Kesalahan Besar Dalam Penggunaan Car Seat

Kesalahan Besar Dalam Penggunaan Car Seat

 

Kesalahan Besar Penggunaan Car SeatTidak menggunakan car seat

Banyak je alasan ibu bapa sering kita dengar bila tiba kepada penggunaan car seat untuk bayi.. “kami pergi kedai runcit sekejap je”.. “dia tak suka duduk di car seat, jadi sekali ini je dia duduk di pangkuan saya”.. “dia mengamuk, saya ambil dia dari car seat seminit je untuk tenangkan dia”..

Pakar-pakar keselamatan mengatakan kerap mendengar kata-kata ini daripada ibu bapa yang tertekan selepas tragedi melanda. Ingat, kelalaian kita yang sedetik itu boleh menyebabkan kita menyesal seumur hidup.

Banyak kita dengar kes bayi maut selepas tercampak keluar dari kenderaan ketika kemalangan. Penggunaan car seat mampu menyelamatkan nyawa bayi yang duduk dalam sesebuah kenderaan.

Car seat usang atau terpakai

Car seat yang anda perolehi di jualan garaj dengan harga jauh lebih murah daripada harga asal mungkin kelihatan menguntungkan, tetapi ia boleh menggadaikan nyawa anak anda.

Bukan je tak lengkap dengan buku manual (yang penting untuk pemasangan yang betul), tetapi car seat itu mungkin boleh hilang bahagian-bahagian penting, terlibat dalam kemalangan (walaupun kerosakan tidak kelihatan, ia boleh menjejaskan fungsi car seat tersebut), tidak patuh standard keselamatan semasa, atau telah ditarik balik disebabkan oleh reka bentuk yang rosak. Tambahan pula, plastik menjadi rapuh seiring dengan usia, jadi car seat yang usang tidak dapat membantu kerana ia boleh pecah semasa kemalangan.

Tetapi jika anda masih perlu menggunakan car seat terpakai, pastikan ia mempunyai manual (atau hubungi pengeluar untuk salinan manual), mempunyai bahagian yang lengkap (boleh rujuk manual), tidak pernah terlibat dalam kemalangan yang serius, dan tidak ditarik balik.

Di samping itu, untuk mengelakkan bahaya penuaan plastik, adalah disyorkan untuk memilih car seat yang berumur kurang daripada lima tahun. Biasanya anda boleh menemui tarikh luput pada car seat tersebut.

Menghadap depan kenderaan

Kesalahan Besar Penggunaan Car Seat

Bayi mempunyai kepala yang besar dan leher yang agak lemah. Jadi ketika berlaku perlanggaran kepala bayi tersebut boleh tersentak ke depan secara tiba-tiba dan dengan kuat yang mana akan mengakibatkan kecederaan pada tulang belakang bayi.

Atas sebab ini, pastikan anak anda duduk menghadap belakang kenderaan seberapa lama yang boleh. Pastikan anak anda menghadap belakang kenderaan sehingga berumur 2 tahun, atau sehingga dia mencapai had maksimum ketinggian dan berat badan car seat tersebut.

Menggunakan seat booster terlalu awal

Anak anda perlu menaiki car seat dengan five-point harness sehingga dia mempunyai berat sekurang-kurangnya 18kg, atau sehingga bahunya tidak lagi muat menggunakan tali keselamatan. Apabila berat anak anda telah melebih 18kg, dan berumur sekurang-kurangnya 4 tahun, anak anda perlu menggunakan booster seat sehingga dia 4 kaki 9 inci tinggi dan berumur sekurang-kurangnya 8 tahun.

Tidak dipasang dengan betul

Car seat tidak akan berfungsi dengan baik jika ia dipasang dengan salah.

Antara kesilapan yang paling biasa; tidak mengikat car seat dengan cukup ketat, dan tidak menggunakan tali pinggang keledar yang betul supaya anak anda selamat di booster seat beliau. Periksa untuk memastikan bahawa car seat tidak ke hadapan atau bergerak dari sisi ke sisi lebih daripada satu inci, dan booster seat anda dilindungi dengan tali pinggang bahu-dan-riba.

Tidak menggunakan lock clip

Car Seat Lock Clip
Contoh Car Seat Lock Clip

Jika kereta anda adalah model sebelum 1996, kemungkinan tali pinggang riba dan bahu tidak terkunci melainkan jika anda berhenti dengan secara tiba-tiba. Ini bermakna anda memerlukan klip pengunci – alat logam kecil yang kelihatan seperti sebuah klip kertas yang terlalu besar – untuk memegang tali pinggang tempat duduk (dan car seat anak anda) dengan ketat sekiranya berlaku kemalangan.

