Jangan Bagi Peluang Pada Pengedar Shaklee

Jangan Beri Peluang Pengedar Shaklee

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sekarang ini, rasa sangat teruja setiap kali ada keperluan untuk membeli barangan dapur. Tiada lain yang dituju, haruslah terjah Giant Supermarket. Mujurlah Giant Supermarket tidak jauh dari kawasan rumah, bolehlah membeli-belah tanpa rasa bersalah kerana perabihkan minyak kereta En. Suami. ;p Kepada siapa yang tak tau, sekarang sedang berlangsung promosi Redemption  of Schulte-Ufer Kithcen Knives (berbelit-belit lidah menyebutnya) dari 6 Mar 2014 – 9 July 2014.

Giant Redemption
Sudah hampir layak untuk menebus pisau berkualiti tinggi. Woot.. Woot.. Ada sesiapa nak dermakan stamp dia? =)

 

Setiap kali pergi membeli-belah, hatta beli satu pack susu anak sekalipun, mesti berkira-kira untuk mencukupkan RM30 supaya layak untuk mendapat 1 Bonus Stamp. Alangkah ruginya kalau tak dapat stamp, sebab next pembelian kena pastikan cukup RM30 untuk layak 1 stamp. So total pembelian yang lepas, yang tak layak stamp dan pembelian yang baru, yang layak stamp sudah tentu melebihi RM30, tapi yang dapatnya cuma 1 stamp sahaja!! OH RUGI!! Rugi yang amat.. Kalau dapat kumpul 50 stamps, dah boleh beli pisau yang bernilai RM150 pada harga RM6.90!! Jadi kenapa harus dibazirkan peluang yang ada, cuba kaut semuanya, barang dapur kita dapat, pisau high class pun kita dapat.. =) 

German Branded High Quality knives
Kelas ahkak kalau ada set pisau ini, walaupun kepakaran memasak masih belum mencapai standard MasterChef. ;p

 

Memang amazing kan sifat manusia ni? Lumrahnya memang suka sesuatu pada harga DISKAUN, atau lebih baik diperolehi PERCUMA, walaupun ada usaha yang perlu dicurahkan bagi mendapatkannya. Pisau di atas sebenarnya boleh sahaja diperolehi serta-merta tanpa perlu menunggu EMPAT (4) bulan, sekiranya sanggup melaburkan sedikit wang. Tapi sudah namanya pengguna bijak, pergunakanlah semua peluang-peluang yang terbentang di hadapan mata.

Sama juga perihalnya dengan keahlian Shaklee. =) Kalau anda pengguna Shaklee yang tegar, sudah alang-alang menggunakan Shaklee, jadilah pengguna Shaklee yang bijak, yang tau merebut semua peluang yang telah disediakan oleh Shaklee. Jangan bagi peluang kepada pengedar-pengedar Shaklee untuk mengaut keuntungan runcit dari anda.

Mari kita lihat apakah keuntungan pengedar Shaklee yang sepatutnya menjadi milik anda sekiranya anda berdaftar menjadi ahli Shaklee.

3 Kelebihan Utama Jadi Ahli / Pengedar Shaklee

1. Jadi Ahli Shaklee untuk Pembelian dengan Harga Ahli.

Jika anda membeli mana-mana produk Shaklee hari ini, anda tidak layak mendapatkan harga ahli yang 20% lebih jimat daripada harga runcit. Hanya dengan jadi ahli Shaklee saja anda boleh jimat 20%, mudah bukan? Jika purata pembelian produk Shaklee oleh setiap pengguna sekitar RM1,000 setahun, anda sudah jimat RM200! Anda tidak perlu lagi pening kepala berkira-kira untuk membeli mana-mana vitamin terbaik Shaklee sama ada untuk diri sendiri mahupun orang tersayang seperti suami, mak, ayah & anak-anak.

2. Jadi Ahli Shaklee kerana Keahlian Seumur Hidup.

Kad AEON MEMBER, atau lebih dikenali sebagai kad ahli Jusco, pun mengenakan yuran tahunan sebanyak RM12 jika ingin kekal sebagai ahli. Itupun, bukan dapat diskaun produk Jusco sangat pun, cuma setakat 3-5% atau kumpul mata ganjaran yang 95% daripada kita tidak pernah tebus sampai keahlian tamat. Langsung berbeza dengan keahlian Shaklee, bukan sekadar jimat 20% tetapi juga tiada sebarang yuran tahunan sama sekali seumur hidup! Bayangkan jika umur anda 30 tahun dan purata jangka hayat kita sekitar 70 tahun, anda tidak perlu bayar satu sen sekalipun sepanjang 40 tahun jadi ahli Shaklee. Kalau diambil kira RM12 yuran tahunan Jusco sebagai kayu pengukur, anda dah jimat RM480!

