Kisah Shaklee Saya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

“In places no one would find, All your feeling so deep inside…”
Ini bukan cerita Mandy Moore ye. Ini cerita saya, cerita perjalanan saya. Perjalanan untuk diingat, A Walk To Remember, remember?? Hahaha.. Harap bersabar ya, please bear with me.. Bermula saat ini, saya akan cuba kongsikan perjalanan saya menuju ke bintang, Insya Allah. Kisah Shaklee Saya. Kisah bagaimana saya bermula dengan Shaklee. Sila jangan muntah hijau kalau baca. Layanzzzz.. ^o^
Sebelum bergelar SID (Shaklee Independent Distributor), saya bermula sebagai peniaga online pada tahun 2011. Masa tu saya menjual pakaian wanita. Idea berniaga online ni pun timbul masa boring-boring berpantang seorang-seorang di rumah. Pada masa itu, saya pilih untuk berniaga secara dropship disebabkan kekangan modal. Huhuu.. Terasa risau bila memikirkan untuk mengeluarkan wang ribu-riban, simpan stok ribu-riban tetapi bila pusing modal mungkin akan mengambil masa yang lama. Haruslah sempat saya makan batu selama beberapa bulan menunggu duit keuntungan. Inilah mentaliti orang… opssss, saya yang sebenarnya takut untuk mencabar diri sendiri dan keluar dari zon selesa.

Siapa Saya Sebelum Shaklee

Keuntungan hasil jualan dropship yang saya dapat pada masa tu bermusim. Bila musim perayaan, atau musim bonus kerajaan tiba, sales memang meletup-meletup. Macam bertih jagung meletup-letup. =) Tapi bila datang musim kering, ataupun musim saya yang kering ~ kering kerajinan, hasil jualan boleh dibilang dengan tangan. Masa tu lagi saya cuma berniaga sendiri, tiada siapa yang jadi pemangkin saya, tiada siapa yang bagi motivasi pada saya, tiada bimbingan dan mungkin masa tu belum ada push factor yang kuat. Jadilah perniagaan saya tu umpama teratai layu di tasik madu. T__T

Kemudian perlahan-lahan saya beralih arah kepada beberapa syarikat MLM yang lain. Kononnya kerana ramai yang sudah berjaya dengan MLM. Jangan tidak tahu, saya pernah menghabiskan RM5,000 semata-mata ingin mendapatkan kedai yang bernilai RM500,000!! Dan saya juga hampir-hampir membuat pinjaman RM20,000 untuk beli korset yang kononnya selepas tu boleh jana duit yang boleh buat kita mampu beli designer bag mahal-mahal. Sungguh saya buta pada masa itu. Saya cuma nampak ahli-ahli MLM yang sibuk tayang beg designer masing-masing, yang seringkali upload gambar-gambar percutian ke luar negara. Mujur suami tidak berapa setuju dengan tindakan saya, katanya saya cuma akan menganiaya bakal downline saya kerana terpaksa mengeluarkan duit berpuluh-puluh ribu, tetapi hasil jualan belum tentu lagi, disebabkan produk belum berapa menguasai pasaran. Kelas Malam MLMItu belum lagi masuk cerita kena hadir kelas malam (meeting-larut-malam), tinggal suami dan anak sampai kul 12 malam. Dan part yang paling saya menyampah bila kena buat laungan “hebat”, “luar biasa” dengan speaker yang terjerit-jerit macam kena sawan. Sungguh bukan diri saya.

Tapi saya tetap juga berusaha untuk mempromosikan, kononnya, bisnes MLM saya ketika itu. Sehinggakan sampai ke satu ketika sekitar penghujung 2012, saya ternampak Aya Chalo, upline saya sekarang, sibuk mempromosikan Shaklee. Masa tu, Shaklee masih baaaaaru sangat di Sabah, masih belum hot lagi katanya masa tu. Atau mungkin saya seorang saja yang ketinggalan. Saya tidak tahu pun apa itu Shaklee, apa produk Shaklee. Jadi saya pun tidak ambil endah. Tetap yakin yang kononnya, saya tetap boleh berjaya dengan bisnes MLM saya ni. Saya siap buat research lagi hokey!! Dan saya jumpa ini….

Top 50 MLM in Malaysia

Haaaaa.. Nampak kan Shaklee di situ? Dan ada juga MLM saya kat situ atas tueeeww. Masih juga tetap ingin mempertahankan bisnes saya. :p Walaupun sudah tersenarai dalam Top 50, saya tetap masih belum terpedaya. Saya masih lagi terus membuat kajian demi kajian. Tetapi perlahan-lahan, saya lihat seorang demi seorang kawan-kawan saya mendaftar sebagai SID. Namun begitu, saya masih tetap setia ‘kononnya’ dengan syarikat MLM saya, saya yakin saya boleh berjaya. Semakin kuat saya lihat promosi Shaklee, semakin kuat saya mempromosikan produk syarikat MLM saya. Sehinggalah, ke satu masa, Aya Chalo pm saya..

Memang bukan satu perkara yang pelik bila dia pm saya, sebab dia junior saya masa di sekolah menengah, dan kami sama-sama admin satu group iklan facebook.

