Kulit Berkedut, Kering dan Melayut? Tips Untuk Mengurangkan Kedutan Yang Anda Perlu Tahu

Tips Mengurangkan Kedutan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Salah satu tanda usia kita sudah semakin tua adalah kedutan pada kulit. Tahukah anda kenapa ini terjadi? Tubuh kita semakin kekurangan kolagen. Kolagen adalah sejenis protein yang menyumbang kepada 75% berat untuk kulit yang sihat. Tetapi semakin kita meningkat usia, paras kolagen turut berkurangan. Cara berkesan untuk anda mengurangkan kedutan ini adalah dengan mengambil suplemen tambahan kolagen yang terbaik di pasaran, Shaklee Collagen Powder.

Namun, terdapat juga cara mudah yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan kedutan pada kulit anda.

Berikut adalah Tips Untuk Mengurangkan Kedutan Yang Anda Perlu Tahu

1. Tidur Menelentang

Tidur Menelentang
Lihat, betapa awet mudanya dia. =)

 

 

Tidur dalam kedudukan tertentu malam demi malam membawa kepada “garis tidur”; kedutan yang terukir ke dalam lapisan atas kulit anda dan tidak akan hilang sekalipun anda sudah bangun dari tidur. Tidur mengiring membawa kepada kedutan pada pipi dan dagu, manakala tidur meniarap menyebabkan dahi anda berkerut. Untuk mengurangkan kedutan baru, tidur secara menelentang.

 

 

 

 

2. Amalkan Makan Ikan Seperti Salmon

Tips Mengurangkan KedutanSalmon (bersama-sama dengan lain-lain ikan air sejuk) adalah sumber terbaik protein, salah satu blok pembinaan kulit yang hebat. Ia juga merupakan sumber asid lemak omega-3. Pakar mengatakan bahawa asid lemak perlu, menyuburkan kulit dan menjadikannya gebu dan awet muda, dan seterusnya membantu mengurangkan kedutan.

3. Pakai Cermin Mata Anda!

Tips Mengurangkan Kedutan

Membuat ekspresi muka yang sama berulang-ulang kali – seperti menyepetkan mata anda – menyebabkan otot muka bekerja lebih keras dan membentuk alur di bawah permukaan kulit. Yang mana kemudiannya alur tersebut menjadi kedutan. Kekalkan bukaan mata dengan luas. Pakai cermin mata jika anda memerlukannya. Dan mendapatkan cermin mata hitam, yang boleh melindungi kulit di sekeliling mata daripada kerosakan matahari dan memelihara kamu daripada terus mengenyetkan mata.

4. Sapukan Alpha-Hydroxy Asid (AHA)

Asid semulajadi ini membuang lapisan atas sel-sel kulit mati, mengurangkan penampilan liang-liang, garis-garis halus dan kedutan pada permukaan, terutama di sekitar mata. Dan bentuk AHAs yang lebih kuat boleh membantu merangsang pengeluaran kolagen. Menggunakan AHAs boleh membuat kulit anda lebih sensitif kepada cahaya matahari, jadi gunakan banyak pelindung matahari setiap hari.

5. Jangan Terlalu Banyak Membasuh Muka

Tips Mengurangkan Kedutan
Jangan Terlalu Banyak Membasuh Muka

Air paip menghilangkan kelembapan kulit dan minyak semula jadi yang melindungi kulit anda daripada kedutan. Jika anda membasuh muka terlalu kerap, anda sebenarnya telah “mencuci” perlindungan untuk kulit muka. Melainkan jika sabun anda mengandungi pelembap, gunakan gel atau krim pembersih muka sebaliknya.

6. Pakai Vitamin C Anda

Beberapa kajian menunjukkan bahawa krim dengan kandungan vitamin C boleh meningkatkan pengeluaran kolagen, melindungi daripada kerosakan dari sinaran UVA dan UVB, membantu mengurangkan tompok-tompok hitam dan tona kulit tidak sekata, dan mengurangkan kemerahan. Walaubagaimanapun, anda perlu menggunakan produk kulit dengan jenis vitamin C yang betul. Asid L-askorbik boleh menjadi yang terbaik untuk mengurangkan kedutan. Anda juga boleh menjumpai bahan vitamin C disenaraikan sebagai ascorbyl palmitate.

Klik untuk baca bagaimana Vitamin C boleh memutihkan wajah.

7. Soya untuk Penjagaan Kulit

Soya boleh meningkatkan penampilan kulit anda dan juga melindunginya. Kajian menunjukkan soya yang digunakan terus pada kulit atau diambil sebagai makanan tambahan boleh membantu melindungi daripada atau bahkan menyembuhkan beberapa kerosakan matahari. Dan ia juga telah terbukti untuk memperbaiki struktur dan kekenyalan kulit, dan meratakan tona wajah. Sumber soya terbaik adalah Energizing Soya Protein.

8. Gantikan Kopi Dengan Koko

Tips Mengurangkan Kedutan

 

Cuba minuman yang mengurangkan kedut. Dalam satu kajian, penyelidik mendapati bahawa koko dengan tahap dua antioksidan (epicatechin dan catechin) melindungi kulit daripada kerosakan matahari, aliran darah bertambah baik untuk sel-sel kulit, membantu penghidratan, dan membuat kulit kelihatan dan berasa lebih halus. Hebat!

 

 

9. Amalan Penjagaan Kulit Asas Yang Baik

Jika anda benar-benar ingin menjaga kulit anda kelihatan muda, mula dengan yang asas. Anda mungkin pernah mendengar nasihat ini sebelum ini, tetapi ia adalah sangat penting:-

  • Elakkan matahari
  • Pakai sunblock
  • Pakai pakaian pelindung matahari
  • Jangan merokok
  • Penggunaan pelembap kulit

3 Comment

  1. Rasanya tips yang pertama boleh saya mulakan dulu sebelum mencuba tips tips yang berikutnya. Dan minuman koko sebagai pengganti kopi tu sangat menarik 🙂
    Jom baca entri terbaru vitakcrew 6 Tips Pengambilan Produk Satin Skinz (Bahagian 2)My Profile

  2. saya umur 15 tahun but muka saya berkedut di tepi hidung sampai ke atas mulut?? bagaimana menyelesaikan masalah ini????

    1. Hai muhamad.. Muda lagi 15 tahun.. Sepatutnya masalah kedutan masih belum wujud.. Tapi apa yang saya boleh suggest, cuba ambil kolagen.. Kolagen bertindak sebagai “gam” yang menjadikan kulit kita elastik dan tegang..

Leave a Reply

CommentLuv badge