Kesilapan Paling Besar Dalam Mengepam Menyebabkan Susu Ibu Berkurangan

Kesilapan Paling Besar Dalam Mengepam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Dalam dua bulan pertama selepas kelahiran, rata-rata ibu tidak menghadapi masalah besar dalam menyusukan bayi sebab ibu ada bersama bayi dan berpeluang menyusukan secara direct (well, not to be denied, there’s some that might have slightest problem). Tapi bila dah mula bekerja, di sini lah masalah mula timbul. Ini adalah fasa yang sangat mencabar bagi ibu-ibu untuk meneruskan penyusuan susu ibu.

Bagi mengekalkan supply susu badan, ibu bekerja akan mengepam untuk meneruskan penyusuan susu ibu. Tetapi banyak kesilapan yang dilakukan oleh ibu-ibu tanpa sedar.

Kesilapan Paling Besar Dalam Mengepam Menyebabkan Susu Ibu Berkurangan

Kesilapan Paling Besar Dalam Mengepam

1. Tidak mula awal. Sebaiknya mula mengepam seawal yang mungkin. Kalau boleh dari minggu pertama kelahiran. Dengan cara ini, ibu dapat mengumpul stok ebm lebih banyak sebagai persediaan sekiranya berlaku sesuatu di tempat kerja dan ibu tidak dapat membuat perahan susu ataupun apabila bekalan susu merudum samada kerana ibu tidak sihat, stress dll.

2. Pam susu tidak berkualiti. Pam susu yang tidak berkualiti bukan sahaja tidak dapat mengeluarkan susu dengan efektif, malah kadangkala ianya menyakitkan. Bila susu tak dikeluarkan sepenuhnya, lama-kelamaan bekalan susu akan merundum.

3. Tempat mengepam yang tidak selesa. Walaupun kerajaan sudah mula menunjukkan sokongan terhadap penyusuan susu ibu, tetapi masih ada segelintir majikan yang kurang kesedaran dan tiada sokongan terhadap pekerja yang terpaksa mengepam semasa bekerja. Ada yang terpaksa mengepam di stor, ada juga yang terpaksa mengepam di workstation  terbuka yang dikelilingi oleh pekerja lelaki. Perkara ini menyebabkan ketidakselesaan buat si ibu, dan perasaan risau akan menyebabkan susu perahan malu-malu nak keluar.

Kesilapan Paling Besar Dalam Mengepam

4. Bila ada masa. “Saya akan pam bila ada masa”. Bila anda dah tetapkan di dalam minda untuk pam bila ada masa, anda akan gagal. Bila anda bekerja, anda tidak ada banyak masa. Luangkan masa untuk pam. Jadikan pam itu satu keutamaan.

5. Tidak mengepam di hujung minggu. Ada yang beranggapan apabila bersama-sama bayi di hujung minggu, mengepam adalah tidak perlu. Untuk memastikan bekalan susu sentiasa ada dan berterusan, ibu hendaklah kekalkan rutin mengepam / penyusuan. Dengan cara ini juga, ibu dapat menyediakan stok ebm untuk bayi lebih awal, tidak lah hanya kais pagi makan pagi.

6. Jadual yang tidak konsisten. Penyusuan adalah konsep supply and demand.  Untuk memastikan penyusuan susu ibu berjaya bagi ibu-ibu bekerja, ibu hendaklah mewujudkan rutin mengepam yang konsisten agar otak dapat mengenalpasti dan seterusnya memenuhi masa pengeluaran susu badan.

7. Hanya 10 minit. Pakar mengatakan 15 minit adalah masa minimum yang diperlukan untuk mengekalkan susu ibu. Ibu harus mengepam selama 15 -20 minit. Tambahan 5 minit pam selepas susu berhenti terhasil akan menghantar maklumat ke otak yang penghasilan susu yang lebih diperlukan. Namun bagi ibu yang biasa mengepam selama 10 minit, menyebabkan bekalan susu semakin merundum.

8. Pam bila penuh. Ini adalah BIG NO! Tindakan ibu menangguhkan mengepam sehingga susu penuh akan menyebabkan otak menterjemah sebagai susu sudah tidak diperlukan lagi dan seterusnya bekalan susu akan dikurangkan.

9. Berapa banyak botol. Trend sekarang bagi ibu-ibu menyusukan adalah membanding-bandingkan stok simpanan ebm. Ini lagi satu kesalahan yang tidak disedari. Ibu tidak perlu terlalu taksub untuk mengumpul ebm sebanyak mungkin kerana keperluan setiap bayi adalah berbeza. Jangan sedih sekiranya susu perahan anda tidak banyak seperti rakan anda yang lain. Yang penting ianya cukup untuk bayi anda. Tekanan adalah tidak bagus untuk penghasilan susu ibu.

Leave a Reply

CommentLuv badge