Dia ajak join Shaklee. Mula-mula tu, perasaan saya separuh hati, sebab masih belum nampak kelebihan Shaklee. Tapi sememangnya aura Master tu kuat, selepas main tarik tali dengan saya, lama-lama berjaya juga termakan dengan umpan dia. =)Testimoni Subur ShakleeTapi saya join bukan sebarang join. Bukan join macam join Tesco, join Servay, join JUSCO, beli bila suka, bila tak suka, bila malas, bila penat, then tak mau beli. Bukan… Saya ada target yang perlu dicapai. Gulpp.. Memang pucat bila menerima cabaran. Dalam hati memang nebes. Sudahlah join pada 22hb, dan closing masa tu 31hb May. Cuma ada 12 hari. Tempoh 12 hari apa yang saya boleh buat?? Satu ilmu pun belum ada lagi ni!! Kalau buka kedai, pelanggan pun masih lalu lalang, intai-intai dari luar, belum lagi berani masuk kedai. Tapi saya sifatnya suka dicabar. Saya terima cabaran. Saya push diri saya untuk dapatkan sales. Saya baca, saya study set kesuburan shaklee. Set yang banyak berjasa kepada saya. Yang juga banyak berjasa kepada pelanggan saya. Alhamdulillah ramai yang pregnant dengan set kesuburan ini.

Saya buat iklan hari pertama, memang menderu-deru prospek minta pm. Tanjatt boboi!! Memang tak sangka sambutan macam ni. TAPI… sekadar bertanya, survey-survey harga, belum lagi beli. Hari kedua, hari ketiga dan hari-hari seterusnya pun sama juga. Nangis!! Panik!! Cuma tinggal dua hari lagi menjelang closing. Satu apa pun belum terjual lagi. Saya hubungi Aya, tunjuk contoh jawapan pada prospek, minta bantuan, mana silapnya, kenapa masih belum ada yang sangkut?? Selepas touch up itu ini, tambah sedikit perisa garam dan gula, akhirnya saya menerima pelanggan pertama saya. Alhamdulillah.. Sujud syukur pada Allah..Saya ingat lagi 4pm 31hb Mei, saya terima pembayaran dari pelanggan pertama saya, Akma. Seronok sangat rasanya masa tu. TAPI… satu lagi masalah saya, macamana nak order??!! Gali group, contact upline sekali lagi, tadaaa berjaya buat order online. Dan selepas itu semuanya menjadi sejarah. Order terus masuk sehingga 8.30pm. Dan akhirnya berjaya juga mencapai target yang pada asalnya terasa mustahil.

Saya Selepas Shaklee

Alhamdulillah. Saya benar-benar bersyukur kerana diperkenalkan dengan Shaklee dan terlibat dalam Shaklee melalui group yang betul. Group Shaklee kami memang lain dari yang lain. Tidak pernah satu MLM pun yang saya join sebelum ini yang sangat mementingkan amalan rohani. Salah satu kandungan utama master checklist kami setiap hari adalah amalan rohani. Berniaga di dalam Shaklee, atau apa juga jenis perniagaan, bukan setakat mempunyai sistem pemasaran yang hebat, bukan setakat menguasai ilmu mengenai produk, bukan setakat memberikan after sales servis yang baik. Ianya jauh lebih dari itu.

“Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendakiNya tanpa batas” [Al-Baqarah:212] “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” [Ibrahim : 7]

Tidak perlu laungan hebat, tidak perlu nyanyian semangat. Yang penting kita kembali pada Allah. Yakin dengan kekuasaan Allah. Dia yang memberi rezeki kepada kita.

“Sabda Rasulullah, bertawakallah kepada Allah sebagaimana seekor burung yang keluar di waktu pagi dgn perut lapar & pulang dgn perut kenyang” Hadis Riwayat At Tirmizi

Sejak berada dalam group Shaklee, saya banyak berubah. Saya tidak lagi seperti saya yang dahulu. Apabila sales kurang, saya akan muhasabah diri, mungkin saya tidak solat di awal waktu, mungkin solat saya kurang khusyuk dan tidak diterima Tuhan ataupun mungkin kerana amalan saya yang sangat sedikit menyebabkan Allah menangguhkan untuk memberi rezeki kepada saya. Dan apabila berlaku musibah, saya beristighfar memohon keampunan padaNya. Saya tahu saya lalai menyebabkan Allah berikan musibah sebagai peringatan kepada saya, saya tahu Dia sayangkan saya, Dia rindu mendengar rintihan saya. Terima kasih Allah. =)

Allah Rindu Dengan Rintihan HambaNya

Saya seperti baru tersedar dari mimpi. Rupa-rupanya, masih banyak lagi yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan keredhaanNya. Umpama air setitik di lautan luas. Dan saya tahu, ini rancanganNya, mempertemukan saya dengan Shaklee agar saya lebih mengingatiNya. =)Alhamdulillah Allah

Kisah Shaklee Saya
Tips Amalan Rohani Di Dalam Group Shaklee

Antara Amalan Rohani Untuk Menjemput Rezeki.

Semoga membantu.

  • Istigfar
  • Selawat
  • Solat fardhu di awal waktu
  • Solat Sunat Dhuha
  • Solat Sunat Taubat
  • Solat Sunat Tahajud
  • Solat Sunat Hajat
  • Zikir (1001 mcm zikir)
  • Mengaji minima 100 ayat sehari

Inilah tips &  rahsia-rahsia yang diamalkan oleh mereka yang merindukan ‘jutawan Muslimah’ dalam ertikata sebenar. Dalam maknanya, bukan sekadar duit banyak, rumah besar, kereta besar, etc. Insya-Allah tujuan kita nak jadi jutawan dunia & akhirat, jangan cuma kaya di dunia tapi muflis di akhirat.

 

TIADA APA YANG MUSTAHIL. Victory is always possible for the person who refuses to stop fighting.

2 Comment

  1. Wahh panjang betul pengalaman sis..tahniah yea..

    1. Pengalaman banyak mengajar untuk kita jadi lebih dewasa.. =)

Leave a Reply

CommentLuv badge