Jangan Pandang Ringan Kesan Rokok Kepada Wanita Mengandung

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Seringkali wanita mengandung dinasihatkan agar tidak merokok kerana boleh membahayakan kandungan. Tapi sebenarnya kesedaran ini TIDAK sepatutnya ditujukan kepada wanita mengandung saja. Suami, saudara-mara, rakan-rakan juga perlu memainkan peranan. Mereka perlu diberi kesedaran bahaya rokok dan segala-galanya yang berkaitan dengan rokok kepada wanita mengandung.

IMG_0364.JPGKajian megatakan, tidak merokok semata-mata adalah tidak cukup untuk kesihatan ibu dan bayi. Perokok kedua (second hand smoker) boleh memudaratkan kesihatan ibu dan bayi lebih teruk dari perokok itu sendiri.

Kesan Merokok Kepada Ibu Mengandung
Melihat asap sahaja pun sudah boleh buat sesak nafas..

Wanita mengandung sentiasa terdedah kepada asap rokok setiap hari. Perkara ini adalah sangat sukar untuk dielakkan. Bayangkan di bangunan-bangunan samada shopping complex mahupun pejabat, dapat dilihat ramai berlegar-legar di perkarangan bangunan menghembus-hembuskan asap rokok, bau rokok boleh dihidu disetiap ceruk tangga-tangga kecemasan, di restoran, pengunjung menghembuskan kepulan-kepulan asap rokok tanpa rasa prihatin terhadap pengunjung sekeliling, sehingga bau-bau tersebut melekat pada baju dan badan kita. Dan yang paling malang sekali, kalau pasangan kita atau terdapat ahli keluarga sendiri yang merokok. Memang tekanan sungguh apabila memikirkan terpaksa menanggung risiko terhadap sesuatu perkara yang dilakukan oleh orang lain. Nak nasihat, memang tak makan nasihat perokok-perokok tegar ni. Huh!!

Maaf Kami Tidak Melarang Anda Merokok Di Ruangan Ini Tapi Mohon Asapnya Ditelan
Kalau betul merokok itu macho, cubalah telan asap rokok tu

 

Perokok Kedua (Second Hand Smoker) Dan Kesannya Kepada Wanita Mengandung

Perokok kedua dikategorikan sebagai mereka yang menyedut produk yang dibebaskan ke persekitaran apabila si perokok menghembuskan asap rokok. Ia juga boleh datang dari produk yang berasaskan tembakau, tidak kira la rokok kirai atau apa jua. Asap yang membakar dari hujung rokok sebenarnya mengandungi bahan-bahan yang lebih berbahaya (tar, karbon monoksida, nikotin, dan lain-lain) daripada asap yang disedut oleh perokok. Perokok kedua terdedah kepada lebih 4000 bahan kimia yang datang dari hembusan asap si perokok yang mana kebanyakannya dikaitkan dengan kanser. 

Asap rokok boleh membahayakan dalam pelbagai cara. Angka statistik yang menakutkan di Amerika Syarikat sahaja mendapati setiap tahun;

  • Dianggarkan 42,000 kematian akibat penyakit jantung pada orang-orang yang tidak merokok
  • Kira-kira 7,000 kematian akibat kanser paru-paru di kalangan orang dewasa yang tidak merokok
  • 1 juta kanak-kanak mengalami asma yang kronik dan masalah berkaitan asma
  • Antara 150,000 dan 300,000 jangkitan paru-paru dan bronkus pada kanak-kanak di bawah 18 bulan, dengan 7,500 hingga 15,000 diwadkan setiap tahun
  • Kanak-kanak lebih cenderung untuk dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU) apabila menghidap selesema. Mereka tinggal di hospital lebih lama, dan mereka mungkin memerlukan tiub pernafasan berbanding kanak-kanak yang tidak terdedah kepada asap rokok

Jika anda terdedah sebagai perokok kedua, anda dan bayi anda adalah berisiko tinggi. Sedih bukan nasib si perokok kedua, umpama menanggung dosa yang dilakukan oleh orang lain. T___T

Kesan Rokok Kepada Wanita Mengandung
270 SIDS disebabkan oleh rokok

Antara komplikasi kesihatan yang dikaitkan dengan perokok kedua adalah keguguran, bayi tidak cukup berat, kelahiran pramatang, perlahan dalam pembelajaran dan perkembangan sikap dan juga Sudden Infant Death Syndrome (SIDS). SIDS adalah di mana bayi mati secara mengejut ketika tidur. Keadaan ini selalunya menjadi misteri kerana autopsi dan pemeriksaan medikal tidak dapat mengenal pasti punca kematian, dan bayi kelihatan sihat sebelum mati.

