Elakkan Keracunan Makanan di Bulan Ramadhan

Meinggal Akibat Keracunan Makanan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Dua hari lepas kita dikejutkan dengan berita seorang budak koma dipercayai kerana keracunan makanan yang tercemar yang dibeli di bazar Ramadan di Sri Muda, Shah Alam.

Kanak-Kanak Koma Keracunan Makanan

 

 

Malang bagi empat adik beradik apabila kesemua mereka dimasukkan ke hospital setelah menjamah Roti John di bazar ramadan Taman Sri Muda, Shah Alam, Ahad lalu.

Mangsa dikenali sebagai Nurul Qaisarah Hamdan, 13, Muhammad Qayyim, 11, Nur Qatrunnada, 9, dan Nurul Qasihdayana, 4.

Tiga daripada lima beradik yang mengalami keracunan makanan itu dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selasa lalu, selepas mengalami muntah-muntah dan cirit-birit.

Bapa mangsa, Hamdan Mohd Nasir, 40, berkata, Nurul Qiasarah dimasukkan ke hospital sama malam kelmarin kerana mengalami simptom sama.

Katanya, sebelum kejadian, beliau membeli tiga bungkus roti John dan separuh daripadanya diberikan kepada anak sulungnya yang berusia 15 tahun yang tinggal di asrama di sebuah sekolah di sini.

“Memang setiap tahun kami sekeluarga akan membeli roti John di bazar berkenaan. Tidak sangka tahun ini anak-anak saya mengalami keracunan makanan.

Anak lelaki ketiga kami Muhammad Qayyim yang sakit teruk kerana beliau yang banyak makan roti John itu.

Selain cirit-birit dan muntah, anak-anak saya turut mengalami kekejangan otot dan muka menjadi pucat.”

Sumber: AmazingNara

Risiko untuk mendapat keracunan makanan di bulan Ramadhan adalah sangat tinggi. Atas kesibukan kerja, ramai yang cenderung untuk membeli juadah berbuka di bazar Ramadhan. Di samping itu, variasi makanan yang disediakan juga menggalakkan orang ramai samada muslim dan juga non muslim, untuk mengunjungi bulan Ramadhan sebagai pilihan menu berbuka.

Sesetengah peniaga tidak mementingkan kebersihan dan keselamatan makanan atas faktor ingin mendapatkan keuntungan segera. Mereka akan mengitar semula makanan, mengabaikan kebersihan dalam penyediaan makanan, mengenakan harga tidak masuk akal dan rasa makanan juga tidak memenuhi piawaian. Namun, perlu diingatkan, tidak semua peniaga bazar Ramadhan yang bertindak demikian. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

 

Elakkan Keracunan Makanan di Bulan Ramadhan

Di antara punca-punca keracunan makanan disebabkan makanan yang dicemari oleh bakteria, protozoa, racun serangga, virus, racun dari kulat dan bahan kimia.

Elakkan Keracunan Makanan Di Bulan RamadhanKeracunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam setelah memakan makanan tercemar. Tanda-tandanya termasuklah mual, muntah, cirit-birit, pening-pening serta gangguan perut. Kesan bahaya keracunan makanan ialah kehilangan air dalam badan. Sekiranya kehilangan air dalam badan terlalu serius ia boleh membawa maut. Selain dari itu, keracunan saraf yang berpunca daripada keracunan makanan juga boleh mengancam nyawa.

Memandangkan kandungan air di dalam tubuh manusia berpuasa adalah kurang daripada biasa, sekiranya berlaku keracunan makanan maka ianya akan menjadi lebih serius. Oleh itu pengguna harus berhati-hati apabila mengambil makanan terutama yang dibeli di gerai-gerai sementara. Walau bagaimanapun, adalah sukar bagi kita untuk membezakan makanan yang dicemari. Hanya penyediaan dan pengendalian yang bersih dan teliti sahaja dapat mengatasi dan mengelakkan keracunan makanan.

Berikut adalah beberapa perkara yang harus dilakukan bagi elakkan keracunan makanan di bulan Ramadhan:

  • Penjual atau pengendali makanan mestilah sihat dan mereka juga perlu mendapat suntikan bagi menghindari dari menghidapi penyakit berjangkit.
  • Peralatan dapur serta permukaan tempat memasak mestilah dicuci dengan air panas bersabun, selepas dan sebelum menyediakan makanan.
  • Pastikan daging dan ikan (dari peti dingin beku) yang dicairkan pada suhu persekitaran tidak melebihi 2 jam. Sebaiknya dicairkan dalam peti sejuk atau ketuhar gelombang mikro dan terus dimasak. Jangan simpan semula daging yang telah dicairkan. Rancang penyimpanan mengikut keperluan, sebagai contoh, jika daging yang dibeli tiga (3) kg dan keperluan memasak ialah satu (1) kg, bahagikan daging tersbut kepada tiga bahagian, bungkus dan simpan di tempat sesuai.
  • Pastikan punca makanan mentah yang bersih (tidak tercemar), dicuci dan dimasak dengan sempurna.
  • Apabila mengendalikan makanan, basuh tangan dengan teliti ataupun menggunakan sepit makanan, memakai apron dan tutup atau tudung kepala.
  • Makanan harus ditutup bagi mengelakkan terdedah pada lalat dan habuk, disimpan di tempat yang selamat daripada kuman membiak.
  • Makanan yang dijual dalam keadaan panas, mestilah disekitar suhu 63-70 darjah celcius. Jangan biarkan makanan tersebut melebihi 2 jam pada suhu di antara 40 – 60 darjah celcius, ini kerana menggalakkan bakteria membiak.
  • Sekiranya makanan perlu dipanaskan semula, pastikan ia dipanaskan dengan teliti dan sempurna.
  • Sekiranya memakan makanan mentah seperti buah-buahan dan sayur-sayuran basuh dengan teliti. Kulit buah-buahan mestilah dikupas.
  • Sentiasa menggunakan air bersih yang dimasak.
  • Elakkan makan makanan yang berkulat.

