Gaji Minimum Pembantu Rumah RM700 Tidak Munasabah!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Penat!! Setiap kali mencari pembantu rumah, gaji yang diminta bukan alang-alang.. RM700-RM800.. Bila dibandingkan kerja sebagai pembantu rumah dengan kerja di kedai, gaji pembantu rumah jauh lebih tinggi sebenarnya.

Penjimatan sekiranya bekerja di rumah

  • Makan /minum (RM5 x 20hari) – RM100*
  • Barang keperluan rumah (ubat gigi/syampu/sabun etc) – RM50
  • Sewa rumah / bilik – RM100
  • Bil Elektrik / Air – RM50
  • Tambang bas (RM4 x 20hari) – RM80*

Jumlah = RM380

*pengiraan adalah berdasarkan perbelanjaan sekiranya bekerja di kedai 20 hari sebulan

Ini cuma kiraan kasar yang paling minimum, belum mengambil kira GST, kenaikan bil utiliti, harga makanan dsb. Ada pernah korang dapat perbelanjaan sebulan cuma RM380??

Nampak kan?? Jadi patut ke pembantu rumah dibayar RM700-RM800??

 

Dislike
Marah Nampak..

 

Saya adalah antara majikan yang pernah menggaji pembantu rumah Indonesia sejak tahun 2008. Mengikut pemerhatian saya, pada tahun 2004, gaji minimum pembantu rumah adalah sekitar RM350 dan ianya meningkat kepada RM450 pada tahun 2006. Ianya kemudian meningkat kepada RM500 pada tahun 2009 dan seterusnya melonjak ke angka minima RM600 pada tahun 2011.

Pada 2012, mereka inginkan pula gaji minima pembantu rumah bermula pada angka RM700. Sesuatu yang tidak munasabah apabila menggajikan pembantu rumah yang hanya berkelulusan SD (sekolah dasar atau di Malaysia dikenali sebagai sekolah rendah) atau mungkin tidak pernah ke sekolah langsung. Ada yang pernah ke Malaysia sebagai pembantu rumah tetapi tidak tahu membaca!!

Kenaikan permintaan gaji minimum pembantu rumah ini sebenarnya sudah mula berleluasa sejak terdapat pengumuman tentang perlaksanaan gaji minimum pembantu rumah oleh kerajaan pada 15hb Mac 2012.

THIS IS EVEN WORSE!! Gaji RM700 pada satu tugas khusus!! Bayangkan untuk menjaga anak dengan mengemas rumah, saya perlukan 2 pembantu rumah dengan gaji RM1,400??

 

Gaji Minimum Pembantu Rumah
Tidak tercapai akal.. Saya perlukan 4 pembantu rumah???

Pembantu rumah Indonesia jalankan tugas khusus, gaji minimum RM700

JAKARTA: Indonesia hari ini mula melatih pembantu rumah untuk dikirim ke Malaysia yang mana mereka hanya akan melakukan satu tugas yang khusus dengan gaji minimum RM700.

Jika seorang pembantu rumah itu diambil untuk menjadi tukang masak, ia akan hanya menjalankan tugas memasak dan tugas berkaitan sebagai tukang masak. 

Oleh itu, mereka tidak akan menjalankan tugas lain seperti mengasuh bayi dan sebagainya. 

Inilah antara hasil yang dicapai pada pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia mengenai pengambilan, penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indnonesia serta majikan Malaysia di sini, hari ini.

Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman, berkata JTF hari ini mencapai kesepakatan terhadap empat jawatan khusus untuk pembantu rumah Indonesia iaitu tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua dan pengemas rumah.

Dengan kesepakatan ini, kata beliau 106 pembantu rumah Indonesia mula dilatih selama 200 jam atau 21 hari mulai hari ini dengan kemahiran khusus masing-masing.

Dalam erti kata lain, majikan yang memerlukan pembantu rumah Indonesia untuk menjalankan kesemua empat tugas itu, harus mengambil empat pembantu rumah yang khusus terlatih dalam kemahiran masing-masing. 
Dr Reyna berkata, kesepakatan dalam soal jawatan khusus itu diharap dapat mengelakkan masalah seperti yang berlaku di masa lalu.

Katanya, pada masa ini 12 daripada 176 agensi pekerjaan Indonesia bersedia melatih pembantu rumah berkenaan manakala di Malaysia lima daripada 221 agensi pekerjaan pula bersedia untuk menguruskan penempatan mereka dengan majikan di Malaysia.

“Pada masa ini sebahagian besar daripada calon pembantu rumah berkenaan sedang dilatih di Surabaya, Jawa Timur dan di Bekasi, Jawa Barat,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat itu di Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia di sini.

Beliau berkata, selepas pengiriman kumpulan pertama 106 pembantu rumah itu, ribuan lagi dapat dikirim ke Malaysia, dengan anggaran antara 4,000 hingga 5,000 orang sebulan.

Setakat ini belum ada seorangpun pembantu rumah Indonesia dikirim secara rasmi ke Malaysia sejak Indonesia menarik balik moratorium pengiriman pembantu rumahnya ke Malaysia pada 1 Disember tahun lalu.

Pembekuan sementara itu ditarik balik berikutan kesepakatan yang dicapai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pada pertemuan di Lombok, Nusa Tenggara Barat pada Oktober dan di Bali pada November tahun lalu.

Indonesia melaksanakan pembekuan sementara itu pada 26 Jun 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu rumah Indonesia oleh majikan Malaysia.

Pada 30 Mei tahun lalu, kedua-dua negara menandatangani protokol bagi meminda MoU Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia 2006, dengan memperkemaskan peruntukan, terutamanya berkaitan perlindungan dan kesejahteraan untuk pekerja dan majikan.

Antara persetujuan yang dicapai, kos pengambilan pembantu rumah ditetapkan pada RM4,511 dan majikan hanya boleh mengambil balik RM1,800 yang dibayar terlebih dahulu bagi pihak pekerja mereka kepada agensi pekerjaan.

Selain itu pembantu rumah akan diberi satu hari cuti setiap minggu dan mereka dibenarkan memegang pasport sendiri. – BERNAMA

 

Petikan ini sebenarnya telah dimanipulasikan oleh pembantu-pembantu rumah sedia ada di Malaysia. Kebanyakan pembantu rumah yang demand gaji minimum ini sebenarnya masih tidak memenuhi kelayakan yang ditetapkan. Pembantu rumah tersebut perlu menghadiri latihan selama 200 jam atau 21 hari. Dan yang sebenarnya, masih belum ada pembantu rumah Indonesia dikirim secara rasmi ke Malaysia (setakat berita ini dikeluarkan).

Saya tertarik petikan yang diterbitkan di akhbar antaranya jika mereka inginkan gaji minima tersebut, maka pembantu rumah mestilah mempunyai kelayakan dan kemahiran seperti berikut :

  • Tahap pendidikan setaraf Sijil Pelajaran Malaysia.
  • Mesti mempunyai Sijil Kelayakan Pembantu Rumah dan mestilah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Ini kerana ramai yang tidak tahu melakukan kerja rumah termasuk tiada pengetahuan menggunakan peralatan elektrik.
  • Perlu menanggung semua kos pengambilan, kos levi, kos pemeriksaan FOMEMA.
  • Perlu membayar sewa bilik, makan dan minum, caj air dan elektrik.
  • Deposit sebagai cagaran jika lari atau mengambil barangan majikan. Deposit dipulangkan setelah tamat kontrak.

Di pihak majikan pula, mereka harus memperincikan setiap bidang tugas pembantu rumah. Memberikan cuti sehari seminggu dan menanggung kos pergi dan balik sebanyak satu kali sepanjang tempoh konrak. Baru terasa berbaloi dengan gaji yang diberikan.

TETAPI.. Sebelum kita terus melatah dengan isu penetapan gaji minimum pembantu rumah ini, sebenarnya kerajaan tidak pernah menetapkan kadar gaji minimum untuk pembantu rumah.

 

“KUALA LUMPUR 14 Mac – Kementerian Sumber Manusia menafikan kerajaan ada membuat persetujuan dengan Indonesia berhubung penetapan gaji minimum RM700 kepada pembantu rumah di negara ini.

Menterinya, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, tidak ada sebarang perjanjian persefahaman (MoU) yang menetapkan gaji minimum untuk pembantu Indonesia yang bekerja di negara ini.

“Kita tidak pernah menetapkan gaji minimum RM700 untuk amah Indonesia, tetapi memberi kebebasan kepada pihak majikan untuk menetapkan gaji tersebut berdasarkan harga pasaran terkini.

Sebelum ini beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dan Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) telah mendesak kerajaan untuk mengkaji semula persetujuan yang dicapai dengan Indonesia mengenai penetapan gaji minimum kepada pembantu rumah di negara ini.” – Utusan Melayu

“Mengulas lanjut, Maznah berkata, kementeriannya tidak menerima sebarang usul rasmi dari kerajaan Indonesia berhubung permohonan gaji minimum RM700 kepada pembantu rumah mereka yang bekerja di negara ini.” – Sinar Harian

 

Oleh yang demikian, nasihat saya kepada pembantu rumah, sila pastikan anda benar-benar layak sebelum meletakkan kadar gaji minimum untuk bekerja sebagai pembantu rumah. Dan kepada para majikan, jangan tunduk pada gesaan gaji minimum mereka. Bayar hanya kepada yang layak sahaja!!

 

Set Berpantang Shaklee

8 Comment

  1. maid sekarang dah pandai demand gaji…nak gaji lagi besar…bukan minimum RM700 especially kalau yg dah pernah keje..
    Jom baca entri terbaru dinsblog Guna Payoneer Untuk Keluarkan Komisen Affiliate AmazonMy Profile

  2. Concerned Citizen says: Reply

    Saya tidak setuju sekira gaji pembantu dinaikkan sedangkan minimum gaji pekerja swasta Malaysia cuma RM700!! Bagaimana golongan ini boleh demand gaji lagi tinggi berbanding rakyat sendiri? Gaji minimum rakyat tempatan perlu d bincang semula sebelum menaikkan gaji rakyat luar.

    P/s lebih baik kerajaan menggalakkan pengambilan pembantu ruma warga tempatan yang mempunyai sijil pelajaran pendidikan awal kanak kanak drpd berausah payah mmbantu org luar.

    1. Sekarang demand RM1200 dah kan. Sama taraf dengan Diploma graduate dah.. Huhu

  3. Sy sgt2 setuju dgn artikel puan. Mmg gaji yg dorg mintak sgt2 melampau. Sedangkan dulu masa sy start keje pmuln gaji cuma rm820 je x tmasuk duit minyak, duit mkn, bil api dan air, sewa rumah dan mcm2 lg. Sdgkn dorg sbnrnya tak betul2 berkelayakan pn..

  4. Rasa cam tak berbaloi nak bayar pembantu rumah harga camni kan? Tambah bila demand nak satu tugas khas sahaja. Tetapi sebenarnya tugasan di rumah memang banyak, memang penat. Untung isteri yg sanggup berada di rumah. Semua kerja mereka lakukan tanpa ada pengecualian
    Jom baca entri terbaru Jazilah Ilyas Bayi Yang Menyusu Susu Ibu Tidak KenyangMy Profile

  5. Agency maid indonesia ready available untuk majikan atau agency yg perlukan indonesian house maid sila contact junelim80@hotmail.com

    1. BEWARE FRAUD MAID AGENCY
      BEWARE THIS FRAUD. ASKING FOR DOWNPAYMENT BUT NEVER DELIVER.

      Hati hati penipuan, minta Dp untuk mengirim pembantu. Terus ya tidak ada pembantunya, namanya juga bohong.

      Nama:
      Ibu Lina atau Yuni atau June atau Sisi, dengan
      no rek bca 0402335759 a/n sri wahyuni.
      No telp nya adalah
      +6281273307266
      +6285769139445
      +62 857 88450521
      Email:
      sumiati.shaima@gmail.com
      indomaidgood@gmail.com
      sri_yunia82@yahoo.com
      sumiati.shaima@gmail.com
      niahonest@hotmail.com
      maiddemand@windowslive.com
      maid.special@yahoo.com
      agency.maid@hotmail.com
      junelim80@hotmail.com
      bzalimah@yahoo.com
      maidindonesian@hotmail.com
      pembantu.penyalur@yahoo.com

      Penipu ini no ktp NIK 1807235308970002

      Nama: Yeni Khoirunnisa Lampung
      13-08-1987
      Nama: Sri Wahyuni Marto
      Alamat: DSN11, Tegal Ombo, RT007/003 Way Bungur 34374 Lampung Timur, Indonesia.

  6. Ready PRT & B. Sitter. Siap untuk Luar Pulau. Hub : Maya / Andri 081325055577 – 081905202229.

Leave a Reply

CommentLuv badge