Bagi mengurangkan risiko ini, adalah lebih baik untuk mengelakkan rokok, asap rokok dan segala yang berkaitan dengan rokok.

Perokok Ketiga (Third Hand Smoker)

Wanita mengandung boleh terdedah menjadi perokok ketiga tanpa disedari. Perokok ketiga adalah sisa atau kesan yang ditinggalkan oleh rokok pada perabot, permaidani, dalam cat, dll. Ianya boleh melekat di persekitaran anda untuk beberapa bulan atau tahun!! Ya Allah, sungguh menakutkan, bayangkan anda terpaksa menjadi perokok ketiga selama beberapa tahun!!  Jika tempat yang berbau seperti asap, walaupun tiada siapa yang sedang merokok, dijamin terdapat sisa tembakau di sana.

Kesan Rokok Kepada Ibu Mengandung
Apa pilihan mereka ada?

Toksin boleh memasuki aliran darah anda sama ada menyentuh sesuatu yang mengandungi sisa atau bernafas dalam persekitaran yang terdapat sisa rokok tersebut. Apabila toksin masuk ke saluran darah anda, ia kemudiannya akan dikongsikan dengan bayi yang dalam kandungan anda. Bayangkan bayi yang mempunyai sistem badan yang masih lemah lagi terpaksa menyedut racun-racun rokok tersebut!!

Satu kajian yang dilakukan di Los Angeles Institut Penyelidikan menentukan bahawa perokok ketiga boleh menjejaskan perkembangan paru-paru bayi anda. Hal ini boleh menyebabkan masalah pernafasan di kemudian hari.

Jika anda dan pasangan anda sedang cuba untuk hamil, sedang hamil, atau baru mendapat cahaya mata, adalah terbaik bagi para suami untuk kurangkan risiko isteri dan anak terdedah kepada perokok ketiga. Suami anda perlu berhenti merokok sepenuhnya!! 

Pastikan pasangan anda merokok di luar rumah dan JANGAN masuk ke rumah memakai pakaian yang dipakai semasa merokok. Sebagai contoh, galakkan pasangan anda memakai pakaian luaran i.e. jaket semasa merokok dan tanggalkannya apabila masuk ke dalam rumah. Satu perkara lagi, pastikan suami anda atau sesiapa sahaja membersihkan tangan sebelum menyentuh bayi selepas terdedah kepada rokok. Ramai yang pandang ringan tentang perkara ini, tetapi ketahuilah “perkara ringan” inilah yang akan mengubah kehidupan keluarga anda!

Kesan Rokok Kepada Bayi
Nasib seorang bayi yang menjadi mangsa perokok ketiga

Sangat penting untuk memastikan bayi anda kurang atau langsung tidak terdedah kepada asap rokok. Bayi yang terdedah kepada asap rokok meningiatkan risiko terjadinya SIDS. Memburukkan lagi keadaan, bayi anda akan mengalami kesan negatif terhadap sistem imunisasi badannya.

Bayi anda lebih cenderung untuk mendapat jangkitan telinga, selsema, penyakit pernafasan, dan gigi masalah. Perokok ketiga mungkin sama bahaya dengan perokok kedua untuk bayi anda, jadi ia adalah penting untuk memastikan anak anda jauh dari kawasan yang mengandungi sisa rokok.

Bagaimana para suami, rakan-rakan, saudara-mara? Nampak tak kepentingan untuk berhenti merokok demi untuk isteri dan anak tersayang? Buat keputusan sekarang, jangan sampai jadi penyesalan di kemudian hari. Tak susah berhenti merokok kalau tahu caranya. Tambahan lagi bulan puasa yang menjelang, bulan yang paling mudah untuk berhenti merokok. Kalau masih bingung bagaimana untuk berhenti merokok, baca sini cara untuk berhenti merokok dalam 30 hari atau boleh lihat video di bawah bagaimana perokok tegar ini boleh berhenti merokok dalam 30 hari!!

Berikan yang terbaik untuk keluarga tersayang.. 

Leave a Reply

CommentLuv badge