 

Get Clean Water Pitcher Shaklee Memastikan Air Lebih Bersih Dan Selamat

Elakkan Air TercemarDalam memastikan makanan disediakan dengan bersih dan selamat, air sangat memainkan peranan penting. Memang diakui air di Malaysia ini telah diproses sebelum disalurkan ke rumah penduduk untuk digunakan. Tapi siapa boleh jamin air paip di rumah kita tu betul-betul bersih dan tidak tercemar. Masalah air bersih masih gagal ditangani oleh pihak berkuasa. Masih wujud lagi air berlumpur, kotor, berbau dan sebagainya. Walaupun air itu dimasak dengan suhu mendidih sekalipun ia masih tidak dapat menghapuskan pelbagai kekotoran bendasing ini. Kalau tak percaya cuba perhatikan air yg telah dimasak dibiarkan selama beberapa jam. Kita akan dapat perhati mendapan kekotoran bendasing terkumpul di dasar jag atau botol.

 

 

Apa Itu Get Clean Water Pitcher

Get Clean Water Pitcher

Get Clean Water Pitcher merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean Water Pitcher menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean Water Pitcher merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

  • Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
  • Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
  • Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
  • Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama
  • Yang penting dapat menjaga kesihatan buah pinggang kita.

 

Apakah kelebihan dan keistimewaan  Get Clean Water Pitcher ini

Kebaikan Get Clean Water Pitcher

  • Kos penurasan air cuma beberapa sen bagi seliter air
  • Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
  • Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
  • Ringan dan mudah dibawa, ciri terbaik yang memastikan kita dapat menikmati air bersih dan selamat di mana jua kita berada
  • Menjimatkan kos dan tak perlu dimasak
  • Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.
  • Menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar

 

Kelebihan lain yang menyebabkan kenapa perlu mendapatkan Get Clean Water

  • Mudah digunakan. Tidak perlu bersusah payang pasang ke singki.
  • Hanya tuangkan air ke dalam jag, dan tidak perlu tunggu lama air sudah boleh terus diminum
  • Kualiti air yang jernih dan rasa yang sedap. Sama seperti penapis air yang mahal dipasaran.
  • Tidak perlu susah payah mencuci filter kerana setiap 303 liter (80 gelen) air, kita cuma perlu menukar filternya sahaja. Mudah. Untuk penapis jenama lain, filter perlu dibasuh bila sudah kekuningan. 
  • Mudah dibawa kemana-mana. Balik kampung, jalan-jalan, berkelah dll. Dijamin seisi keluarga dapat minum air bersih. Menjimatkan duit, tidak perlu lagi beli air mineral. Buang duit dan mencemarkan alam sekitar dgn botol-botol plastik mineral itu.
  • Dan yang penting sekali…. HARGA MAMPU MILIK!! Kini semua orang boleh memiliki penapis air dengan harga yang sangat murah dan tidak perlu bersusah-payah lagi masak air, atau pergi ke kedai-kedai yang menyediakan penapis air itu. ATAU menghabiskan beribu-ribu ringgit semata-mata hendak memiliki air yang bersih.
  • Jimat duit!! Semua memperolehi manfaatnya. Tiada lagi air karat dirumah. Tiada lagi risiko minum air mengandungi plumbum berat & apa2 jenis kotoran lain.

 

Testimoni Pengguna Get Clean Water Pitcher

Testimoni Get Clean Water Pitcher

Testimoni Get Clean Water Pitcher

 

Testimoni Get Clean Water Pitcher

 

 

Order Now eSell

NOTA: Alhamdulillah, pada anda yang sebelum ini teragak-agak untuk membuat belian melalui Shaklee Independent Distributor, anda kini sudah boleh membuat pembelian online sendiri melalui shopping cart Shaklee, eSell. Transaksi hanya diantara anda dan Shaklee, dijamin selamat. Oh, dan pembelian pula menggunakan Credit Card atau Debit Card. Mudah bukan? Semudah ABC.. =) Psttt…..jangan risau, kami masih memberikan konsultansi tip top kepada anda yang membuat pembelian melalui eSell..

Leave a Reply

CommentLuv badge