Tekanan Darah Tinggi Pembunuh Senyap Rakyat Malaysia

Darah Tinggi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Darah tinggi atau hipertensi merupakan pembunuh paling kejam abad ini. Bagaimana tidak, walaupun seringkali tidak menunjukkan gejala atau simtom, ianya boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang boleh MEMBUNUH seperti sakit jantungstrok dan buah pinggang.

Kategori Tekanan Darah

Tekanan darah dikatakan normal bila angka berada di sekitar 120/80mmHg dan dikategorikan sebagai tekanan darah tinggi apabila mencapai 140/90mmHg. Jika tekanan darah seseorang berada di antara 120-140 untuk sistolik dan 80-90 untuk diastolik, maka ianya disebut sebagai pre-hipertensi. Ini bukan hanya sekadar angka, kerana tekanan darah tinggi BOLEH MEMBUNUH anda tanpa sebarang tanda atau amaran.

Statistik Penghidap Tekanan Darah Tinggi

Di Malaysia, tekanan darah tinggi merupakan masalah umum di mana-mana, menurut Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Datuk Dr. Azhari Rosman, 30 Peratus penduduk Malaysia menderita hipertension iaitu bersamaan dengan 1 daripada 3 rakyat Malaysia berusia 30 tahun ke atas menghidapinya.

Bayangkan cuma 6 daripada 100 orang dapat mengawal tekanan darah mereka. Bagaimana pula dengan nasib 64 orang yang lain??
Dan yang lebih membimbangkan lagi, hanya 1 daripada 5 orang, bersamaan dengan 23% rakyat Malaysia yang menghidap tekanan darah tinggi sedang mengambil ubat.

Persatuan Hipertensi Antarabangsa meramalkan bahawa sehingga 42 peratus daripada penduduk dunia atau hampir 1 daripada 2 orang dewasa akan menghidap penyakit hipertensi menjelang tahun 2020. Fakta yang sungguh menakutkan!!
Masyarakat perubatan dan orang ramai mesti mengubah sikap mereka terhadap bahaya masalah ini dan menyedari keperluan merawat hipertensi secara agresif di peringkat awal.

Risiko Tekanan Darah Tinggi Pada Anda

Menurut Dr Muhammad Yamin, Sp.Jp (K), FACC, FSCAI, ahli kardiovaskular dari Eka Hospital, hipertensi merupakan salah satu faktor terjadinya jantung koroner. Pesakit yang hipertensinya tidak terkawal akan mengalami penebalan (hipertropi) otot jantung kiri. Jika ini berlaku dalam jangka waktu yang lama, akan membuat jantung tertekan sehingga kekuatannya menurun. Jika dibiarkan tanpa rawatan, ianya dapat menyebabkan serangan jantung bahkan boleh mengundang kematian!!

Kerana fatalnya akibat dari hipertensi, pesakit seharusnya mengawal tekanan darahnya. Selain boleh menyebabkan penyakit jantung, hipertensi yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan aorta koyak mendadakpendarahan di otak, atau pecah pembuluh darah di retina mata.

 

Kawal Tekanan Darah Anda Sekarang

Orang yang mengalami hipertensi seringkali tidak menunjukkan gejala. Keadaannya cuma diketahui ketika serangan komplikasi datang dan mungkin ketika itu, ianya sudah terlambat. Oleh kerana itulah hipertensi digelar sebagai ‘the silent killer’ atau pembunuh senyap.
Ambil langkah bijak, berusahalah untuk kawal tekanan darah anda sekarang. PERINGATAN, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin sudah terlalu lambat. 
Set Kawal Tekanan Darah Shaklee mampu membantu mengawal kolesterol dan tekanan darah anda. Harganya jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan harga nyawa anda yang tiada gantinya.
Set Kawal Tekanan Darah
Mari kita lihat bagaimana Set Kawal Darah Tinggi membantu di dalam mengawal tekanan darah anda.

Omega Guard Shaklee

Melindungi Jantung Anda
Omega Guard Shaklee membekalkan 330mg asid lemak omega-3 yang yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan risiko untuk pembekuan darah. Dan pada orang yang telah menghidap serangan jantung, Omega Guard Shaklee membantu mengurangkan risiko kematian mengejut. Nauzubillah..
 
Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.

Garlic Shaklee

Garlic telah terbukti menyebabkan pengurangan ketara dalam tekanan darah sistolik, dengan pengurangan yang lebih kecil sedikit dalam tekanan darah diastolik, setanding dengan pesakit yang diberikan placebo, dalam darah tinggi ringan atau sederhana. Laporan ini telah disahkan apabila terdapat perubahan gaya hidup yang lain seperti kehilangan berat badan, pengambilan garam dikurangkan, pengurangan stres dan lain-lain; bersama-sama dengan mengambil Garlic sebagai suplemen tambahan.
Garlic mengurangkan tekanan darah tinggi melalui bahan biologi aktif yang dipanggil allicin dan garlic sulphides atau s-methyl-1-cysteine sulfoxide.

Yang jelas, allicin bukan sahaja melegakan saluran darah, yang membantu mengurangkan tekanan darah dan kerosakan, tetapi ia juga mengganggu fungsi angiotensin I yang merupakan enzim yang dihasilkan oleh buah pinggang yang bertanggungjawab untuk melancarkan pengecutan otot dan peningkatan tekanan darah.

Vitamin E Complex Shaklee

Artikel “Jurnal Antarabangsa Vitamin dan Pemakanan Penyelidikan” mencatatkan bahawa dengan menambah 200 IU Vitamin E, Vita E Complex Shaklee membekalkan 322.88mg bersamaan dengan 400IU Vitamin E, boleh membantu tekanan darah yang lebih rendah dan kadar jantung perlahan. Kajian ini disokong melalui kajian terhadap pesakit dengan hipertensi ringan yang diberi bekalan Vitamin E selama 27 minggu. Penurunan dilihat dalam tekanan darah sistolik dan diastolik dan kadar jantung. Vitamin E boleh memberi kesan terhadap pengeluaran nitrik oksida, yang menggalakkan vasodilation melalui kelonggaran otot, mengurangkan tekanan ke atas arteri pada urat. Penyelidik mencadangkan pengambilan tambahan Vitamin E dalam jangka masa panjang untuk memperbaiki tekanan darah di kalangan pesakit hipertensi.

1 Comment

Leave a Reply

CommentLuv badge