3. Jadi Ahli Shaklee untuk Loyal Cash Rebate.

Dah la anda dapat membeli dengan harga ahli yang jimat hingga 20%, Shaklee juga membayar anda bonus sehingga 21%. Secara kasarnya, jimat hingga 41%! Apa lagi yang lebih menarik daripada membeli produk yang kita cintai untuk diberikan bonus kemudiannya, kan? Lebih menarik, Shaklee tidak pernah gagal atau lewat dalam membayar bonus setiap ahli-ahlinya sejak 1995 ditubuhkan di Malaysia. Justeru, anda tidak perlu risau “bila la nak masuk bonus Shaklee nie…”.

Ada 1001 lagi faedah lain yang bakal anda perolehi selepas jadi ahli Shaklee sekarang. Antaranya ialah faedah bonus kereta setiap bulan dan Umrah atau percutian luar negara untuk seisi keluarga setiap tahun; di samping ganjaran tunai setiap kali dinaikkan ke mana-mana Rank atau Pangkat Shaklee. 

Bayangkan berapa banyak kerugian anda, dan keuntungan yang telah anda berikan kepada pengedar-pengedar Shaklee sekiranya anda tidak mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang! Tapi sebelum teruja tidak tentu pasal sampai nak daftar dengan kawan sebelah, adik beradik atau sanak-saudara, suka saya ingatkan bahawa kebolehan mendapatkan mana-mana 1001 ganjaran di atas banyak bergantung kepada dengan siapa anda daftar ahli Shaklee.

Kelebihan Jadi Ahli Shaklee Bersama Kami

Kumpulan kami bernaung di bawah kumpulan Jutawan & Euphoria (majoriti jualan Shaklee di Malaysia berasal daripada kumpulan gergasi ini), iReach dan Pollux. Kumpulan yang dipelopori oleh 4 master hebat, iaitu Master Norita, Master Cery Mamafaiz, Master Lyna Noh & Master Zainul dan Master Aya Chalo.

1. Kumpulan Sokongan Paling Eksklusif

Ahli-ahli kumpulan kami terdiri daripada golongan profesional yang pakar dalam bidang pemakanan seperti pakar nutrisi, ahli farmasi, doktor perubatan & pegawai kementerian. Kepakaran yang begitu menyeluruh membolehkan setiap ahli-ahlinya dilengkapi dengan ilmu konsultansi terbaik kepada semua pelanggan-pelanggan mereka. Justeru, anda tidak perlu runsing ditinggalkan pengedar atau penaja; seperti yang anda pernah alami sebelum ini, hanya kerena membeli menerusi talian/online. Kami sangat mementingkan khidmat lepas jualan.

Jika anda ingin sama-sama mengerjakan perniagaan Shaklee, kami juga menyediakan wadah terbaik untuk anda. Bukan setakat motivasi yang sungguh menginspirasikan, ia juga dilengkapi dengan pelbagai ilmu pemasaran terkini, teknik bimbingan serta skill kepimpinan yang berasaskan pembinaan jatidiri dan karekter; bergantung kepada tahap penerimaan serta pencapaian anda pada masa itu. Kalau orang lain menghabiskan ribuan ringgit untuk ilmu & skill sebegini, anda boleh dapatkannya tanpa sebarang bayaran!

Kami begitu pasti anda takkan pernah dengar tips-tips yang dikongsikan dalam group rahsia ini dalam mana-mana buku yang anda pernah baca selama ini kerana ia adalah 100% hasil ujikaji, pemerhatian & pengalaman peribadi. Lebih mengujakan, anda boleh menikmati bermacam-macam ilmu dalam pelbagai pendekatan. Antaranya dalam bentuk eBook, seminar atas talian (seminar secara online saja tanpa perlu keluar rumah), video-video praktikal dan macam-macam lagi. Ia begitu pelbagai hingga anda takkan pernah rasa bosan sama sekali!

2. Bergaul Dengan Personaliti Terkenal

Antara aktivi paling popular ialah program Jom Hebat. Antara lokasi yang suda kami jelajahi 12-bulan lepas ialah Kuala Lumpur, Selangor, Ipoh, Sg Petani, Pulau Pinang, Kuantan, Kota Bahru, Kertih, Kuching, Kota Kinabalu, Kuala Pilah,basically seluruh Negara! Sebenarnya, kami baru saja selesai mengadakan Jom Hebat MEGA di Sg Besi baru-baru ini. Saksikan sedutan video program tersebut;

Kumpulan kami, iReach, merupakan satu-satunya kumpulan Shaklee yang menampilkan motivator terkenal seperti En Amin Idris dalam program Jom Hebat setakat ini.

3. Ganjaran Yang Sangat Memberangsangkan

Pelbagai ganjaran menanti anda sebaik saja anda bersama kami.

Paling manis ialah anda dapat mengenali manusia-manusia hebat dalam kumpulan kami. Ukhuwwah yang terjalin sangat kukuh hingga membuatkan ia sangat rapat seperti adik-beradik; bukan sekadar “business partner”.

Ini baru sebahagian daripada faedah sebenar yang bakal anda kecapi. Rujuk blog rasmi iReach untuk maklumat lebih lanjut.

Leave a Reply

CommentLuv badge