Salam Eid Mubarak 1435H

Eid Mubarak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

Maaflah agak terlambat ucapan hari raya ini. Niat di hati nak schedule ucapan di malam raya pertama, namun kecundang juga kerana sedikit sibuk dengan persiapan hari raya. Tahun ini, persiapan menyambut hari raya agak terlewat sedikit. Banyak sangat kejadian yang berlaku pada bulan Ramadhan menyebabkan suasana kemeriahan Syawal kurang dirasai. Sayu hati memikirkan kejadian MH370, MH17, Serangan Di Gaza, dan juga Konflik Di Syria dan Sudan. Sudah pasti raya tahun ini adalah raya yang paling sukar bagi ahli keluarga, rakan dan taulan yang rapat dengan mangsa kejadian kehilangan MH370 dan kemalangan MH17.

Solat Hari Raya Di Gaza
Suasana Solat Hari Raya Di Gaza Tahun 2013

Bagaimana pula sambutan hari raya di Gaza? Adakah Aidilfitri untuk mereka? Setiap masa diserang, dikepung, disekat, dihalang atau ada sahaja orang yang mati. Setiap saat hidup dalam ketakutan. Tiada kebahagiaan di Aidilfitri, bila rumah hancur dibom, saat orang lain sibuk menghias rumah, bila baju berlumuran darah saat orang lain sibuk dengan pakaian serba baru, bila takbir mereka untuk para syuhada sedang kita melaung takbir sebagai lambang kesyukuran di hari raya, bila anak-anak kecil tinggal sebatang kara saat anak-anak kita dibelai dan dimanja, bila mereka kehilangan kaum keluarga saat kita berkumpul bersama sanak saudara meraikan Aidilfitri. Alunan takbir, tahlil dan tahmid berbeza antara dua benua. T__T

Dalam kemeriahan kita meraikan Syawal, jangan kita lupa mereka yang tidak bernasib baik, Teruskan berdoa dan bermunajat untuk mereka. Hari Raya mereka, Hari Raya kita jua.

Ya Allah! Ya Qahhar! Ya Jabbar! Ya Muntaqim, Ya Dzal Jalali wal ikram! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! bantulah saudara-saudara kami di Gaza dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan di semua tempat. Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.

Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka. Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh-musuh Mu. Ya Allah! tepatkanlah tembakkan senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq Mu pada setiap langkah mereka.

Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka. Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami. Ya Allah! tolonglah kaum Muslimin yang terzalimi  di Mesir, Palestin, Syria dan semua tempat.

Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikkilah hubungan mereka. Ya Allah! binasakan lah Para Munafiqin yang bersekongkol dengan Zionis Israel + Syiah dan Mustakbirin  Amerika, goncangkanlah dan hancurkanlah mereka.

Ya Allah! cerai beraikan lah barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka. Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukkan yang baik bagi mereka di muka bumi ini. Ya Allah! lemparkan lah rasa takut  dalam hati-hati mereka.

Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka . Ya Allah!  kasihanilah saudara-saudara kami. Ya Allah! Perkenankanlah  Permintaan Kami, Aamiin, Aamiin, Aamiin Allahumma Aamiin.

 

PicsArt_Hari Raya
SALAM AIDILFITRI 1435H / 2014 dari kami sekeluarga

 

Leave a Reply

CommentLuv badge