedar. Biarkan je badan berfungsi tanpa dapat bekalan vitamin yang diperlukan.

  2. […] Kulit Cantik Dan Gebu Persis Emma Maembong […]

  3. Saya ingin berkongsi maklumat mengenai :

    5 Khasiat Buah-buahan Untuk Kecantikan

    Amalan memakan buah-buahan adalah tabiat yang baik dan bermanfaat buat kulit anda. Terdapat 5 jenis buah-buahan yang memberi khasiat untuk kulit anda :
    1. Epal
    Epal adalah sejenis buah yang digunakan sebagai kondisioner dan toner buat kulit anda. Jus epal sangat bermanfaat untuk mengatasi kedutan dan kulit pecah di wajah anda. Jus epal juga boleh dicampurkan ke dalam air mandian untuk memperolehi kulit yang segar dan lembut. Selain itu, buah epal mampu mengurangi nafas berbau dan melindungi kulit kepala dari berkelumumur.

    2. Aprikot
    Jus aprikot berfungsi mengatasi masalah kulit terbakar (sunburn), ekzema dan gatal-gatal.

    3. Nenas
    Nenas pula berfungsi menghalus dan membersihkan kulit anda. Kulit yang kasar dan kering boleh dikurangkan dengan memakan buah tropikal ini. Nenas juga boleh disapu ke bahagian kulit yang kasar seperti siku, lengan, lutut, dan tumit.

    4. Avocado
    Buah avocado ini sering digunakan dalam rawatan kecantikan sejak dahulu lagi. Kandungan vitamin E di dalamnya berkhasiat mengatasi masalah kulit kering dan membuatkan kulit anda nampak cantik dan mulus.

    5. Lemon
    Buah lemon ini berfungsi sebagai pembersih dan penyegar kulit. Potong beberapa kepingan lemon ini kemudian sapu pada bahagian kulit yang kotor atau menghitam seperti di siku dan tumit. Kemudian, ketika mandi pula buah lemon ini boleh dicampurkan ke dalam air mandian bagi memperolehi kulit yang segar. Selain itu juga, lemon boleh digunakan untuk mengatasi masalah rambut berkelumumur dan membersihkan kulit kepala.
    Jom baca entri terbaru fifie Jus Terbaik Untuk Kulit AndaMy Profile

  4. Emma maembong memang comel dengan apa watak yang dilakonkan oleh beliau. Tak mustahil, dia pun pasti ada mengamalkan teknik kecantikan diri untuk memastikan kulit wajah bersih berseri sama ada untuk luaran atau dalaman
    Jom baca entri terbaru vitakcrew 6 Tips Pengambilan Produk Satin Skinz (Bahagian 1)My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge