Gajet Penyusuan Yang Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Sehingga 2 Tahun

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya pernah terdengar seorang ibu menasihatkan anaknya untuk melatih cucunya minum susu formula hanya kerana anaknya bakal kembali bekerja selepas berpantang dan tidak dapat meneruskan penyusuan secara direct. Saya tidak salahkan si ibu. 20-30 tahun dahulu, penyusuan susu ibu cuma perlu ada ibu dan bayi sahaja, maka lengkaplah penyusuan itu.

Tapi sejajar dengan perederan zaman, ramai isteri terpaksa bekerja untuk membantu suami menampung perbelanjaan keluarga (tapi sekarang kita dah ada pilihan untuk bekerja sendiri dari rumah, wahm katanya hehehe) tapi masih mahu meneruskan penyusuan susu ibu. Mujur juga teknologi semakin canggih. Bermacam-macam gajet diperkenalkan untuk membantu ibu bekerja meneruskan penyusuan hingga 2 tahun.

  1. Pam susu. Ini adalah gajet yang paling penting untuk anda. Pam susu inilah yang akan menggantikan peranan bayi bagi mengosongkan “b” anda. Tanpanya adalah sangat sukar untuk anda menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun.

Terdapat banyak jenis pam yang ditawarkan di pasaran dari harga serendah kurang dari RM100 sehingga hampir ke RM3000. Anda cuma perlu pilih mengikut kesesuaian dan bajet anda.

  1. Botol penyimpanan susu. Botol ini adalah tempat untuk anda menyimpan susu semasa mengepam dan seterusnya digunakan untuk penyimpanan stok ebm (expressed breast milk). Walaubagaimanapun, anda boleh juga memilih untuk menggunakan beg plastik khas untuk penyimpanan susu, ianya lebih murah dan mudah diurus. Penggunaan beg plastik ini sangat digalakkan bila anda mempunyai ebm yang sangat banyak. Penyimpanan ebm di dalam beg plastik lebih mudah jika dibandingkan dengan penggunaan botol susu.
  2. Cooler Bag. Sekiranya di pejabat anda tidak mempunyai peti sejuk atau sekiranya anda senantiasa menempuh perjalanan yang lama, melebihi 4 jam, maka cooler bag adalah satu perkara yang wajib ada. Ini adalah untuk mengekalkan kesegaran ebm dengan memastikan ianya ditempatkan pada suhu yang bersesuaian.
  3. Ice Pack. Untuk digunakan bersama-sama dengan cooler bag bagi mengekalkan suhu yang diperlukan untuk penyimpanan ebm. Anda boleh dapatkan reusable ice pack di supermarket-supermarket, daiso atau kedai membekalkan penyusuan bayi.
  4. Handsfree nursing bra. Dari anak pertama lagi saya impikan agar berpeluang untuk memiliki Medela Freestyle, boleh mengepam sambil membuat kerja gitew. Tapi masih belum ada rezeki lagi. So handsfree nursing bra ini sebagai pengganti. Alhamdulillah memang sangat membantu. Cuma saya tidak sampai ke tahap boleh berjalan-jalan dengan pam, sebab nursing bra tersebut sedikit longgar, nanti dikhuatiri akan sebabkan susu berjijiran. 
  5. Freemie. Satu lagi cara agar anda boleh freestyle kan pam anda adalah dengan menggunakan Freemie. Tapi ianya agak mahal sedikit berbanding dengan penggunaan handsfree nursing bra. 
  6. Pakaian dan bra yang mesra penyusuan. Baju je pun. No no! Jangan pandang ringan kepentingan pakaian yang mesra penyusuan. Kecuali jika anda mempunyai bilik sendiri di pejabat, perkara ini tidak seharusnya diabaikan. Anda tak mahu lah nanti tak pasal-pasal gambar anda mengepam dengan aurat yang menjenguk dunia viral di facebook. Ia akan menjadi kerisauan utama anda. Dan mengepam dalam keadaan tidak tenang adalah tidak bagus untuk penghasilan susu anda.

Leave a Reply

CommentLuv badge