Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Anak pertama seringkali menjadi experiment dalam segala hal. Serba-serbi trial & error. Untunglah, kalau ada ibu, adik-beradik atau rakan-rakan sebagai tempat rujukan. Sekurang-kurangnya kita tidak tersasar jauh. Ada yang menegur bila kita buat silap.
Saya ada cerita saya sendiri membesarkan anak pertama saya. Saya gagal dalam penyusuan susu ibu. Terus terang saya malu sebenarnya untuk berkongsi, tapi saya rasa saya bertanggungjawab supaya ibu-ibu lain boleh belajar dari kesilapan saya, jangan ulangi perkara yang sebabkan saya gagal dalam penyusuan.
1.Kurang Ilmu. Minggu pertama kelahiran, abang menghidapi neonatal jaundice, kuning dalam bahasa pasar. Lumrah ibu kali pertama, saya sangat panik. Macam-macam usaha yang saya buat. Mandikan dengan herba cina, minum susu kambing, jemur bawah cahaya matahari, dan banyak lagi. (Ibu-ibu sila jangan tiru, ini bukan cara yang bagus) Tapi tidak ada satu yang berhasil. Kuning anak saya makin tinggi sehingga ke satu tahap kami dihantar ke hospital dengan ambulance.
Di hospital, apa yang saya faham, bayi perlu minum banyak untuk keluarkan bilirubin dari badan. Minum banyak – bilirubin keluar – kuning turun. So target saya masa ini nak pastikan abang dapat minum sebanyak yang mungkin. Siapa tak sedih weii, setiap 2-3 jam abang kena ambil darah. Saya usaha susukan abang. Tapi nurse di hospital kata, abang kurang dapat susu. Masa tu tak tau apa-apa. Saya tak tau pun kenapa kurang susu, sebab abang menyusu kerap dan saaaangat lama. So sepatutnya susu saya bertambah banyak. Little that I know that saya stress, saya kurang minum air, saya tak makan sebabkan susu saya tak keluar. Kalau lah saya ada ilmu masa tu….
2. Tiada sokongan. Balik rumah, saya cerita dengan ibu, dengan suami kenapa kuning abang lambat turun. Susu yang abang minum tak cukup. Bilirubin lambat keluar. Tau apa respon mereka? Beli susu formula untuk abang, sebab susu saya kurang. Saya menangis dalam hati. ? Abang baru berumur 7 hari masa kami buat keputusan ke kedai belikan susu formula untuk abang. ? Tapi saya tiada daya melawan. Saya risau kalau saya pilih untuk teruskan menyusu badan, saya buat keputusan yang salah. Jangan kecam saya. Saya juga nak yang terbaik untuk abang. Tapi saya tiada ilmu, saya tiada sokongan yang saya perlukan. Memang satu moment yang sangat menyentuh emosi keibuan saya. Ibu mertua dari kampung pun bagi nasihat yang sama. Kalau lah saya dapat sokongan yang saya perlukan masa tu mungkin saya akan kuat untuk teruskan dengan penyusuan susu ibu.
Di samping itu, ia berbalik juga dengan ilmu. Masa tu saya tak ada idea pun yang saya boleh boost pengeluaran susu ibu. So saya hanya redha dalam keterpaksaan memberikan abang susu formula.
3. Tiada persediaan awal. Semasa mengandung segala keperluan baju, toiletries, pampers abang semua lengkap saya sediakan. Botol susu dan susu formula saja yang tidak masuk dalam senarai. Memang dah niat sejak mengandung nak menyusukan abang. Tapi saya silap, saya tidak beli pam susu. Saya ingat penyusuan itu mudah, bayi lahir je ada susu. Bagi saya penyusuan merupakan ‘pakej’ di dalam kelahiran. Tiada pam susu diperlukan. Tak perlu bersusah payah berusaha menghasilkan susu. Oh ceteknya ilmu masa tu. Tetapi rupanya, pam susu ini memainkan peranan dalam menambah susu badan terutama sekali apabila terdapat masalah di dalam penyusuan. Dan sepatutnya semasa abang diwadkan di nicu saya sudah mula mengepam untuk boost penghasilan susu badan.
Bila masa penyusuan telah diambil alih oleh susu formula, permintaan terhadap susu badan semakin berkurangan dan di sini otak mula sedar bahawa susu badan sudah kurang diperlukan bayi dan perlahan-lahan mengurangkan susu badan mengikut “permintaan” bayi.
Banyak lagi faktor lain yang menjadi punca kenapa saya gagal dalam penyusuan. Tapi senarai di atas adalah faktor utama dan penyumbang yang terbesar. Dan Alhamdulillah daripada kegagalan ini banyak yang saya belajar mengenai penyusuan. I learned the hard way though. Saya berharap rakan-rakan ibu yang lain tidak mengulangi kesilapan saya ini. Sekiranya perlukan sokongan di dalam penyusuan, saya sedia untuk meminjamkan bahu untuk anda kerana saya faham bagaimana perasaannya menjadi alien di antara orang-orang yang anda harapkan.
terima kasih udah di share like it
artikel sangat membantu
like it