Jom Hebat Mega 2014: Seminar Keusahawanan Atau Hari Keluarga?

Jom Hebat Mega 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Alhamdulillah, pada 15 Mac 2014, satu acara gilang gemilang anjuran group Shaklee rangkaian kami, iReach, dahulu dikenali sebagai Lady & Boss, telah diadakan di Institut Sosial Malaysia, Kuala Lumpur. Jom Hebat Mega 2014, adalah acara kemuncak selepas beberapa siri Jom Hebat diadakan di seluruh negara. 

 

Bermula dengan Jom Hebat di Sg Petani yang diadakan pada 28 September 2013, Jom Hebat KL pada 9 November 2013, Jom Hebat KK pada 22 Disember 2013, kemudian acara kemuncak Jom Hebat Mega 2014!!!

Jom Hebat Mega 2014

Diadakan pada bulan Mac 2014, sesuai dengan permulaan Cycle 2014/2015 Shaklee bagi menyuntik semangat-semangat baru kepada semua ahli-ahli. Namun ianya tidak berakhir di situ saja, masih ada lagi Jom Hebat Pantai Timur 5 April 2014, dan banyak lagi acara hebat bakal diadakan.

 

Saksikan sedikit sneak preview mengenai acara Jom Hebat 2014, untuk mendapat feel, sebelum saya pergi lebih jauh.

 

 

 Aktiviti Menarik Sepanjang Jom Hebat Mega 2014

 

Sesi Perkongsian Mak Bintang

 

 

 

Banyak acara-acara menarik sepanjang perjalanan majlis Jom Hebat Mega 2014. Antaranya, adalah sesi perkongsian hebat daripada Mak Bintang iR Nad Zaim. Sharing yang sangat terkesan di hati. Bekerja sepenuh masa sebagai seorang guru fizik dan sains, tetapi mampu cemerlang di dalam kedua-dua bidang, pekerjaan hakiki dan Shaklee. Beliau mengambil keputusan menceburi Shaklee kerana yakin dengan Shaklee beliau bebas membuat pilihan di dalam hidup. Sebagai contoh samada ingin naik MAS atau Air Asia? Bukan terpaksa naik Air Asia sebab tambang murah, tskkk ada sedikit terasa di situ. T___T Dan dia mahu membuat ibu dan ayahnya gembira sebagai membalas jasa ibu ayah yang tak ternilai.

 

Beliau menyentuh mengenai FOKUS. Bagaimana untuk kita benar-benar FOKUS di dalam perniagaan Shaklee selepas kita mendaftar sebagai pengedar Shaklee. Tanpa FOKUS umpama membawa kereta tanpa hala tujuan.

forum kain pelekat

 

 

Sesi kedua pula adalah Forum Kain Pelikat. Hahaha.. Jangan ingat ini Maharaja Lawak pula, ada sesi pakai kain pelikat.. Sesi yang terdiri dari 3 ahli panel, 2 suami dan 1 isteri ini adalah sesi luahan perasaan kaum-kaum suami selepas si isteri secara serius terlibat dalam perniagaan Shaklee.

 

Yang paling menarik adalah perkongsian pengalaman suami yang pada mulanya tidak menyokong isteri terlibat di dalam Shaklee. Namun akhirnya si suami inilah yang menjadi nadi utama, penyokong terhebat untuk si isteri. Malahan kini si suami menjadi peneraju utama dalam perniagaan Shaklee mereka. Yang lebih MENGKAGUMKAN lagi, apabila mereka telahpun bersara pada umur awal 30an. Mereka juga telah mencapai impian besar mereka iaitu mengelilingi DUNIA tanpa had. Mereka inilah yang menjadi idola saya selama ini. IMPIAN saya adalah untuk mejadi seperti mereka, walaupun umur sudah tersasar jauh daripada awal 30an. Opssss!!

 

 

 

 

Acara yang paling ditunggu-tunggu kemudian tiba, acara kemuncak sesi motivasi bersama Tuan Amin Idris. Sesi berapi-api ini benar-benar telah meningkatkan semangat motivasi semua peserta yang hadir. Beliau menekankan betapa pentingnya MATLAMAT sekiranya kita benar-benar ingin berjaya dalam apa juga perkara. Matlamat perlu ditetapkan dengan JELAS. Lagi BESAR matlamat kita, maka lagi besar USAHA kita.
Matlamat Jelas

Tapi apa yang paling mencuit hati saya mengenai Jom Hebat Mega 2014 ini, bak kata Tuan Amin Idris, Jom Hebat Mega 2014 sudah jadi seperti Hari Keluarga!! Apa tidaknya, di sana sini kelihatan kanak-kanak berlari-larian, memanjat pentas, baring di lantai, ibu bapa berbaby-wearing, dan disediakan juga sudut khas untuk kanak-kanak. DAN ini juga adalah SEBAB PALING UTAMA saya memilih Shaklee. Saya tidak perlu mengorbankan kebahagian anak saya untuk berjaya di dalam Shaklee. =)

shaklee family friendly
Jom Hebat ke ni? Sungguh saya tak percaya!! Tahniah kepada ibu bapa hebat yang telah memilih Shaklee tanpa mengorbankan kebahagiaan anak-anak. =)
shaklee family friendly
Anak siapalah ni? Hahaha.. Salute kepada Tuan Amin, sedikit pun tidak terganggu dengan karenah kanak-kanak milo ni. =)
shaklee family friendly
Piknik ke pokcik?

anak anak shaklee

Saya baru perasan rupa-rupanya ada yang berpasangan menari di atas pentas. T__T

shaklee family friendly

Kecewa agaknya si kecik tak dapat join Forum Kain Pelikat. =)

 

Satu perkataan yang saya boleh katakan untuk Jom Hebat Mega 2014 ini, AWESOME!!! Tahniah kepada semua AJK Penganjur yang bersusah payah menganjurkan majlis ini. Anda memang terbaik!! Master Lyna Noh & Master ZainulDan saya ingin ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Master Lyna & Master Zainul kerana menjadikan perniagaan Shaklee begitu mudah untuk kami semua. Semoga tidak pernah serik untuk menjadi sumber inspirasi, pembakar semangat buat kami, anak-anak ayam yang masih memerlukan ibunya. *ngeee.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seringkali kita dengar, untuk berjaya dalam MLM, anda perlu berada dalam rangkaian yang betul kerana selain daripada diri sendiri, group yang benar-benar memberi sokongan kepada anda adalah salah satu rahsia untuk berjaya di dalam perniagaan MLM. Dan perkara yang paling saya syukuri saat ini, selain daripada berdaftar menjadi pengedar bebas Shaklee, adalah berdaftar dengan group Shaklee yang betul. =) =) =)

 

Siapa kita hari ini adalah pilihan yang kita buat dulu, dan siapa kita pada masa akan datang adalah kerana pilihan yang kita buat sekarang – Amin Idris

Psssssttt, jangan berlengah-lengah untuk membuat pilihan. Jadilah ahli Shaklee bersama rangkaian kami. =)

1 Comment

  1. […] aktivi paling popular ialah program Jom Hebat. Antara lokasi yang suda kami jelajahi 12-bulan lepas ialah Kuala Lumpur, Selangor, Ipoh, Sg […]

Leave a Reply

CommentLuv badge