Selepas anda meletakkan car seat anak anda dengan selamat, periksa jika anda boleh gerakkannya lebih dari satu inci ke arah depan atau sisi kereta. Jika ya, pasang klip pengunci kira-kira setengah inci di atas strap.

Tidak meletakkan anak anda dengan selamat dalam car seat

Bagi memastikan tali keselamatan car seat dipasang dengan kemas untuk memegang anak anda sekiranya berlaku kemalangan:

  • Selepas meletakkan anak anda di dalam car seat, pastikan tali keselamatan tidak berpintal, dan kemudian gunakan mekanisme di bahagian depan tempat duduk car seat untuk menarik ketat tali keselamatan tersebut.
  • Gelongsorkan penahan plastik klip yang memegang kedua-dua tali bersama-sama sehingga ke bahagian ketiak sebelum menguncikannya. Jika klip terlalu rendah, anak anda boleh terhumban dari tempat duduknya semasa kemalangan.

Tidak mengunci car seat pada kereta

Percaya atau tidak, ramai ibu bapa yang meletakkan anak-anak mereka ke dalam car seat tetapi tidak menguncikan car seat tersebut pada kereta. Ini mungkin disebabkan kekeliruan tentang bagaimana car seat berfungsi atau mungkin ingin mengambil cara mudah untuk berpindah dari sebuah kereta kepada kereta yang lain pada pagi sibuk.

Apabila anda meletakkan anak anda di tempat duduknya, pastikan anda periksa untuk memastikan bahawa kerusi itu telah diketatkan pada kereta.

Meriba anak anda dalam kenderaan

Memang mudah sangat bagi anda untuk meriba anak anda di dalam kereta apabila dia mengamuk selepas beberapa lama berada dalam kenderaan, atau apabila anda hanya membuat perjalanan pada jarak yang dekat.

Mungkin anda fikir ia kelihatan cukup selamat. Lagipun, anda memegang anak anda dengan kuat jika apa-apa berlaku, bukan? Tetapi pada hakikatnya, walaupun anda memakai tali pinggang keledar, anak anda boleh terhumban dari tangan anda akibat dari kesan perlanggaran. Dan walaupun jika anda berdua bersama-sama memakai tali pinggang, berat badan anda sebenarnya boleh menghancurkan anak anda sehingga boleh menyebabkan kematian. T__T

Jadi walau macamana pun keadaannya, jangan sesekali membiarkan anak anda menaiki kenderaan melainkan jika dia menggunakan car seat yang sesuai dengan umurnya dan dipasang pada kereta dengan kemas.

Membiarkan anak anda berkongsi tali pinggang keledar

Jangan lakukannya. Ujian kemalangan menunjukkan bahawa apabila dua kanak-kanak berkongsi satu tali pinggang keledar yang sama, dalam kemalangan kepala mereka boleh terhantuk antara satu sama lain kekuatan yang boleh membawa maut.

Membiarkan anak anda duduk di tempat duduk hadapan

Walaupun anak anda mungkin merengek dan merayu untuk duduk di tempat duduk hadapan dengan anda, tempat duduk belakang adalah yang tempat yang paling selamat baginya.

Tips bagi perjalanan yang selamat untuk anak anda:

  1. Jika boleh, tempatkan anak anda di tengah-tengah tempat duduk belakang, di mana dia terlindung daripada kesan perlanggaran sisi. (Tapi sudah tentu, jika anda mempunyai lebih daripada seorang anak hanya seorang sahaja boleh duduk di tengah-tengah!)
  2. Jika anda mempunyai beg udara di bahagian penumpang, itu menjadikannya alasan yang lebih kukuh untuk memastikan anak anda duduk di bahagian belakang. Beg udara direka untuk mengurangkan kecederaan di kalangan orang dewasa, tetapi ia boleh menyebabkan kecederaan serius kepada kepala dan leher kanak-kanak apabila ianya mengembang. Untuk mengetahui sama ada kereta anda mempunyai beg udara, periksa label pada visor matahari atau huruf SRS / SIR pada dashboard.
  3. Jika anak anda tiada pilihan lain selain meletakkan anak anda di tempat duduk hadapan (contohnya, sekiranya tempat duduk belakang sudah penuh atau kereta anda cuma ada dua tempat duduk), semak sekiranya beg udara kereta anda mempunyai suis untuk dimatikan. Jika ya, matikannya. Jika tidak, sudah tiba masanya untuk anda pasang suis tersebut.
  4. Jika anda tidak boleh mematikan beg udara bahagian penumpang, tempatkan penumpang yang paling besar atau tinggi di hadapan, di dalam car seat yang sesuai, dan undurkan tempat duduk tersebut sejauh yang mungkin dari dashboard kenderaan.

Sayangi nyawa anak anda. 😀

Leave a Reply

CommentLuv badge